Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Ketenangan Pencetus Kejayaan

Posted by Nelayan Forex On 1/03/2012 11:33:00 PM 1 comments
Aku baru sahaja pulang berlabuh. Hampir setengah hari sejak petang tadi menjengah samudera. Hajat di hati sedari awal cuba untuk merungkaikan sederetan kail umpan yang terendam pada pukat sejak seminggu yang lalu.

Laut hari ini sebenarnya masih belum keruan, memandangkan tirai musim yang baru bermula. Sesaran ombak ada ketikanya berubah-ubah seakan mencuba-cuba membadai setelah laut begitu lama dalam persekitaran yang agak tenang sepanjang Disember. Ironi, Lautan Forex berbeza watak rupanya pada ketika itu berbanding Laut Cina Selatan!

Menjelang lewat malam, aku meyakinkan diri mengaktifkan kembali deretan kail umpan pada pukat dengan nisbah umpan segar yang bersesuaian. Alhamdulillah, berkat usaha gigih isteriku, kami menemui sifir pukat yang memformulakan nisbah 'kehadapan' dan 'kebelakang' bagi penyambungan deretan umpan kail pukat yang di'kunci' (locked). Syukur Alhamdulillah.

Namun hari ini, aku terpaksa akur pada ketentuan Illahi. Ada perkara yang paling utama yang wajib diberikan perhatian setiap kali bernelayan ke laut. Ketenangan! Ku akui, sememangnya hari ini jiwaku tidak tenang. Ketenangan pencetus kejayaan. Kegelisahan penyebab kegagalan.

Tidak mengapa, Ya ALLAH. Aku redha dengan ketentuanMu ini. Kau masih sudi mengajarku. Alhamdulillah. Semoga nanti aku akan lebih berjaya di kemudian hari hasil pembelajaran ini, insyaALLAH.

Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Perjuangan? RELOADED!

Posted by Nelayan Forex On 1/02/2012 10:10:00 PM 0 comments



Salam semua.

..

Alhamdulillah. Selepas 4 bulan genap, hari ini aku kembali menulis di dada traderlog ini.

..

"Ke mana menghilang?" Tanya seorang teman.

..

"Cuti sabatikal." Ringkas jawabku.

..

"Tak ke laut langsung?" Tanyanya lagi menerka dalam kesamaran.

..

"Turun. Hampir setiap hari seperti biasa kecuali semasa laut berbahaya. Cumanya, aku ambil cuti sabatikal menahan diri dari menulis." Ujarku ringkas lagi.

..

Sememangnya di sepanjang tempoh 4 bulan yang lalu, aku tetap turun ke laut. Menongkah ombak dan badai mencari rezeki di Lautan Forex. Cuba belajar dan belajar terus dari setiap kejayaan dan kegagalan. Tumpuan ku berikan kepada memahami secara mendalam tentang tumpuan spesies-spesies lautan di sempadan-sempadan arus Support dan Resistance. Cuba juga memahami perkaitannya dengan pertembungan kekuatan badai matawang menggunakan radas tolok Currency Strength.

..

Menerjah lebih mendalam, aku mentaakul pemahaman di atas dengan kesan penggunaan pukat-pukat berbeza di samping pada suatu ketika memberikan fokus yang sangat teliti kepada penggunaan joran melalui teknik strolling yang diubah-suai.

..

Aku juga membuka minda untuk cuba learn, relearn dan unlearn beberapa aspek terpenting berlautan forex. Ruang masa yang ada juga ku gunakan untuk mendapatkan kelengkapan-kelengkapan terkini dari sifu-sifu luar negara untuk ku adaptasi ke dalam teknik, kaedah dan strategi ku bernelayan.

..

Alhamdulillah. Kini 2012 sudah di denai kaki. Nun di kejauhan, terlihat sayup-sayup puncak kemerdekaan yang menjadi impian dan cita-citaku.

..

Agi idup, agi ngelaban! Meminjam kata-kata semangat pahlawan Iban.

..

Semoga ALLAH merahmati usahaku ini dan memakbulkan hajatku, Amin Ya Rabbal Alamin.

..

Perjuangan kini kembali bermula..
| | edit post

2012.. Bismillahirrahmanirrahim..

Posted by Nelayan Forex On 1/01/2012 11:40:00 PM 0 comments
HAPPY NEW YEAR !!


We wish that New Year 2012 brings everlasting glow of

happiness, merriment and excellent trading experiences

I'm back !!


Bismillahirrahmanirrahim...



| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..