
Sebulan yang bakal dilalui itu kelak, pastinya memerlukan kita semua benar-benar bersedia. Tuntutannya bukan sahaja di segi perjalanan rukun ibadahnya, tetapi juga berkait rapat dengan perubahan rutin kehidupan biasa yang memerlukan aturan pengurusan masa yang bijaksana.
Ke laut? InsyaALLAH. Cuma pemilihan masa dan keutamaan harus diatur secara berhikmah. Terus-terang, aku masih belum memikirkan secara spesifik tentangnya. Yang penting, jangan sampai keperluan dunia mengatasi kepentingan akhirat.
Semoga ALLAH memberikan hidayah dan maghfirahNya kepada kita semua, Amin.
Marhaban Ya Ramadhan!
0 Response to "'Balancing'"
Post a Comment