Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

'Candle'

Posted by Nelayan Forex On 5/22/2010 11:56:00 PM 0 comments
Girl memandangku tak berkerdip. Ada keyakinan di matanya.

Saiz candle. Panjang & pendeknya akan beri kesan yang berbeza pada bilangan umpan yang wajar diperlukan. Dan itu akan kelak menentukan berapa panjang pukat yang bakal dilabuhkan.

Justeru, jika saiz candle kurang sesuai, pertimbangan yang mendalam harus dibuat berkaitan masa yang sesuai untuk melabuhkan pukat. Di sini, masa 'pra-hembusan bayu' memainkan peranan penting!

Ya. Aku setuju dengan pandangannya. Setidak-tidaknya aku telah menguji pendapat tersebut dalam pelayaranku kelmarin (Khamis). Alhamdulillah, ALLAH memberikan rezeki USD137.21 kepadaku. Sayang sekali, aku tak berkesempatan turun ke laut untuk mengujinya semalam. Aku berhajat untuk terus menguji 'hipotesis' tersebut dalam pelayaranku minggu hadapan, InsyaALLAH.

Well, it's really small things that make big things!

Wallahu Aklam.
| | edit post

Mercedes VS Brabus.. Terima Kasih, Cikgu..

Posted by Nelayan Forex On 5/22/2010 02:38:00 PM 0 comments
Aku mengelamun jauh. Entah mengapa aku terfikirkan lagi tentang tajuk di atas. Sebetulnya telah agak lama aku ingin memaparkan pandanganku tentang perkara itu. Mercedes VS Brabus. Ia sebuah metafora, sebenarnya.

Baiklah, ceriteranya begini! Semua orang mengkagumi kereta Mercedes. Ia lambang kemewahan & prestasi kejuruteraan automotif yang unggul. Hanya yang mampu dan bertuah dapat memiliki & memandunya. Namun, masih ada di kalangan pencinta Mercedes yg menginginkan versi Mercedes yang lebih berkuasa & 'configured'. Maka, lahirlah Brabus. Ia adalah versi Mercedes yang dinaiktaraf ataupun dipanggil 'tune-up version'. Pastilah ia jauh lebih berprestasi, bersifat eksklusif & bercirikan 'customization'. Ia memenuhi & melengkapkan ciri-ciri spesifik 'kekurangan' Mercedes yang asal. Menariknya, ia dibina berasaskan chasis asal Mercedes, namun peningkatan prestasi yang ketara menjadikannya sebuah 'jenama baru' yang unggul.

Ironinya, Mercedes tidak pula 'dinafikan' kehebatannya! Ia masih kekal sebagai jenama mewah yang dihubungkaitkan dengan prestasi unggul. Pada sisi yang lain pula, Brabus juga menemui keunggulan reputasi yang dicari-cari. Kedua-duanya tetap 'hidup' dan memiliki 'cengkaman' pasaran yang tersendiri.

Justeru, mengapa perlunya Brabus? Apakah Mercedes tidak cukup gah? Hematku, Brabus relevan kerana ada kelompok peminat Mercedes yang walaupun mengkagumi jenama itu, namun masih memerlukan 'tuning-up' dalam beberapa ciri kritikal & gagal menemuinya dalam 'signature version' asal yang 'original', iaitu Mercedes. Maka, pengubahsuaian yang ketara perlu dilakukan tanpa perlu menafikan kemantapan teknologi asal Mercedes. Pengubahsuaian yang dilakukan itu pula dilihat signifikan pada skala teknologi menyebabkan tuntutan kepada kemunculan sebuah 'jenama' baru, kerana ia bukan setakat peningkatan model. Justeru, lahirlah Brabus!

Pun begitu, Mercedes tetap unggul. Ini kerana jenama itu tidak ada 'kurangnya', malahan masih mampu memenuhi aspirasi majoriti golongan peminat kenderaan mewah & berprestasi tinggi.

Mmmm.... demikian kisahnya. Lantas apa perkaitannya dengan dunia nelayan kita? Jawapannya ialah 'peningkatan teknologi'. Sebagai traders, setiap dari kita InsyaALLAH telahpun memiliki 'teknologi' tersendiri untuk berhadapan dengan cabaran dunia lautan Forex. Kebanyakan daripada kita sebelum ini telahpun 'melabur' sejumlah wang, masa & tenaga yang banyak untuk mendapatkan 'teknologi' bernelayan. Alhamdulillah, jika dilakukan 'searching' pada enjin carian Google etc, pasti kita akan menemui beratus-ratus kaedah dan teknik yang ditawarkan untuk 'perkongsian teknologi'. Ada yang percuma, dan tak kurang juga yang harga 'yurannya' mencecah ribuan Ringgit.

Timbalah ilmu sebanyak mungkin! Kerana ia termasuk di dalam usaha murni yang memungkinkan kita layak menerima 'habuan' rezeki ALLAH kemudiannya nanti.

Umumnya, semua kaedah dan teknik yang ditawarkan adalah baik. Setidak-tidaknya, ia 'berhasil' buat mereka yang merintisnya. Walau tidak semua, pada hematku, 'guru-guru' Forex tersebut secara umumnya wajar dihormati 'kepakaran' mereka dalam bernelayan. Tidak semestinya jika kita tidak memperolehi 'hasil tangkapan' yang baik, maka kaedah yang dipelajari itu tidak bagus! Hakikatnya, ia mungkin tidak serasi dengan kita. Kerana, pada pendapatku yang masih mentah & hijau ini, kita harus 'sekufu' dengan ilmu tersebut. Ilmu juga ada maharnya. Bagiku, untuk konsisten di dalam memperolehi hasil yang memuaskan, teknik & kaedah yang baik hanyalah 50% daripada prasyarat. Elemen seperti psikologi, kebijaksanaan, ketenangan diri & kematangan membuat keputusan adalah sangat penting. Jikapun kita ada senjata nuklear, tapi tidak matang & waras dalam membuat keputusan, akhirnya seluruh dunia akan binasa tanpa sesiapapun memperolehi manfaat. Namun, kebijaksanaan & kematangan Rasulullah dalam perjuangan; kemenangan sentiasa dalam genggaman Baginda walaupun sekadar pedang & busur menentang ribuan musuh di medan jihad.

Justeru, jika hari ini kita telahpun memiliki teknologi 'Mercedes' namun masih belum konsisten 'berhasil', jangan disalahkan Guru-guru kita. Ilmu yang diajar hanyalah asas, namun akhirnya di dewan peperiksaan kelak, kita yang menjadi penterjemah kefahaman kendiri melalui keputusan ujian. Tidak semua ilmu asas 'serasi' dengan kita, maka berkemungkinan kita harus terlebih dahulu menyesuaikan diri untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya. Oleh itu, pertimbangkanlah untuk cuba 'membina' model Brabus kita sendiri berasaskan teknologi Mercedes yang diperturunkan. Mari kita sama-sama berusaha & berdoa, agar ALLAH sentiasa memberikan ilham. Kerana sesungguhnya, tanpa izin & rahmatNya, tiada upaya dan daya kita untuk mengusaha & menikmati apapun. ALLAHu Akhbar!

Akhir tinta, meski agak sedikit terlewat, Selamat Hari Guru buat semua guru & sifu yang telah sudi membimbingku dalam mengharungi dunia nelayan Forex. Guruku, budi & jasamu ku kenang dunia & akhirat, InsyaALLAH.

Alhamdulillah, Ya Rabb.
Terima kasih, Cikgu!
| | edit post

Kasih Sayang ALLAH

Posted by Nelayan Forex On 5/19/2010 07:53:00 PM 0 comments
Maha Suci ALLAH yang memiliki seluruh alam ini.

Aku baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi di anjung. Sambil menulis bait-bait aksara di dada hamparan Traderlog ini, mataku mengerling kerap ke arah laut lepas. Lenguh dan kebas anggota tubuh masih terasa, dek 'penangan' hempasan gelora pelayaran sebentar tadi. Pun begitu, aku puas! Hatiku berbunga mengenangkan perolehan tangkapan hari ini dan hari semalam. Namun, hatiku lebih berbunga mengimbas kenangan indah hampir 'mabuk' diuji dugaan dariNya dalam pelayaran tersebut. Aku insaf. Betapa kerdilnya kita sebagai makhlukNya cuba menggarap limpahan rezeki yang ditaburkan di seluruh pelosok alam ini.

Aku insaf. Benar-benar menginsafi hakikat tersebut. Tanpa kasih dan sayangNya, tiada apapun yang mampu kita gapai di kehidupan ini.

Pelayaran hari semalam bermula dengan baik. Namun, buat pertama kalinya, aku diuji dengan kesilapan teknikal yang sangat mengecewakan. Di saat aku hampir pasti mampu mendaratkan hasil tangkapan awal yang lumayan, aku baru menyedari berlakunya kesilapan teknikal yang tidak boleh ku maafkan diri ini. Akhirnya aku pasrah, menerima hakikat bahawa rezekiku belum diizinkanNya waktu itu. Terkesima. Enggan mengalah, maka setelah pulih semangat diri, aku berjuang habis-habisan untuk kembali menggagahi pelayaran. Syukurlah, meski terpaksa berada di dada laut melepasi dinihari, akhirnya ALLAH mengizinkan rezeki buatku. USD143.95. Alhamdulillah.. berbaloi menanti.

Pelayaranku hari ini pula mengajarku erti tabah dan yakin. Tabah, dengan dugaan hempasan ombak yang sering mengelirukan dan memerangkap para nelayan. Yakin, dengan janji ALLAH bahawa setiap penyerahan diri kepadaNya pasti akan memperolehi rahmat dan kasih-sayangNya. Hari ini, Ultimate X5 benar-benar diuji dengan lambungan dan hempasan badai yang sangat ganas. Bukan satu, tetapi dua pusingan. Berturut-turut, dengan sela masa hanya sebatang rokok! Ironinya, kedua-duanya berlaku di perairan yang sama, iaitu ketika London open.

Dalam kedua-dua situasi, jejaran pukat yang terpaksa dilabuhkan benar-benar merunsingkan. Margin yang digunakan juga telah mencecah angka USD2000 ++ pada suatu ketika. Syukurlah. Masih ada kasih-sayang ALLAH buatku. Malahan, inilah pencapaian tertinggi harian yang pernah ku rasai selama aku berjinak-jinak dengan dunia bernelayan ini. Dengan nilai PI = 19,851.70, ALLAH mengizinkanku memperolehi hasil tangkapan bernilai USD595.55. Alhamdulillah, terima kasih duhai Penciptaku. Sesungguhnya, tiada daya dan upayaku melainkan dengan rahmat dan redhaMu.

ALLAH. Tuhan Yang Maha Agung.
| | edit post

Ref: Snippet II - Para 1

Posted by Nelayan Forex On 5/18/2010 01:30:00 PM 0 comments

Maklumat berkaitan kenaikan mendadak nilai USD pada pagi hari Isnin (sila rujuk: Snippet II - Para 1).
Wallahu Aklam.
| | edit post

Welcome Aboard - Mohamad Asri

Posted by Nelayan Forex On 5/18/2010 01:44:00 AM 6 comments
Salam ukhwah buat Sdra Mohamad Asri. Selamat datang ke Nelayan Forex Traderlog. Semoga kita saling memperolehi manfaat dalam perkongsian pengalaman ini.

Ya ALLAH, rahmatMu, redhaMu & syurgaMu, kami pohonkan!

Snippet II

Posted by Nelayan Forex On 5/18/2010 12:38:00 AM 0 comments
1. Impressive!! Hanya itu yang termampu ku nyatakan di sini. Sesaran laut melebihi 250 pips ke arah bearish bagi GBP/USD (Koordinat 1.4536 sehingga melebihi koordinat 1.4265; melibatkan sesaran berterusan dari Khatulistiwa sehingga menembusi latitud S3). Segalanya berlaku dalam tempoh masa yang relatif sangat pantas, lebih-kurang 2 jam (berdasarkan rekod graf yang dirujuk pada platform). Sayangnya, aku hanya menyedarinya apabila aku tiba di pejabat sekitar pukul 11.00 pagi Isnin tadi. Apa yang berlaku? Pasti ada sesuatu isu yang menggegar menyebabkan pasaran bereaksi 'sehebat' itu. Bertuahlah bagi traders yang berkesempatan turun bernelayan ketika itu. Isu krisis kewangan Greece yang masih belum selesai apabila ada rumours yang menyatakan kemungkinan France menarik diri dari kumpulan penyumbang bantuan? Atau mungkin juga gangguan penggunaan ruang udara dan penerbangan di London akibat debu susulan letusan terbaru gunung berapi di Iceland? Aku harus segera mencari puncanya! Ada sesuatu yang wajar dipelajari dan diambil pelajaran daripadanya.

2. Pagi Isnin juga aku sibuk di limbungan. Tiada masalah dengan Ultimate X5. Malah seharian ini aku tidak turun ke laut memandangkan kesibukan yang pelbagai. Sebetulnya, sepagi itu aku dan Girl menaiktaraf bot nelayannya. Kini ia dikenali sebagai Ultimate X2! Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihannya, dipayungi restu Yang Maha Kuasa, hari ini Girl telahpun memiliki bot fiber nelayan yang mempunyai kuasa kuda melebihi 2000cc. Sebagai suami, pastinya aku sangat berbangga, namun ku pulangkan pujian itu kepada ALLAH SWT kerana segalanya adalah dengan izinNya jua.

3. Tengahari tadi, aku sempat menghantar Bert ke terminal di KLIA untuk penerbangan terus ke Madinah. Alhamdulillah! Tercapai juga hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Pakej 14 hari/12 malam oleh Andalusia Travel jadi pilihan. Memang secara peribadi, aku juga berpuashati dengan perkhidmatan professional yang sentiasa diberikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan umrah & haji swasta kelolaan Dato' Ustaz Ngah Daud itu. Malahan, hari ini pada 2 tahun yang lepas - 2008 - aku dan Emak sedang berada di Tanah Suci menunaikan ibadah umrah buat kali pertamanya dalam hidup kami. Alhamdulillah. (Astaghfirullah, bukan pula bertujuan untuk bersikap 'ujub, namun sekadar mencoret untuk mengingatkan diri agar sentiasa mensyukuri anugerah dan peluang yang ALLAH berikan selama hidup ini, Alhamdulillah!).
| | edit post

Snippet I

Posted by Nelayan Forex On 5/15/2010 01:38:00 AM 0 comments
1. Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH. Aku baru sahaja menamatkan edisi pelayaranku yang terakhir untuk minggu ini kira-kira 2 jam tadi. Syukur di atas rahmat ALLAH untukku, USD102.55. Semoga aku akan sentiasa termasuk di dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur dan beramal soleh, Amin Ya Rabb.
2. Buat Bert: Selamat menunaikan ibadah umrah Isnin nanti! Selamat menyucikan jiwa dan hati di Tanah Suci. Semoga sentiasa dirahmatiNya dan memperolehi umrah yang maqbullah. Doakan agar kami di sini akan turut dipanggilNya mengadap di hadapan rumahNya, dan berkesempatan menziarahi makam kekasihNya di sisi Raudhah.
Maha Suci ALLAH!
| | edit post

Seni Yang Tersurat, Sains Yang Tersirat....

Posted by Nelayan Forex On 5/14/2010 11:46:00 AM 0 comments
Hari ini Jumaat, jam sekitar hampir tengahari. Saat ini aku sekadar meninjau dari anjung jeti, melemparkan pandanganku jauh sayup ke tengah laut cuba "membaca-baca" gerakan arus. Kelihatannya, laut kurang bergelora selepas begitu aktif menggerak badai sejak awal minggu. Mungkin kerana kemelut politik pembentukan kerajaan di United Kingdom telah semakin reda, fikirku. Kemelut terbabit ku perhatikan memberi kesan yang sangat ketara kepada kekuatan nilai Pound Sterling sehingga membolehkan Dollar benar-benar mengukuh secara drastik.
Sambil mengerling laut jauh, aku kembali mengimbas perbincanganku dengan Girl sewaktu bersarapan tadi. Pada pengamatan kami selama ini, ada sesuatu yang sangat menarik dengan pergerakan arus laut pada detik-detik tertentu. Memang bukan lagi mustahil bahawa akan wujud sesaran ketara pada zon-zon pertembungan waktu perairan utama seluruh dunia. Itu bukan lagi rahsia di kalangan traders. Tapi, apa yang kami maksudkan ialah ianya juga berlaku pada sela minit tertentu hampir setiap jam. Dan, penelitian yang lebih mendalam membawa kami kepada hipotesis secara lebih terperinci apabila kami mengaitkan kecenderungan perlakuan manusia (memandangkan keputusan yang dibuat manusia adalah penggerak utama pasaran) dengan sistem waktu di setiap lokasi perairan utama dan sub-utama. Ini juga berkaitan dengan dominanasi beberapa matawang utama dunia terutamanya Yen dan USD dalam aktiviti perdagangan negara-negara di seluruh dunia.
Girl bersetuju untuk mengkaji perkara tersebut secara lebih mendalam. Aku yakin ada perkaitan yang signifikan memandangkan prinsip sains perlakuan manusia juga diterapkan dalam hampir semua proses pembuatan keputusan, yang mana akan mempengaruhi urusan dagangan rasmi negara-negara, sehingga akhirnya menjurus terus kepada perubahan nilai asas matawang yang diguna atau diniagakan. Ia sebenarnya gabungan antara seni yang tersurat dan sains yang tersirat!
Ironinya, aku sedang mengujinya detik ini!
Wallahu Aklam..
| | edit post

Konsistensi

Posted by Nelayan Forex On 5/13/2010 07:03:00 PM 2 comments
Konsistensi. Ia memang sangat penting. Tidak mengapa sedikit, tapi yang penting konsisten. Bukan mudah untuk mencapainya dalam dunia nelayan forex. Sering para trader berbangga dengan dapatan hasil yang sangat tinggi pada satu-satu hari, tapi padaku yang paling penting ialah konsisten. Tidak ada ertinya jika hari ini memperolehi hasil tangkapan yang lumayan, tetapi esok dan lusa lukah dan pukat sekadar dipenuhi rerumpai laut. Malah lebih malang jika pukat rabak sehingga akhirnya terpaksa kehilangan bekalan modal asal yang dibawa.

Namun, itulah lumrahnya dunia nelayan forex. Pun begitu, aku yakin jika benar-benar teliti, ianya tidaklah mustahil. Kesempurnaan memang satu ilusi, tapi kesederhanaan adalah realiti yang layak didambakan. Justeru, aku sangat yakin setiap trader harus membangunkan trading plan mereka untuk memastikan perjalanan yang diharungi layak bergelar perjuangan yang berdestinasi. Jika tidak, kita mungkin sekadar umpama dedaun kering yang hanya bergerak mengikut arah aliran air di kali.

Aku bersyukur kerana Ultimate X5 telahpun dibangunkan bersekali dengan sebuah Manual Pelayaran yang ku yakini amat baik. Ia mencatatkan cadangan kepada parameter-parameter operasi pelayaran di samping matlamat secara harian bagi membolehkan sebuah objektif muktamad dicapai. Aku bersyukur kerana kami sentiasa diberikanNya ilham untuk sentiasa menambah-baik kualitinya bagi menjadikannya lebih realistik. Seperkara yang penting, kesederhanaan dan realistik adalah elemen utama yang sentiasa diberikan penekanan.

Terlalu idealistik? Mengapa tidak. Bukankah perjuangan itu seharusnya sebuah gerakan yang sangat ideal. Ia sewajarnya begitu. Jangan sekadar bermain-main!

Mmmm.... tinjauan? Baiklah! We need to walk the talk!

Alhamdulillah, selepas beberapa penambahbaikan dilakukan, hasil tangkapanku sejak Khamis lepas telah memperlihatkan peningkatan di segi konsistensi. Paling tidak, ia melebihi daripada target harian minimum USD75.00. Alhamdulillah!

=> Khamis : USD131.79
=> Jumaat : USD100.87
=> Sabtu & Ahad : Market berehat
=> Isnin : Tidak turun ke laut
=> Selasa : USD61.92
=> Rabu : USD104.55
=> Khamis (Hari ini) : USD110.43

Aku beriltizam untuk mengekalkan pencapaian di atas par bagi setiap kali turun ke laut. Hanya ALLAH yang selayaknya membantuku dan memaqbulkan harapan dan doaku ini. Jika ia dapat dilaksanakan, aku yakin cita-citaku untuk mencapai objektif akhirku akan dapat direalisasikan. Target minimum harian di atas adalah bersifat relatif dengan kiraan pengurusan risiko terhadap modal kumulatif harian. Ini bermakna ia akan sentiasa berubah secara linear bersesuaian dengan setiap penambahan dan pengurangan modal terkiniku.

Objektif akhirku? Biarlah ia antara aku dan Penciptaku. Kerana hanya Dia yang layak memberi dan menentukannya.

Semoga Kau mengizinkannya menjadi kenyataan, Ya ALLAH. Amin Ya Rabb.
| | edit post

Dunia Baru

Posted by Nelayan Forex On 5/08/2010 01:51:00 AM 0 comments
Aku cuba melelapkan mata. Namun semakin ku cuba, semakin aku lemas dalam kegelapan malam. Lantas fikirku, lebih baik aku rakamkan sahaja rasa hatiku di dada hamparan Traderlog ini.
Fikiranku menerawang dengan perkembangan terkini kerjayaku di pejabat. Saat ini terasa agak getir dengan satu dua perkara yang tiba-tiba memaksa aku untuk memikirkan kemungkinan untuk aku dan isteri memilih nelayan forex sebagai wadah kelangsungan hidup secara penuh masa. Mengapa tidak, sesungguhnya kami sekeluarga lebih damai setiap kali menghirup udara laut berbanding kehidupan kerjaya sofistikated di pejabat. Malah, kami semakin dapat menghayati hakikat kewujudan kami sebagai hambaNya sejak kali pertama kami menyentuh gigi pantai dan halus pasirnya.
Kami dapat merasakan sedalam-dalamnya betapa kerdilnya diri setiap kali turun ke laut. Segala-galanya "direct" dan "cash". Izin, rahmat dan redhaNya adalah paling utama. Untung atau rugi menjadikan kami lebih mensyukuri dan pasrah kepadaNya. Jelas kami dapat merasakan seakan berkomunikasi langsung denganNya. Pada setiap saat. Setiap detik. Setiap pip. Setiap untung dan rugi.
Jelas. Kami belajar memohon doa seikhlas yang mungkin kepadaNya. Kami belajar berserah seikhlasnya kepadaNya. Kami belajar mentaati dan menuruti perintahNya dan wasiat kekasihNya. Demikianlah indahnya dunia baru kami. Dunia nelayan forex. Semoga Kau merahmati dan meredhai kami, Ya ALLAH. Amin.
Kotak fikiranku kembali mengimbas saat-saat indah dan getir dalam kami bernelayan. Sejak kali pertama kami memberanikan diri menceburi dunia baru ini. Alhamdulillah! ALLAH sentiasa membantu. Malah sebentar tadi, suasana pasca-NFP di perairan memberikanku hasil tangkapan yang melebihi daripada target harianku. USD100.87. Walaupun pada awalnya aku begitu banyak melakukan kesilapan sehingga hilang sebahagian besar hasil tangkapan sulungku hari ini, namun di akhir usaha, Dia tetap mengizinkan rezeki yang baik buatku. Itu belum lagi diambilkira suasana perairan yang sangat sukar memandangkan hembusan bayu NFP malam tadi tidak seghairah kebiasaannya. Terima kasih Ya Rabb.
Aku benar-benar kembali yakin dan bersemangat. RahmatNya kepadaku pada hari sebelumnya sebanyak USD131.79 menambahkan istiqamahku. Diam-diam aku berazam, moga dapat aku berusaha mengekalkan prestasi ini. Kita wajib berusaha, agar layak menerima anugerahNya. Itu janjiNya. Janji Tuhan seru sekelian alam!
Ya ALLAH, berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu untuk kami menjustifikasi penghijrahan ini di dalam cahaya redhaMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Biarlah Rahsia....

Posted by Nelayan Forex On 5/06/2010 04:23:00 PM 0 comments
Memang aku akui. Akhir-akhir ini aku jarang-jarang berpeluang bertamu di dada hamparan Traderlog ini. Hakikatnya aku merasa agak kecewa dengan perkembangan tradingku kebelakangan ini.
Sememangnya, aktiviti nelayanku sangat membosankan. Bukan salah laut. Bukan juga salah bayu dan hempasan badai. Aku tetiba kurang bersemangat dengannya. Naluriku seakan terganggu. Keghairahanku hampir-hampir sahaja padam.
Aku sedar mengapa begitu. Aku tahu sebabnya. Biarlah. Biarkan ia jadi rahsiaku. Sesungguhnya, sebagai insan kita tidak lepas dari ujian dan dugaanNya. Ia datang sebagai package dalam keseluruhan susur-galur hikayat kehidupan kita. Justeru, kita wajar redha dan pasrah dengan segala ketentuanNya.
Apapun, segalanya sudah selesai. Alhamdulillah. Rahmat dan redha ALLAH adalah pengubatnya. Aku yakin langkahan kami sekeluarga selepas dari ini akan lebih membahagiakan. InsyaALLAH.
Laut. Aku kembali kini. Semoga kita saling memahami dan memberi erti.
Izinkan aku Ya Rabbul Jalil..
| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..