Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Moody Monday...

Posted by Nelayan Forex On 5/28/2012 10:28:00 AM 2 comments
Pagi Isnin.

Maka pastinya semuapun serba perlahan. Cuti rehat hujung minggu menyebabkan seluruh sistem badan 'shutdown'. Dan lumrah 'enjin' yang semakin berumur, nak panas pun lambat selepas seketika berehat. Itu belum lagi kalau cuti seminggu!

Hari ini Lautan Forex dijangkakan lebih sunyi dari kebiasaan. Malahan silap-silap haribulan, mungkin laut mati hingga ke malam. Manakan tidak, 4 pelabuhan utama bercuti kelepasan bank. US sempena Memorial Day. France, Germany dan Swiss sempena Whit Day. Hembusan bayu paling hampir pun hanya menjelang jam 11 malam nanti melibatkan UK.

Hah! Bagaimana dengan tangkapan hari ini? Rezeki rahsia ALLAH. Maka, kita berserah sahajalah sambil terus merancang, berikhtiar dan berdoa.

Selamat bernelayan!
| | edit post

Salam Jumaat!

Posted by Nelayan Forex On 5/25/2012 12:49:00 PM 0 comments
Salam Jumaat.

Lama benar jemari ini tidak menari-nari di dada hamparan Traderlog ini. Tiada alasan, sebenarnya! Hakikatnya, menulis bukan perkara mudah. Meski sering terlintas sesuatu di kotak fikir untuk dikongsikan, namun lintasan itu sering sahaja dipintas oleh elemen persekitaran. Tidak kurang juga tumpuan kepada tugasan harian di samping aktiviti BERNELAYAN menghambat masa santai yang sememangnya terhad. Akhirnya, fokus menulis sekadar berlabuh di pinggiran.

Ironinya, aku gemar menulis! Malah, setiap detik pasti ada sahaja yang ingin ku kongsikan untuk tatapan pengunjung Traderlog ini. Jadinya, hari ini aku memaksa diri meletak tepi kekangan yang ada. Sambil bertugas, sambil juga melabuhkan pukat di Lautan Forex, sambil juga menulis! Wah! Tiga dalam satu. Harapanku jangan pula ada yang terlepas pandang lantaran terlalu asyik dengan penulisan ini (Aku baru sahaja melabuhkan tali umpan pertama Pukat Mutiara sekitar 10 minit yang lepas).

Hmmm... apa yang ingin aku kongsikan hari ini? Banyak sangat yang nak dikisahkan hingga akhirnya tak mampu membuat pemilihan. Tak mengapalah! Aku akan tuliskan secara "rojak" apa sahaja yang terlintas pada tika dan saat ini.

Pukat Mutiara!
Pukat Kuda!
Pukat Cincin!
Pukat Hanyut!
Lukah!
Bubu!
Joran!

Mmmm... demikianlah antara teknik-teknik yang ku gunakan sepanjang menelusuri Lautan Forex. Teknik-teknik itu ada yang ku pelajari dari para Sifu yang terhormat, ada pula yang ku lakukan modifikasi dan adaptasi bagi menyesuaikannya dengan gaya bernelayanku, dan ada juga yang ku perolehi terus dari ilham kurnaan Illahi yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah!

Teknik-teknik di atas pula dibantu oleh beberapa radas dan alatan yang sebahagiannya ku perolehi secara percuma dan sebahagiannya pula ku beli sebagai pelaburan bagi membantuku membuat keputusan yang terbaik dalam urusan entry dan exit. Ada juga sebahagian lagi peralatan yang 'datang' sebagai pakej melalui sesi pengajianku dengan Sifu-sifu yang berkenaan.

Radar Kuda!
Radar CSM!
Sonar AIMs!
Sonar Mutiara!
Sonar SAR!

Demikianlah! Yang terpapar di atas adalah peralatan favourites ku! Ertinya, setiap kali aku turun ke laut, paparan-paparan tersebut ku wajibkan terlebih dahulu tersedia, terutamanya jika aku memilih teknik Joran pada ketika itu! Beberapa elemen wajib lain yang ku pastikan tersedia adalah laporan kajian cuaca dan tiupan bayu, sifir Pukat Mutiara (jika menggunakan teknik tersebut pada detik itu), dan juga log WMP! Alhamdulillah! Aku gembira dengan apa yang ALLAH anugerahkan. Meski belum mampu dan layak bergelar "Jutawan Lautan Forex", namun menelayani Lautan Forex benar-benar membawaku bertambah dekat padaNya, pada keluarga dan pada diriku sendiri... Alhamdulillah!

Permisi dulu untuk ke solat Jumaat sebentar lagi, insyaALLAH. Jom!

Taqzim,
Nelayan Forex
| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..