Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

'Troling'

Posted by Nelayan Forex On 4/29/2010 10:23:00 PM 0 comments
Ini teknik yang dirintis oleh Bert. Hasil keuntungannya, jika diizinkan ALLAH, SubhanAllah.. lumayan sungguh! Tapi jika sebaliknya, MasyaALLAH.. memang sangat memeritkan!

Hari ini aku mencubanya. Meskipun di awal pelayaran aku berjaya memperolehi hasil tangkapan yang sangat menggalakkan, namun malam ini aku akhirnya kecundang. It's really not my cup of tea, Bro.. Aku kerugian USD250!

Fuhh!! Pedih rasanya. Namun ku kira ia wajar ku anggap sebagai 'yuran belajar' hangus. Setidak-tidaknya, aku kembali ingat pada intipati pelajaran terdahulu.. "Stick to the trading plan!"

Apapun, buat Bert, teruskan dengan apa yang diyakini. Setiap dari kita berbeza, dan punyai kemampuan yang berbeza. Semoga berjaya!

Terima kasih, sahabatku, kerana sudi berkongsi!
| | edit post

Ta-Ha: 1-6

Posted by Nelayan Forex On 4/26/2010 07:46:00 PM 0 comments

| | edit post

Damai Yang Sirna

Posted by Nelayan Forex On 4/21/2010 02:35:00 PM 0 comments
Hati ini keluh-kesah. Mengintai hari-hari mendatang yang suram mendungnya lebih menggigit tangkai hati. Telah aku serahkan ia kepada Yang Maha Esa seikhlas yang mungkin. Namun, entah di mana kurangnya, damai yang dicari seakan-akan tidak lama bertapak. Mungkinkah aku tidak benar-benar ikhlas dalam istiqamahku? Atau aku sebenarnya memohon sesuatu yang tidak layak untuk aku kecapi lantaran usaha & ikhtiarku tidak setimpal?

Aku sering bersungguh-sungguh dalam setiap yang aku kerjakan. Namun tidak semua insan melihat kesungguhan sebagai sesuatu yang indah. Ramai yang lebih gemar berselindung di sebalik kepuraan sekadar untuk dilihat mulia dan terpuji. Apalah ertinya mulia di mata insan, jika ia terpesong dari pengertian kemuliaan di pandangan ALLAH. Itu fikirku. Namun, siapa peduli dengan apa yang ku fikirkan. Dunia ini landasan buat insan mengejar kemahsyuran. Pangkat dan wang adalah segala-galanya buat insan dunia.

Bencikah aku pada dunia? Tidak. Aku tidak bencikan dunia. Cuma fikirku, tidak perlu dilontar jauh cinta akhirat jikapun cintakan dunia. Fikirku, tidak salah mengejar apa yang dihampar Tuhan di muka dunia ini, asal sahaja tidak hilang pedoman kompas menuju pelabuhan akhirat yang kekal abadi.

Berlapang dada. Itu lintasan di benakku saat ini. Tidak perlu ego dan sombong diri. Ego dan sombong diri hanya akan membawa kehancuran. Itulah penyakit hati yang singgah di hati Azazil di saat Yang Maha Esa memerintahkan seluruh para malaikat sujud kepada kejadian Adam AS. Dan akhirnya, Azazil yang kini bernama Iblis dilaknat ALLAH lantaran sombong-bongkaknya menafikan perintahNya semata-mata merasa diri lebih mulia. Kemuliaan yang hakikatnya di pandangan diri sendiri, tetapi bukan kemuliaan di sisi ALLAH Azza Wajalla. Na'uzubillah.

Ya ALLAH, lindungi kami, hambaMu dan umat Muhammad SAW, dari segala penyakit hati yang memesongkan dan memudaratkan iman dan taqwa kami. Tiada daya upaya kami untuk menyempurnakan urusan & tanggungjawab kami, melainkan dengan izin dan redhaMu. Isikan hati-hati kami dengan cahaya hidayah dan rahmatMu. Amin ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Bermain Di Laut Dekat

Posted by Nelayan Forex On 4/15/2010 11:49:00 PM 0 comments
Alhamdulillah. Walau sekadar memukat di laut dekat, ALLAH tetap menganugerahiku rezeki. USD13.54. Memang kurang dari kebiasaan, namun sedari awal aku sendiri sekadar 'bermain-main' di laut dekat. Maha Suci ALLAH, sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah.
| | edit post

Ilmu dan Rahmat ALLAH

Posted by Nelayan Forex On 4/15/2010 12:19:00 PM 0 comments
Imam Syafi'i pernah berkata:
"Jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu. Jika kamu inginkan akhirat dengan ilmu. Dan jika kamu inginkan kedua-duanya, juga dengan ilmu."

Imam Al-Ghazali R.HM. pula menegaskan dalam kitabnya Minhaj al-Abidin, bahawa tahap pertama dalam perjalanan seorang hamba menuju ALLAH ialah tahap ilmu, kemudian barulah menyusul tahap taubat, awaiq (penghalang), awarid (godaan), pendorong, celaan dan akhirnya syukur. Bahkan beliau mengingatkan, "ilmu itu imam, amal itu makmumnya."

Lihatlah tertib yang sangat indah ini. Semuanya bermula dengan kalimah "bacalah!". Tegasnya, dengan bertitiktolakkan "bacalah!", seseorang akan dibawa melalui proses mengenal, mencintai & mematuhi ALLAH.

Demikian beberapa potongan perenggan yang ku kutip dari majalah Solusi keluaran terkini. Semoga kita sama-sama menghayati dan memahami hakikat tingginya ilmu di sisi ALLAH. InsyaALLAH.

Di sisi yang lain, aku bersyukur dengan anugerah ALLAH kepadaku melalui pelayaran semalam. Dengan izinNya, aku berjaya meraih tangkapan berjumlah USD153.00. Daripada jumlah tersebut, 20% ku perolehi melalui strategi Duplex, sementara selebihnya secara tangkapan pukat. Alhamdulillah.

Hari ini, aku masih belum pasti samada akan berkesempatan turun ke laut lagi, memandangkan tugasan yang agak padat di pejabat. Namun seandainya ALLAH mengizinkan, aku harap rahmat dan pertolonganNya akan sentiasa ada buatku. Amin Ya ALLAH.
| | edit post

Fine-tuning

Posted by Nelayan Forex On 4/14/2010 01:20:00 PM 0 comments
Sambil memacu Ultimate X5 meredah ombak ke laut jauh, aku tersenyum puas. Rasa syukur yang amat sangat tatkala teringatkan pelayaran semalam. Alhamdulillah, meskipun semalam adalah hari Selasa dan kebiasaannya perairan kurang memberangsangkan, namun ALLAH merahmatiku dengan tangkapan berjumlah USD106.93. Aku membuka gelanggang secara Duplex, namun akhirnya terpaksa menukar strategi menggunakan kaedah pukat. Apapun, aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana selain memperolehi hasil tangkapan yang baik, aku juga diilhamkanNya untuk melakukan beberapa fine-tuning kepada strategi-strategi yang digunapakai. Semoga sesi tangkapan hari ini juga akan memperolehi rahmat dan redhaNya.
Amin Ya Rabb.

(PEN-OFF 1.20pm)
| | edit post

Duplex

Posted by Nelayan Forex On 4/13/2010 02:06:00 PM 0 comments
Ilham adalah anugerah ALLAH. Indah apabila menerimanya. Namun, sebelum itu kita harus terlebih dahulu dinilai "layak" untuk menerimanya. Kadang-kala Dia memberi terus kepada kita. Kekadang, ia diberi melalui asbab yang dipilihNya. Usaha adalah ikhtiar yang wajib sebenarnya. Dan sebagai fitrah untuk dilihat layak menerima dariNya. Kemudian wajib diikat usaha itu dengan doa dan tawakkal kepadaNya. Kerana janjiNya sangat jelas dan benar. Sesungguhnya, sifat Al-Rahman & Al-RahimNya adalah panduan dan pegangan kita para hamba yang beriman kepadaNya.
Terima kasih Ya ALLAH. Di atas anugerahMu ini. Izinkan aku beristiqamah dengannya. Semoga Kau redha pada kami, Amin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah....
| | edit post

Setahun Yang Berlalu..

Posted by Nelayan Forex On 4/11/2010 07:33:00 PM 0 comments

Kenangan itu sangat indah. Hari ini, setahun yang lalu, aku diizinkanNya menjadi tetamuNya di Tanah Suci. Saat-saat di mana aku dan isteri sedang menelusuri jejak-jejak Rasullullah SAW dan para sahabat di antara bumi Makkah dan Madinah dalam perjalanan hijrah agung Baginda kira-kira 1431H tahun yang lalu. Cuma bezanya, aku dan isteri mudik dengan bas dari Madinah ke Makkah, sedang Baginda SAW dan Saidina Abu Bakar RA membelah gurun pasir menunggang unta dalam arah yang berlawanan.

Tanggal 8hb-19hb April 2009. Begitu terkesan aku pada rahmat dan kasih-sayangNya. Cuma, entah mengapa, ku rasakan seolah-olah telah bertahun aku meninggalkannya. Apakah itu tandanya aku telah begitu rindu akan udara dan kenangan beribadah di sana? Atau hati ini telah terlalu 'cemar' hingga aku gagal mengekalkan istiqamah yang baru setahun usianya? Astaghfirullah. Ampuni aku Ya ALLAH. Mohon Kau letakkan aku di kalangan hamba-hambaMu yang rindu dan cinta pada agama dan syariatMu. Jangan sesekali Kau izinkan aku yang serba hina ini berpaling dari jalan kebenaranMu, Ya ALLAH.

Aku ingin sekali mengulangi detik-detik indah itu Ya ALLAH. Izinkanlah aku menjadi tetamu agungMu, bukan pula sekadar hadir di bumi tercintaMu itu sebagai tetamu yang tidak diundang. HambaMu ini serba daif dan naif, maka pandulah dan rahmatilah aku untuk layak menerima kurniaMu. Hanya padaMu ku serahkan urusanku, hidupku dan matiku.

Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Al-Ikhlas

Posted by Nelayan Forex On 4/09/2010 07:14:00 PM 0 comments
| | edit post

Izinkan aku Ya ALLAH...

Posted by Nelayan Forex On 4/08/2010 03:35:00 PM 0 comments
Mataku memandang tepat pada pukat yang menongkah arus arah sesaran ombak di hiliran Ultimate X5. Sudah beberapa ketika sesaran ombak cuba untuk melepasi garisan latitud S1. Suasana agak getir sekarang. Aku benar-benar berharap untuk tidak melakukan sebarang kesilapan sewaktu proses mendaratkan pukat. 3.41pm. Telah hampir setengah jam situasi "tarik-tali" sesaran arus berlaku di garisan tersebut. Memang begitulah kebiasaannya. Namun, jika lintasan berjaya dilakukan, insyaALLAH sesaran ombak akan terus menderu mengarah ke garisan latitud S2.

Ahh.. sesaran ombak kembali kehilangan momentum. Aku harap ia hanya sementara akibat sesi pengambilan untung para traders. Sementara itu, aku kini kembali memikirkan perkara yang sejak beberapa hari yang lepas sering menghambat logika fikirku.

Aku sebenarnya sedang cuba memahami secara lebih jelas korelasi di antara kaedah pukat dan teknologi sonar. Aku sangat yakin pemahaman yang mendalam akan mampu merungkai rahsia yang membolehkan tangkapan dilakukan secara lebih konsisten dalam hampir semua keadaan laut.

Kaedah tangkapan menggunakan pukat adalah kaedah yang mampu memberikan hasil tangkapan yang sangat lumayan. Namun ada cabarannya! Pertama, ia memerlukan sesaran ombak yang benar-benar kuat dan seimbang dengan nisbah jajaran saiz pukat. Kedua, ia memerlukan nisbah umpan disambar secara maksimum, namun seimbang untuk tidak menyebabkan pukat rabak. Ketiga, ia memerlukan bekalan modal dan umpan yang sangat besar, dengan turut mengambil-kira tiupan bayu yang berkemungkinan mempengaruhi arah dan magnitud sesaran ombak laut. Pastinya, itu semua tidak mudah!

Sebaliknya, teknologi sonar pula lebih menjurus kepada tangkapan secara kerap, tanpa perlu 'melayan' aggregate cummulative hasil tangkapan menggunakan pukat sebelum mendaratkannya. Ia bergantung kepada "signal" penemuan titik fokal dengan bantuan Indikator. Sonar mampu mengenalpasti lingkungan kawasan yang merupakan "lubuk" hidupan laut yang didambakan oleh para nelayan! Namun, cabaran utamanya ialah bukan mudah untuk menangkap hasil laut tadi di kawasan lubuknya! (Sekurang-kurangnya, ia benar untuk situasi di Lautan Forex!) Hidupan laut tersebut terlalu licik untuk 'melepaskan' diri di kawasan tersebut daripada mata kail mahupun mata umpan! Justeru, untuk berhasil, nelayan sangat perlu untuk memahirkan diri dengan teknik tangkapan di kawasan lubuk!

Lantas, jika begitu apa lagi yang memeningkan? Pukat sesuai untuk tangkapan di luar lubuk. Sonar pula sesuai untuk tangkapan di kawasan lubuk. Mmmm.... seperti yang ku sebutkan di awal tadi. Korelasi di antara keduanya! Dan kini aku sedang menguji sebuah hipotesis yang ku harap dapat merungkai rahsia tersebut. Izinkanku membuka kunci rahsia tersebut Ya ALLAH! Amin Ya Rabbal Alamin.

4.45pm. Kembali semula kepada realiti semasa. Dua kilasan sesaran ombak di sepanjang aku merekodkan perenggan-perenggan di atas membolehkanku menyempurnakan 3 sesi tangkapan. Alhamdulillah. Aku sudah semakin hampir mencapai target tangkapan harian sebagaimana yang ditetapkan di dalam Manual Pelayaran. Semoga ada izinNya!

(PEN-OFF 4.57pm)
(PEN-ON 10.42pm)
NOTES:
Maha Suci ALLAH yang memiliki seluruh alam ini. Rezeki kita adalah rahsia ALLAH! Hari yang sangat panjang. Sangat mendebarkan. Sangat mengharukan. 8 April 2010. Aku kini di sisi Girl. Menghayati dan mensyukuri detik yang penuh nikmat ini. Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di jeti.
Selangkah aku ke depan anjung, sempat ku lihat Girl di tangki tangkapan yang sedang diturunkan. Tak pernah aku lihat dia segembira itu. Kami sebenarnya bersaing di perairan tadi bersama-sama kapal dan bot masing-masing. Hari ini, kami berjanji untuk "act like a professional trader!". Walaupun belayar beriringan di sisi, tapi dia ingin sepenuhnya bernelayan tanpa bantuanku. Isteriku.. :-)
Alhamdulillah! Girl memperolehi hasil tangkapan sebanyak USD54.71! Antara hasil tangkapannya yang paling lumayan setakat ini, walaupun dengan umpan yang paling kecil. Performance Index? 5,471 unit! Tahniah Girl!
Dan, ALLAH juga memperlihatkan sifat Maha PemurahNya buatku. USD406.20 (Performance Index: 8,124 unit). Alhamdulillah.. Terima kasih Ya ALLAH, kerana dalam lalaiku, kau tetap mengizinkan aku merasai nikmatMu ini.
| | edit post

Kembali Bertamu

Posted by Nelayan Forex On 4/06/2010 08:16:00 PM 0 comments
Selamat bersua kembali.

Telah hampir dua minggu aku tidak bertamu di dada Traderlog ini. Terlalu banyak yang berlaku sejak sisi akhir aku bertamu sehinggalah ke detik sisi ini. ALLAH menguji, dan sebagai hambaNya tiada daya untuk kita lari daripada ujian tersebut. Kehidupanku adalah milikNya, dan hanya Dia yang layak menetapkan pengakhirannya.
Aku kembali ke tanahair pada malam hari Selasa lepas. Aku berehat seketika, dan hanya pada Jumaat, aku sempat turun ke laut untuk meraikan bayu NFP. Bayu yang tidak pernah menghampakanku sejak aku bergiat aktif bernelayan mulai Januari yang lalu. Seperti biasa, pukat "jajaran sempit" adalah pilihanku. Dan malam itu, aku seharusnya mampu mendaratkan tangkapan yang baik. Pada suatu ketika, pukatku telahpun berjaya memperolehi tangkapan sekitar USD150.00. Sayang seribu kali sayang, di saat akhir pukatku rabak kerana kelalaianku sendiri. Banyak faktor, antaranya kedegilanku menggunakan talian "broadband" berbanding "streamyx". Sememangnya di saat pukulan bayu sehebat NFP, pelayaran harus disokong oleh aplikasi ICT yang terbaik. Hanya aplikasi yang terbaik sahaja yang dapat membantu proses "sesi pelayaran & operasi tangkapan" secara on-time dan reliable. Kesudahannya, aku kerugian USD0.75. Alhamdulillah, setidak-tidaknya aku hanya perlu membayar harga kerugian yang relatif sangat kecil berbanding pelajaran yang ku perolehi dariNya.

Hari ini, aku turun ke laut buat kali pertamanya minggu ini. Semalam adalah hari cuti di dunia barat, jadi aku sengaja tidak mahu mengambil risiko. Walaupun pada awalnya perairan dijangkakan tidak begitu "bertenaga", namun sesaran keseluruhan sebesar 170 pips telah direkodkan setakat ini (8.37pm). Arah sesaran ombak ke selatan dilihat konsisten bermula dari sesi pagi sehinggalah kini, dan telahpun mencecah S3 sebelum memantul semula ke utara. Malahan aku sempat terlibat dalam dua sesi sesaran yang agak kuat sekitar jam 4.30pm (News GBP Construction PMI, Medium Impact) dan sekitar jam 7.00pm tadi.
Secara teori, aku seharusnya mampu memperolehi tangkapan yang sangat lumayan, terutamanya pada sesi sesaran yang pertama. Sayang sekali lagi, saiz umpan yang ku gunakan adalah tidak menepati nisbah piawai kebiasaan. Oleh yang demikian, ia sangat mempengaruhi hasil akhir tangkapanku. Aku terpaksa mengurangkannya bagi mengelakkan kehabisan bekalan memandangkan hari ini tiada jangkaan tiupan bayu News yang berkaitan selepas jam 4.30pm tadi.
Apapun, aku bersyukur kerana ALLAH masih mengizinkanku memperolehi tangkapan berjumlah USD33.25. Memang masih jauh daripada target harian USD45.00, namun aku gembira pelayaran ini tetap dianugerahiNya rezeki. Syukur Alhamdulillah!
| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..