
Ke laut? InsyaALLAH. Cuma pemilihan masa dan keutamaan harus diatur secara berhikmah. Terus-terang, aku masih belum memikirkan secara spesifik tentangnya. Yang penting, jangan sampai keperluan dunia mengatasi kepentingan akhirat.
Semoga ALLAH memberikan hidayah dan maghfirahNya kepada kita semua, Amin.
Marhaban Ya Ramadhan!
Hampir keseluruhan pelayaranku minggu ini dipenuhi kisah sedih. Keuntungan yang diperolehi tidak setanding dengn kerugian yang dialami. Memang sedih dan kecewa. Aku bermuhasabah diri mencari punca kegagalan. Sehinggalah aku menyedari bahawa purata kegagalanku kali ini adalah bukan disebabkan teknik dan kaedah terbaru yang digunakan itu tidak baik, tetapi kerana ia masih belum 'siap' sepenuhnya. Malahan kegagalan-kegagalan tersebut juga bukan sia-sia kerana setiapnya 'membuka' kunci-kunci rahsia satu-persatu ke arah menyempurnakan ia ke tahap yang paling optimum. Terdetik juga, mengapa tidak aku menggunakan sahaja akaun Demo untuk tujuan itu. Sayang sekali, akaun Demo tidak berupaya memberikan 'realism' yang tepat & realistik berbanding Real. Mmmm.... Akhirnya jalan tengah ku ambil dengan cadangan tetap menggunakan akaun Real tetapi mengunapakai nilai 'umpan' yang relatif lebih kecil berbanding kebiasaan, pada ketika setiap kali aku menguji mekanisme baru yang diilhamkanNya. InsyaALLAH.
Sejujurnya, aku benar-benar berharap 'penemuan' terbaru ini akan mampu memberikan hasil tangkapan yang lebih lumayan, 'structured' & konsisten. Alhamdulillah, gerak hatiku kini begitu teruja untuk segera memulakan episod baru yang lebih menggembirakan, InsyaALLAH.
Dari sisi yang lain, aku juga percaya bahawa kegagalan-kegagalan kecil sewajarnya dimanipulasikan untuk kejayaan yang lebih besar. It doesn't matter if you lost the battles, what really matter most is you must win the war! Inspirasi dari Sun Tzu!
Seperkara lagi, kuperhatikan kita sering 'terserap' ke dalam kekecewaan melampau pada setiap kali gagal dalam satu-satu trade. Akibatnya, kita sering 'berdendam' dalam trade yang berikutnya. Hakikatnya, setiap trade adalah episod baru yang berbeza. Malah, ia langsung tidak terikat kepada keputusan rugi atau untung sebelumnya. Kelemahan memahaminya secara harfiah adalah 'pre-requisite' untuk kita mengulangi kegagalan yang sama dalam trade berikutnya.
Mmmm.... Mudah berkata-kata. Melakukannya tidaklah semudah itu. Namun, yang hak tetap hak. Yang benar tetap benar. Katakanlah kebenaran itu, meskipun ia pahit!
Seterusnya?
Keep it up.. 'growing bonzai'..

Malam ini, aku menggunakan kaedah baru. Kaedah baru lagi?? Soalan yang cukup klise! Ia sebetulnya telah lama ku kaji sejak tragedi 24 Mei yang meninggalkan seribu kenangan pahit, namun belum cukup mantap dan sempurna. Ada ke kaedah Forex yang sempurna? Sempurna dalam Forex bermakna tiada rugi, untung memanjang! Hmm.. confirm tak ada. Jika ada, pastinya setiap hamba ALLAH di muka bumi ini dah tak perlu buat kerja lain. Cukup dengan Forex je!
Secara peribadi, aku pun yakin tak mungkin akan bertemu kaedah yang sempurna. Justeru, memadai kalau mampu bertemu kaedah yang mantap, serasi dan selamat! Mantap di segi prestasi keuntungan. Serasi dengan tingkah perangaiku dan selamat daripada risiko "drawdowns". Profitable and practical methods. Maximum profits, minimal risk.
Realitinya, ilham sering datang dariNya. Alhamdulillah. Cuma seringkali, yang menjadi cabarannya adalah bagaimana akalku yang tidak seberapa ini berupaya untuk menyusun dan mengatur gerak-langkah minda bagi menyambut ilham-ilham yang mencurah tiba itu. Makanya, hanya doa yang mampu dipanjatkan agar sentiasa dibekalkan paras Asetilkolin yang mencukupi supaya saraf otak mampu memproses "kepingan-kepingan" ilham menjadi batas ilmu yang credible. Mohon diterangkan hati, ditajamkan minda, dikuatkan iman, ditingkatkan syukur!
Jam di dinding menunjukkan tepat jam 12 tengahmalam.
Tinggalkan sahaja! Lihat esok hasilnya. Samada untung 'berlipat' atau rugi 'terikat'! Bisik hati kecilku kepada diri. Redha, InsyaALLAH.
Growing Bonzai?
Aku bertawakal ke atasmu, Ya ALLAH.
Labu Si Luncai melakar ceriteranya
Lenakan saja isi dari hati
Sirna dalam amarah yang diam
Tak kan termampu bahu menggalas
Tiada upaya fikir terjangkau
Tidak tercapai tenang ditakung
Biarkan..
Lelah hari-hari semalam
Jangan kelak diulit esok yang tidak pasti
Hari ini masih lagi berlagu
Biarkan..
Hatta andai gunung disandar asa
Tunduk berisi padi kuning hanyalah impi
Tak mungkin terlukis kisah hikayat
Yang ada cuma bening-bening iri
Dirawat bunga lalang dihujung padang
Biarkan..
Paginya memang rasa diperlu
Namun tersanggah petang yang singgah
Rupa kisahnya
Sekadar onak melepas pucuk
Junjung pula bermain kadok
Rupa kisahnya
Belukar tetap belukar
Rimba tetap rimba
Biarkan..
Labu Si Luncai melakar ceriteranya
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
New Hope Ultimate X5
London Open - 2hb Ogos, 2010