Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Kerinduan

Posted by Nelayan Forex On 3/25/2010 06:23:00 PM 0 comments
Aku menelusuri hamparan terumbu yang melingkungi luar pantai deretan kepulauan di hujung selat. Sebentar lagi, jika ada izinNya, aku akan tiba di jeti tambatan yang letaknya di hujung tanjung yang kelihatan berbalam-balam dalam renyai hujan. Alhamdulillah, pelayaranku hari ini agak berhasil. Meskipun masih belum mencapai target harian, jumlah keseluruhan tangkapan bernilai USD27.00 sedikit-sebanyak ia memadai untuk tambahan bekalan modal hari-hari akan datang. Sementelah, aku pada awalnya memang tidak dapat memberikan fokus yang sepenuhnya memandangkan minggu ini tugasan di pejabat agak banyak. Tambahan pula, sepanjang minggu ini kami agak sibuk menyesuaikan diri dengan beberapa strategi dan kaedah baru, terutamanya penggunaan teknologi Sonar V1.5032. Mungkin di dalam tulisanku yang akan datang, aku akan cuba memberikan huraian serba ringkas (secara kiasan dan metafora) berkenaannya. Justeru, kerap-kali juga berlaku kekeliruan dan kesilapan di dalam aktiviti penangkapan dan pemilihan strategi. Ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada penyusutan yang agak ketara purata hasil tangkapan.

Namun begitu, walau apa sekalipun alasannya, ia secara langsung berkaitan persoalan rezeki. Rezeki. Ia adalah hak dan rahsia mutlak ALLAH SWT. Kita wajib bersyukur dan redha dengan ketentuan dan ketetapanNya. Alhamdulillah.

Aku terus mengemudi Ultimate X5 dengan setenang yang mungkin menghindari karang terumbu yang sebahagiannya berceracak di permukaan laut. Sambil menuju laluan pulang ke pengkalan, aku sempat melabuhkan pukat kecil kalau-kalau dapat memperolehi tambahan tangkapan hasil laut. Ia sekadar usaha. Semoga ALLAH merahmati usahaku, Amin Ya ALLAH.

Tidak ku nafikan sepanjang pelayaran kali ini, aku kerap terleka dengan buaian ombak, hembusan bayu laut dan kicauan camar. Sebenarnya, aku dapat merasakan yang aku akan merindui semua ini. Ini kerana mulai esok sehingga Selasa depan aku terpaksa berjauhan dengan dunia pelayaranku. Tugasan pejabat memerlukan aku untuk berada di luar wilayah. Tanggungjawab. Amanah.

Justeru, hamparan traderlog ini juga akan sepi untuk beberapa ketika. Semoga sekembalinya aku nanti, akan lebih banyak perkara menarik yang dapat aku kongsikan bersama.

(PEN-OFF AT 7.19pm)

NOTES:

Jumlah akhir keseluruhan tangkapan harian: USD30.15. (As at: 8.15pm).

Alhamdulillah.

| | edit post

Bersangka Baik Kepada ALLAH

Posted by Nelayan Forex On 3/25/2010 01:43:00 PM 0 comments
Ini kisah hari semalam. Sebagaimana yang telah ku nyatakan dalam tulisan terdahulu, aku bercadang untuk turun ke laut pada sesi petang dan malamnya. Justeru, selepas sedikit rehat, sekitar setengah jam sebelum kelompok News Euro dikeluarkan, aku telahpun mengemudi Ultimate X5 membelah ombak ke tengah laut. Lebih-kurang jam 4.00pm, aku telah pun selesa bersedia untuk melabuhkan pukat.

Sementara menunggu sesaran ombak yang signifikan, sempat juga aku mencandat sotong bersulam dengan mengail sembilang laut. Hatiku berbunga-bunga kerana terdapat banyak News Euro. Fikirku, jumlah 9 News Euro itu sudah pasti mampu merancakkan sesaran ombak. Tambahan pula, ini kali pertama aku mengambilkira tiupan bayu Euro dalam percaturan pelayaran. Sebelum ini, aku hanya fokus kepada bayu-bayu GBP, USD dan CAD. Yang menariknya, sebagaimana yang telah ku nyatakan sebelum ini, tiada News GBP, USD mahupun CAD yang akan 'bertiup' pada sesi tersebut. Wah! Ini pengalaman baru, terdetik di hatiku.

Akhirnya, saat yang ku nantikan pun tiba. Sesaran ombak sekitar 30 - 50 pips mula membadai. Aku menggunakan nisbah bukaan pukat yang sederhana. Pengalaman menggunakan bukaan yang luas pada tengahmalam semalam benar-benar membuatkan ku serik.

Secara tiba-tiba, sesaran ombak yang kuat itu beralih arah! Ini mungkin disebabkan oleh tiupan bayu yang baru dari arah yang bertentangan. Aku mula resah. Ku perhatikan ia juga mempunyai magnitud sesaran yang besar seperti sebelumnya. Masa terus berlalu, satu demi satu News dikeluarkan. Pasaran kelihatan sangat aktif tetapi aku tidak mampu menaikkan pukat yang sememangnya telah sarat dengan hasil laut. Ini kerana belum sempat sesaran ombak mengenai titik threshold, arah sesaran akan kembali menyongsang! Dalam lain perkataan, seolah-olah laut ketika itu berada di dalam keadaan "hyper-ranging" dengan magnitud sekitar 50 pips!

Secara kebetulan, radas komunikasiku berbunyi. Rupa-rupanya Bert yang berada di hujung talian. Dia juga menghadapi keadaan yang sama. Tiada apa yang mampu kami lakukan, melainkan menunggu sehingga keadaan menjadi reda. Ku lihat pada jadual maklumat tiupan bayu, News Euro yang terakhir hanya akan dikeluarkan pada pukul 6.00pm. Ini bererti, hanya setengah jam selepas News itu 'released', barulah laut akan kembali tenang!

Dalam kekecewaan itu, aku sempat menjeling pada pukat yang dilabuhkan. Ia sarat dengan hasil laut sehingga 8 mata umpan! Yang lebih merunsingkanku ialah kerana aku menggunakan pukat "double non-symetrical". Ini kali pertama aku mencubanya. Sebenarnya, aku tersilap pada awalnya apabila sengaja meletakkan mata umpan tambahan pada pukat induk ketika cuba 'memikat' senangin pada awal pelayaran tadi. Apabila sesaran ombak yang pertama tadi muncul secara tiba-tiba, magnitudnya sangat besar menyebabkan aku terpaksa menyulam mata-mata umpan tambahan padanya, melayakkannya sebagai pukat yang kedua. Jadinya, setiap kali umpan di pukat induk dijamah, maka hampir setiap kali itu jugalah mata umpan di pukat yang kedua disambar! Benar, Ultimate X memang dalam situasi yang sangat kritikal! Ia harus mampu bertahan sehingga keadaan laut kembali tenang.

Jabir bin Abdullah melaporkan, dia mendengar Nabi Muhammad SAW berkata tiga hari sebelum kematian beliau, iaitu:

"Jangan saudara meninggal dunia kecuali dalam bersangka baik kepada ALLAH."

- direkodkan oleh Muslim -

Demikian benar sabda Rasullullah SAW. Petang itu, sekitar jam 7.15pm, sesaran ombak yang sangat kuat kelihatan membadai ke selatan. Alhamdulillah, rahmat ALLAH. Dengan penuh rasa kesyukuran, aku mendaratkan pukat dengan hasil tangkapan berjumlah USD60.65.

Dan sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Untuk sesi pada sebelah malamnya, menjelang News USD New Home Sales 10.00pm, Dia sekali lagi merahmatiku dengan tambahan hasil tangkapan sebanyak hampir USD16.00. Yang lebih indah, tangkapan kali ini adalah hasil titik peluh Girl bila mana kemudi ku serah ke tangannya sewaktu aku berehat sebentar ruku' dan sujud kepadaNya.

Terima kasih Ya ALLAH! Alhamdulillah..
| | edit post

Terperangkap

Posted by Nelayan Forex On 3/24/2010 03:14:00 AM 0 comments
Di saat aku menulis ini, jam sudahpun menjengah 3.15am. Aku keseorangan di tengah lautan. Telah hampir 6 jam aku dibuai gelombang sejak meninggalkan jeti selepas waktu Isya' malam tadi.

Dalam kegelapan ini, aku melihat-lihat persekitaran andai kelihatan kapal ataupun bot nelayan berdekatan.

"Ahh.. pasti mereka semua sedang hanyut dibuai mimpi bersama keluarga tersayang." Getus hati kecilku.

Aku sedar aku sedang terperangkap di sini. Segala-galanya kerana sifat tamakku. Sebetulnya aku telahpun diizinkanNya memperolehi tangkapan yang agak baik, USD32.85 menjelang jam 11.00pm malam tadi (Sebahagiannya ku perolehi semasa sesi pelayaran sebelah petang). Namun, memikirkan bahawa tangkapan masih sedikit kurang daripada target harian USD37.50, aku berkeras untuk melabuhkan pukat. Padahal, aku memang menyedari tiada sebarang jangkaan tiupan bayu (News) selepas jam 10.00pm malam tadi. Waktu itu, aku sempat berhubung dengan Bert melalui radas komunikasi. Kebetulan, dia turut berada di tengah laut ketika itu. Kami berhasrat untuk menunggu menjelang tengahmalam kalau-kalau akan ada sesaran ombak laut berlaku.

"Biasanya begitu! Menjelang pukul 12.00 tengahmalam, selalunya perairan New York mampu mencetuskan sesaran ombak." Aku cuba meyakinkan Bert.

"Okay. Kita tunggu sama-sama." Balas Bert.

"InsyaALLAH." Ringkas jawabku.

Pada detik ini, pukatku agak sarat dengan 4 umpan yang telah diragut, dengan dua umpan yang pertama adalah umpan jenis "kembar-siam". Mataku menjeling pada meter Margin di kemudi: USD59.57. Pada koordinat GBP/USD 1.5034, nilai Coordinate Loss adalah USD58.05. Kebimbangan tetap ada kalau-kalau lebih banyak umpan yang akan diragut. Andai itu berlaku, nilai Margin akan bertambah dan begitu juga kemungkinan yang akan terjadi pada nilai Coordinate Loss. Mohon dijauhkan ALLAH. Sememangnya, dalam keadaan laut yang "ranging" sebegini, sukar untuk menaikkan pukat ke geledak. Silap perkiraan, aku mungkin terpaksa melepaskan kembali hasil tangkapan untuk menampung kerugian.

Jam kini telah menghampiri 4.00am. Coordinate Loss: USD70.85 pada GBP/USD 1.5042. Aku makin resah. Seluruh badanku rasa sengal dan sakit-sakit. Mataku juga hampir tertutup rapat kerana terlalu mengantuk.

Inilah bahananya melakukan pelayaran lewat malam. Seringkali, nelayan akan terperangkap dengan keadaan "laut mati". Pada saat sebegini, hanya perairan New York dan Toronto sahaja yang masih aktif. Kesannya, aktiviti bernelayan di kalangan traders relatif kurang berbanding waktu puncak 3.00pm - 11.00pm setiap hari.

Aku mencari-cari di mana silapnya. Sebenarnya, aku seharusnya telah dapat menaikkan pukat jika tidak kerana kekalutanku menambah jarak saiz bukaan pukat tersebut. Rasionalku pada ketika itu adalah kononnya untuk mengelakkan lebih banyak umpan pukat diragut. Ada betulnya. Tapi, kesannya ialah aku memerlukan sesaran ombak laut yang benar-benar kuat untuk mendaratkan pukat. Sekiranya aku "stick to my trading plan", aku seharusnya telah boleh memperolehi hasil tangkapan yang agak baik. Ini dibuktikan dengan pengiraan secara matematik yang ku buat ke atas perbandingan saiz bukaan pukat dan magnitud sesaran ombak laut yang berlaku. Moralnya: konsisten dengan "trading plan", dan jangan panik!

Tapi, bagaimana aku boleh mengetahui magnitud sesaran ombak yang belum berlaku! Itukan rahsia ALLAH! Justeru, pengalaman dan gerak-hati mungkin boleh membantu! Tambahan pula, jika telah diketahui bahawa tiada jangkaan tiupan bayu dan ditambah pula dengan pelayaran selepas tengahmalam, seharusnya logik di atas wajar diterima oleh akal yang rasional.

Tak mengapalah, yang penting jangan terlalu menyesali perkara yang telah terjadi. Apa yang lebih utama ialah memikirkan kaedah atau jalan penyelesaian kepada konflik atau situasi krisis yang berlaku.

Mataku terus memerhatikan laut yang berombak kecil. Ku perhatikan pada setiap awal jam, laut kelihatan sedikit bergelora. Itu yang ku sedari pada jam 2.00am, 3.00am dan 4.00am.

4.00am?? Mataku hampir terbeliak melihat muka jam yang tergantung di kabin. Detik ini jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 4.22am. SubhanALLAH! Kurang 1 jam sahaja lagi, pasaran New York akan tutup. Aduhai, bisa gawat ni! Waktu ini, pasaran Wellington dan Sydney akan mula mengambil tempat, diikuti dengan pasaran Tokyo. Aku harap saling-tindak di antara matawang negara-negara tersebut dengan USD akan mampu menguatkan nilai Dollar. Ya! Aku mengharapkan nilai USD akan meningkat agar pair GBP/USD mampu bergerak ke arah selatan. Pada koordinat 1.5041, aku perlukan sesaran ombak sekurang-kurangnya 40 pips untuk membolehkan pukatku dinaikkan dengan berbaloi!

Sesungguhnya Ya ALLAH, hanya padaMu layak ku memohon dan mengharap. Sebagaimana janjiMu, di sepertiga malam yang akhir ini aku memohon agar Kau memaqbulkan doaku ini, Amin Ya ALLAH.

(PEN-OFF AT 4.32am)

(PEN-ON AT 9.30am)

Alhamdulillah.. ALLAH Maha Berkuasa! Penantianku akhirnya menjadi kenyataan. Tepat jam 7.10am, sesaran ombak sekitar 25-35 pips berlaku ke arah selatan. Meskipun tidak cukup kuat untuk membolehkanku memperolehi tangkapan yang menguntungkan, tapi ia sudah cukup untukku mendaratkan pukat "bermasalah" tersebut. Sebahagian besar daripada keuntungan terdahulu juga terpaksa ku lepaskan semula untuk menampung defisit tersebut. Akhirnya cuma sekitar USD9.00 sahaja keuntungan asalku yang berjaya kupertahankan.

Demikianlah kehidupan bernelayan. Jika tidak berhati-hati, keuntungan lumayan yang diperolehi pada awalnya terpaksa digunakan untuk menampung kerugian terkemudian yang diakibatkan oleh keputusan yang silap.

Apapun, aku redha. Yang penting ialah modal awalku masih kekal, dan masih memperolehi sedikit keuntungan. Pun begitu, aku harus lebih berhati-hati. Tidak berbaloi untuk menghabiskan semalaman di tengah laut, semata-mata untuk "melupuskan" keuntungan yang terlebih dahulu diperolehi!

Aku harus rehat! Aku perlukan tenaga untuk pelayaran yang seterusnya!

Sesi petang nanti terdapat sekurang-kurangnya 9 News berkaitan Euro bermula pukul 4.00pm - 6.00pm (termasuk 1 News High Impact - EUR German Ifo Business Climate). Tiada sebarang News GBP mahupun USD pada sesi tersebut.

Sesi malam pula terdapat 1 News GBP (High Impact - Annual Budget Release, 8.30pm) dan 4 News USD (termasuk 2 News High Impact - Core Durable Goods Order m/m, 8.30pm; dan New Home Sales, 10.00pm).

Tapi sebelum itu, aku harus pulang ke jeti!
(Sambil mengemudi, aku masih sempat mencandat sotong! Alhamdulillah, jumlah nilai hasil tangkapan sudahpun mencecah USD14.05)

(PEN-OFF AT 10.10am)
| | edit post

Keikhlasan Hati Budi.. Sonar V1.5032

Posted by Nelayan Forex On 3/20/2010 11:06:00 PM 0 comments
Sesungguhnya rahmat ALLAH berada di mana-mana dan di dalam setiap hela nafas kita makhluknya. Alhamdulillah.

DEDIKASI KHAS: Saudagar Lilin Jepun.

Dua hari yang lepas, hari Khamis, sahabat kami Saudagar Lilin Jepun mengunjungi kami di lubuk biasa. Di antara kami bertiga, kami (Aku dan Bert Ruslan) menganggapnya sebagai Senior Partner. Malah, seringkali kami mengusiknya dengan panggilan Sifu kerana pengalaman luasnya dalam pelayaran Forex. Dia sangat suka berkelana serata daerah, mendalami pengajian dengan Tok-tok Guru Forex berbagai kaedah dan strategi berkaitan. Malahan, dalam tempoh sekitar 4 tahun sejak mula-mula mengenali bidang ini, dia telahpun berguru dengan sekurang-kurangnya 6 orang Tok Guru. Justeru, dalam kisah Laut Forex ini, kami menganggapnya sebagai pedagang, berbanding kami berdua sekadar nelayan.

Secara peribadi, aku sendiri telah lebih 10 tahun mengenali Saudagar Lilin. Alhamdulillah, tempoh itu sudah cukup untuk menjadikan kami saling memahami hati budi masing-masing. Latar-belakangnya dalam bidang agama cukup banyak membantuku membentuk diriku hari ini. Aku masih ingat sewaktu aku diizinkanNya menjadi tetamu rumahNya, Saudagar Lilin dan Bert Ruslan adalah antara sahabat yang menghantarku di hujung terminal di "Bandara Sepang". Padahal, aku sememangnya cuba mengelak sedari awal untuk mewar-warkan kepergianku. Niatku, sekadar memohon doa restu dan kemaafan teman-teman agar sedikit-sebanyak mampu meringankan beban di bahu kiriku sebelum sujud menghadapNya di rumahNya kelak. Masih jelas di ingatanku, keikhlasannya memakaikan pada tubuhku kain ihram buat pertama kalinya dalam hidupku pada detik itu. Malah, apabila aku dimuliakan dengan izinNya merasai nikmat hebat di Tanah Suci (maaf, tidak wajar aku menyatakan ia di ruang ini. Biarkan ia sebagai rahsia antara kami), dia dengan rela 'membimbingku' dari tanahair dengan penuh keikhlasan. Terima kasih sahabatku! Terima kasih sahabat-sahabatku!

Justeru, kami bertiga memang sangat rapat. Cuma, sejak lebih dua minggu yang lalu, Saudagar Lilin menyepikan dirinya dari kami. Malahan, text-text SMS yang dihantar akan dijawab sangat ringkas sekali. Itupun selepas berkali-kali dihantar. Dia bukan begitu! Sehinggalah, dari kejauhan, bayu laut menyampaikan kisah sedih kekejaman laut Forex yang tidak mengenal pedagang mahupun nelayan. Hakikatnya, dalam tempoh yang sama, aku dan Bert juga turut mengalami kisah sedih yang mengharukan. Maka, tempoh dua minggu tersebut benar-benar menduga kecekalan kami dalam bidang ini.

Sehinggalah bila tiba-tiba Saudagar Lilin muncul tengahari Khamis yang lalu, barulah kami memahami 'misteri kehilangan'nya. Rupa-rupanya, tempoh tersebut dihabiskannya menjejak Tok Guru kami bagi mengadu perihal yang dilalui.

"Cuti sabatikal". "Sambung bertapa". Demikian ujarnya sambil tersenyum bila kami bertanya. Ringkas, tapi cukup bermakna.

Maka, tengahari itu, kepala kami berdua memang 'berasap' bila Saudagar Lilin menyampaikan 'kuliah'nya.

"Sahabat-sahabatku, aku perkenalkan pada kalian kaedah tahap 'advanced' yang akan kita gunakan dalam pelayaran.. Sonar V1.5032!".

Senyumannya makin lebar bila melihat mulut kami berdua yang makin luas ternganga kekaguman.

Sememangnya, teknologi sistem sonar tersebut wajar mampu memberi kesan yang sangat positif kepada ketepatan dan keberkesanan hamparan pukat yang diturunkan bagi meningkatkan hasil tangkapan di samping menambah-nilai di segi kekuatan keanjalannya menghadapi sesaran ombak laut dan hempasan badai, InsyaALLAH.

Untuk rekod, kaedah tersebut telah diuji secara trial-run pada Khamis & Jumaat lalu & telah memberikan hasil tangkapan yang memuaskan:
Khamis - Bert Ruslan (gabungan Kaedah Sonar V1.5302 + Duyung) => USD80.00
Jumaat - Aku & Girl (gabungan Kaedah Sonar V1.5302 + Pukat) => USD54.45

Demikian, rahmat ALLAH buat kami, yang lahir dari cetusan keikhlasan sejati sebuah ikatan silatulrahim. Alhamdulillah.

Semoga hari-hari yang mendatang akan memancarkan sinar kejayaan dan kebahagiaan buat kami, Amin Ya Rabb!

Semoga ALLAH swt merahmatimu, Tok Guru.

Semoga ALLAH swt merahmatimu, Saudagar Lilin.

Semoga ALLAH swt merahmati kita semua.

Amin, Ya Rabbal Alamin.

Hadiah Sebuah Keyakinan..

Posted by Nelayan Forex On 3/17/2010 09:27:00 PM 0 comments
Maha Suci ALLAH, yang memiliki segalanya di alam semesta ini.

"Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu!"

Terkesima seketika aku menghayati kata-kata di atas. Hakikatnya, insan bernama manusia ini seringkali terlalu kritis terhadap setiap kesukaran yang melanda, sedang segala nikmat dan rahmat yang dianugerahiNya tenggelam di dalam kesamaran hati. Kalaupun ada kata syukur, ia seringkali sekadar ucapan di bibir, sedang hati diam membisu.

Astaghfirullah! Terlalu sering aku melupakanMu, Ya ALLAH! Kerap benar aku berpaling dariMu. Dan terlalu biasa buatku merungut dan mengeluh di atas segala ujian dan cabaran yang Kau bentangkan di hadapanku. Aku mudah sekali menghitung segala kesukaran yang berada di sekelilingku. Sedangkan, aku seringkali "gagap" untuk menghitung rahmat dan nikmatMu. Ampuni aku Ya ALLAH, ampuni segala kedhaifan dan khilaf dosaku!

Fikiranku melayang lagi, mengimbau ujian ALLAH padaku semalam. Ujian yang benar-benar menguji keyakinanku. Hakikatnya, aku akui betapa walau mulut memanjatkan doa, namun hatiku masih rapuh dalam konteks penyerahan diri yang sebenarnya. Sedangkan janji ALLAH itu sentiasa benar. Setiap permohonan yang ikhlas pasti akan dimaqbulkanNya. Justeru, aku malu dengan kegagalanku. Bukan gagal di dalam pelayaran, tetapi gagal meyakini sepenuh hati bahawa ALLAH akan menunaikan setiap permintaan hambaNya yang berserah dan yakin.

Manakan tidak! Aku memohon agar ALLAH mengizinkan sesaran ombak ke utara melebihi daripada titik threshold hamparan pukatku. Di saat ALLAH meletakkan hajatku di seberang tambak, aku pula membuang kesabaran dan keyakinan untuk bertahan. Akhirnya, aku tertewas bukan kerana tiada janji kurnia rahmatNya, tetapi kerana aku tidak layak untuk menerima kurnia rahmatNya itu. Sebenarnya, rahmatNya telahpun tersedia di situ, cuma menuntut aku sedikit bersabar dan yakin akan pertolonganNya. Ampuni aku Ya Tuhanku! Ampuni hambaMu yang serba hina dan gagal berbaik sangka padaMu! Ampuni aku, dan pandulah aku Ya ALLAH!

Derai air mata tidak dapat membasuh lumpur malu di mukaku ini. Hanya rahmat dan kasihNya sahaja yang dapat menjernihkan kembali sinar wajahku. SubhanALLAH!

Hari ini, aku benar-benar menginsafi kedangkalanku. Sebetulnya, detik ini, aku baru sahaja melabuhkan sauh di jeti tambatan. Pelayaran sejak tengahari tadi, mengajar aku bahawa rahmat dan kasih sayang ALLAH tidak pernah putus buat kita selagi kita meletakkan hakikat hubungan hamba dan Tuhannya pada tempat letak yang selayaknya.

Aku memandang tangki tangkapan yang diturunkan perlahan-lahan oleh awak-awak. Sebahagian besarnya adalah tangkapan sewaktu sesaran ombak major yang berlaku semasa 4 News released GBP 5.30pm tadi (Claimant Count Change - High Impact, MPC Meeting Minutes - High Impact, Average Earnings Index 3m/y - Medium Impact, dan Unemployment Rate - Low Impact).

Maha Suci ALLAH, meski aku berdosa padaNya, hari ini rahmat dan kurnia masih tetap dianugerahiNya buatku. USD92.90.

Terima kasih Ya ALLAH!
Alhamdulillah..
ALLAHu Akbar!

(PEN-OFF AT 10.15pm)
| | edit post

Belajar..

Posted by Nelayan Forex On 3/16/2010 04:11:00 PM 0 comments
Aku baru sahaja memulakan pelayaran hari ini. Waktu aku meninggalkan jeti tadi, jam menunjukkan pukul 4.00pm. Arus lautan sudah mula menunjukkan tanda-tanda perolakan. Sebenarnya, bermula sekitar jam 3.00pm tadi, sesaran arus telahpun menjangkau sekitar 75 pips, malahan sempat melintasi takat S1 pada koordinat 1.4973 GBP/USD. Sayang sekali, detik itu aku masih bersama Bert menguruskan hal lain di daratan.

Detik ini jam sekitar 4.17pm. Sesaran arus kembali menghampiri Khatulistiwa. Pukatku telahpun disambar 2 positions setakat ini, dengan posisi sulung Short Sell GBP/USD 1.4986. Aku harap keputusanku tepat memandangkan akan terdapat 2 News GBP (Low Impact) yang akan release pada petang ini (DCLG HPI y/y - 5.30pm & CB Leading Index m/m - 6.00pm). Perancanganku adalah untuk memperolehi sedikit tangkapan sebelum kembali semula ke jeti menjelang sebelum Maghrib.

Matlamat utamaku hari ini adalah untuk memperolehi tangkapan yang lebih baik pada sesi pelayaran malam nanti. Ini memandangkan akan terdapat 3 News USD dan 2 News CAD pada jam 8.30 malam ini. Salah-satu News tersebut adalah berstatus High Impact iaitu USD Building Permits. Selainnya adalah News berstatus Medium Impact.

Sememangnya, News release sangat penting bagi Nelayan Forex sepertiku. Memandangkan aku sangat cenderung kepada tangkapan menggunakan pukat, maka News adalah elemen penggerak kepada kemunculan badai yang signifikan yang mampu melonjak tangkapan bagi membolehkan pukat didaratkan. Cuma, seringkali juga kami terperangkap dengan News yang kurang 'menjadi', menyebabkan pukat tidak dapat dinaikkan. Ini biasanya berlaku dalam suasana di mana laut pada sesi sebelumnya telahpun mengalami sesaran ombak yang besar. Dalam situasi ini, keadaan menjadi bertambah kritikal sekiranya keadaan laut tiba-tiba bertukar kepada 'ranging' dan menyebabkan lebih banyak umpan disambar melebihi keupayaan pukat untuk bertahan.

Aku menjeling jam di tangan. Sekitar 35 minit lagi sebelum News release yang terdekat. Pukat tadi telahpun ku naikkan (hasil tangkapan sekitar USD12.00), dan kini aku menurunkan pukat yang baru untuk pusingan seterusnya. Namun yang lebih utama, aku harus menunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Esa terlebih dahulu sebelum bersedia untuk pusingan tangkapan yang berikutnya.

Haiya'alassolah.. Haiya'alalfalah.. Terimalah urusan dan ibadahku, Ya ALLAH!

(PEN-OFF AT 4.57pm)

(PEN-ON AT 7.13pm)

Perancangan awalku untuk kembali ke jeti sebelum Maghrib nampaknya terpaksa dibatalkan. Ini kerana sejak jam 6.00pm tadi sehinggalah ke detik ini, umpan pukat telah disambar sebanyak 5 open positions (Umpan pertama dan kedua adalah umpan 'kembar siam'). Open positions terakhir setakat ini adalah Long Buy USD4.80 (pada koordinat 1.5111). Aku sempat melirik ke meter Margin di kemudi: USD120.83.

Hatiku semakin berdebar-debar. Pengalaman silam membuatkan aku bimbang. Demikianlah kesan trauma yang begitu menebal, sedangkan pada masa yang sama aku mengakui bahawa pukat yang sarat adalah prasyarat utama untuk memperolehi hasil tangkapan yang lumayan.

"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai" Hatiku tiba-tiba teringat kepada pribahasa ulung Melayu.

Sebenarnya, perkara yang merungsingkanku adalah untuk memperolehi nisbah umpan yang sesuai pada detik sesaran ombak membadai pada masa yang tepat. Itulah cabarannya. Terlalu awal pukat penuh, sedangkan sesaran ombak tidak cukup kuat, bermakna pukat tetap tidak boleh dinaikkan. Kesannya, berkemungkinan semakin banyak umpan di pukat yang akan disambar. Makanya, pukat mungkin rabak sebelum sempat dinaikkan.

Sebaliknya, jika sesaran ombak yang kuat berlaku, sedangkan pukat masih belum matang, bererti hasil yang dinaikkan juga tidak setimpal dengan masa pelayaran yang dibuat. Seolah-olahnya "membazirkan ombak".

Justeru, antara strategi yang paling penting untuk mengatasi cabaran di atas ialah dengan melabuhkan pukat pada masa yang sesuai sebelum sesuatu News release. Ini bukanlah tugas yang mudah. Seringkali, sangat sukar untuk menduga. Ia rahsia ALLAH Yang Maha Esa. Malahan, seperti yang dinyatakan sebelum ini, ada ketikanya News seolah "tak menjadi".

Lantaran itu, hanya bakat dan munajat yang mampu disandarkan sebagai harapan. Selebihnya adalah rahmat ALLAH!

Mataku kini fokus memerhati pukat yang sarat di sisi buritan Ultimate X5. Sesaran ombak dan hempasan badai semakin kuat.

7.45pm: Sesaran ombak sudah mencukupi. Dengan sedaya-upaya aku segera menaikkan pukat. Kesilapan berlaku. Ada sedikit hasil tangkapan yang terlepas kembali ke laut. Tak mengapa, redha sahaja! Aku membuat kiraan di tangki tangkapan. Keseluruhannya, dicampur dengan tangkapan yang ku perolehi petang tadi, kesemuanya berjumlah USD42.50. Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH!

Aku lantas menurunkan semula pukat. Fikirku, berbaloi untuk mengusahakan satu pusingan lagi memandangkan akan ada News release pada pukul 8.30pm nanti. Semoga ALLAH mengizinkan, Amin Ya ALLAH.

(PEN-OFF AT 8.06pm)

(PEN-ON AT 9.22pm)

Benar seperti yang dibimbangkan. Kelihatannya News 8.30pm tadi tidak memberikan sebarang kesan signifikan kepada sesaran ombak dan hempasan badai. Pasaran kini bergerak dalam jajaran sekitar 20 pips sejak setengah jam yang lalu. Pun begitu, harapan masih ada. Perairan New York kebiasaannya bergerak aktif bermula 9.30pm. Ketika ini, GBP/USD sedang berada di koordinat 1.5135.

Ultimate X5 kini membelah laut bersama dengan 5 open positions yang telah terkait kepada umpan di pukat. Sepertimana tadi, umpan pertama dan kedua adalah umpan 'kembar siam'. Margin yang digunakan ketika ini adalah USD121.13 dengan umpan terakhir setakat ini ialah Short Sell USD9.60.

Hatiku semakin gelisah. Kelihatan sesaran ombak menghampiri ke arah utara. Namun, pergerakannya masih lagi agak perlahan. Aku bimbang ia tidak cukup momentum untuk menerobos titik threshold untuk membolehkan pukat dinaikkan.

Ya Rabb! Tolonglah hambaMu yang serba lemah ini, Amin Ya Rabbal Alamin.

9.49pm: Sesaran ombak ke utara sedikit terencat, mungkin akibat sesi pengambilan untung para traders. Aku benar-benar berharap, arah sesaran ke utara akan berkekalan. Aku juga menyedari tiada News berkaitan GBP, USD mahupun CAD sehinggalah pukul 2.15am nanti. Aku sangat berharap tidak perlu menunggu sehingga lewat dinihari seperti itu untuk menaikkan pukat.

Untuk rekod, News seterusnya adalah: 1) USD FOMC Statement - 2.15am High Impact, 2) USD Federal Funds Rate - 2.15am High Impact, dan 3) GBP MPC Member Bean Speak - 3.00am Medium Impact.

Kekhuatiranku ialah pasaran memilih untuk menunggu News release di atas. Aku bimbang pukatku tidak mampu bertahan selama itu.

10.04pm: Keseluruhan 7 open positions pada pukat, Margin USD484.52, Coordinate Loss USD302.70. Pasaran sedang 'ranging' dengan sesaran sekitar 40 pips.

10.24pm: Released 1 open position at zero-loss. Bilangan open positions keseluruhan terkini dikurangkan kepada 6. (Teknik ini berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai strategi untuk menghad atau mengawal bilangan open positions di dalam keadaan 'laut mati').

12.19am: Langit tidak selalu cerah. Aku tertewas lagi kali ini. Dan buat kali yang keduanya, aku gagal menggapai rahmat yang telah ALLAH sediakan untukku. Malam ini aku hilang tenaga untuk terus 'melayan' pukat. Aku memilih untuk tidak meneruskan 'pertarungan'. Aku memilih untuk rugi, demi untuk tidak 'jeopardized' modalku. Ringkasnya, aku kerugian USD161.50. Pun begitu, aku redha kerana malam ini aku 'belajar' bagaimana untuk merelakan kerugian yang relatif kecil bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. USD161.50 adalah 3.23% daripada modal keseluruhanku hari ini, dan ia adalah lebih kecil daripada nilai ceiling 5% sebagaimana yang ditetapkan di dalam manual pelayaran Ultimate X5.

Aku redha Ya ALLAH, Alhamdulillah!

| | edit post

Judi?

Posted by Nelayan Forex On 3/16/2010 11:01:00 AM 0 comments

Tak ramai yang berharap & yakin pada kemampuan seseorang Nelayan Forex sepertiku. Ramai yang beranggapan bernelayan seperti ini seumpama menyerahkan nasib pada sebuah perjudian. Hakikatnya, pasaran forex ini boleh jadi apa sahaja.. tergantung kepada kaedah dan nawaitu kita semasa mengendalikannya.

Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk membunuh, dan ia juga boleh digunakan untuk menyiang ikan. Tergantung sebenarnya pada niat insan yang memegangnya. Sama juga dengan kanak-kanak main guli, kalau diletakkan buah-buah epal sebagai pertaruhannya, maka jadilah ia sebuah perjudian. Tapi, kalau sekadar bermain tanpa pertaruhan, maka ia tak lebih daripada sekadar sebuah aktiviti riadah dan santai kanak-kanak berekreasi.

Bagiku, lautan forex ini melibatkan 3 dimensi utama untuk seseorang itu benar-benar mampu menguasainya. Pengamalnya wajar mengusai ketiga-tiganya. Dengan demikian, dia mampu bertenang untuk mengatakan bahawa dia menjalankan sebuah 'perniagaan' yang memerlukan pemikiran, pemahaman dan usaha yang tersusun serta berdoa dan bertawakal; dan bukannya 'berjudi' nasib di dada lautan pasaran.

Dimensi 1: Kaedah dan Teknik Konseptual

Ada banyak kaedah & teknik yang telah dibangunkan oleh pakar-pakar tempatan dan luar negara. Browse sahaja internet, dan kita akan dipertemukan dengan beratus-ratus kaedah dan teknik yang diwar-warkan mampu membantu kita berjaya dalam pasaran forex. Seperti kaedah Smart Learning di sekolah, umumnya kesemua kaedah tersebut adalah baik. Namun cabarannya ialah untuk kita menemui kaedah yang serasi dan sesuai dengan intelek, emosi dan prinsip hidup kita.

Dimensi 2: Kemahiran Operasi

Ini melibatkan kepantasan, ketangkasan dan kecekapan kita mengendalikan pelayaran dan kemudi menggunapakai kaedah dan teknik yang telah kita adopt. Memiliki kaedah dan teknik yang baik sahaja, tidak menjamin kita mampu memperolehi tangkapan yang baik. Ia seumpama memiliki keris Taming Sari tetapi tidak pandai berpencak silat. Sudahnya, diri sendiri boleh cedera akibat kelemahan sendiri. Justeru, adalah perkara biasa dua orang sahabat seperguruan yang menggunapakai kaedah dan teknik trading yang sama, tetapi akhirnya memperolehi hasil tangkapan yang berbeza walaupun pada hari dan tempoh waktu trading yang sama.

Dimensi 3: Penguasaan Emosi & Psikologi

Sehebat mana sekalipun teknik yang digunakan, dan secekap mana sekalipun kemahiran operasi yang dimiliki, tetapi jika emosi dan psikologi tidak stabil, maka ia mungkin membawa kepada sebuah kegagalan. Motivasi dan keyakinan diri adalah antara elemen terpenting yang mampu membawa perubahan kepada sesebuah pelayaran. Keupayaan mengendalikan diri dengan baik & stabil, adalah faktor penentu utama yang membolehkan kita mengemudi pelayaran kita dengan tenang, yakin & lancar.

Wallahu Aklam.
Semoga ALLAH redha dengan usaha dan pilihan kita, Amin.
| | edit post

Trial-run.. Ultimate X5

Posted by Nelayan Forex On 3/15/2010 11:13:00 PM 0 comments
Alhamdulillah..

Urusan menaiktaraf Ultimate X kepada Ultimate X5 telahpun selesai petang tadi sekitar jam 5.15. Kapal nelayanku itu kini mempunyai kemampuan 5000cc berbanding versi sebelumnya. Manual pelayarannya menetapkan piawai ideal 1/1000 nilai ER untuk berfungsi lebih baik dalam suasana pelayaran biasa. Pun begitu, nilai tersebut boleh ditingkat atau diturunkan bergantung kepada keperluan dan persekitaran.

Sepanjang menanti kelulusan proses naiktaraf tersebut dari pihak-pihak berkaitan, aku sempat memerhati suasana laut di luar sana. Menakjubkan! Radar menunjukkan pergerakan ombak bearish yang sangat kuat, melebihi nilai sesaran laut 120 pips! Sayang sungguh aku tidak berkesempatan menelaah dada laut pada ketika itu. Tak mengapalah, redha sahaja dengan ketentuan ALLAH. Pasti ada rahmat di sebaliknya.

Detik ini aku sedang melakukan 'trial-run' di perairan yang berdekatan. Namun, seperti yang dijangka, pergerakan laut siang tadi sudah terlalu aktif, maka kesannya malam ini tiada pergerakan yang cukup kuat untuk mengharapkan sebarang tangkapan besar. Malahan, pada jam 11.23pm ini, frekuensi arus lautan semasa yang direkodkan oleh meter di kemudi adalah -92%! Nilai setinggi itu memperlihatkan pergerakan sesaran yang agak luar biasa daripada titik awal permulaan pasaran hari ini. Sesaran laut setakat ini telah melepasi Khatulistiwa dan S1, dengan jarak sesaran keseluruhan menghampiri 195 pips!

Justeru, aku tak fikir berbaloi untuk meneruskan pelayaran. Aku lantas mengemudi Ultimate X5 kembali ke jeti. Demikianlah hidup seharian sebagai seorang Nelayan Forex. Ada ketikanya, pulang tangan kosong! Pun begitu, itu lebih baik daripada bersikap gelojoh terlalu memaksa diri untuk mencapai target harian. Sememangnya, target tersebut hanyalah sebagai garis panduan untuk justifikasi sesebuah pelayaran. Yang penting: MODAL DIKEKALKAN!

Modal kekal --> Matlamat utama.. Alhamdulillah!
Untung --> Bonus.. Alhamdulillah!
| | edit post

Ultimate X

Posted by Nelayan Forex On 3/14/2010 05:33:00 PM 0 comments
Hari Ahad sebegini tak banyak yang dapat dilakukan. Seharian aku di limbungan. Membelek dan meneliti kapalku, Ultimate X. Aku agak sentimental dengannya. Mungkin bagi kebanyakan Nelayan Forex yang lain, mereka tidak kisah untuk menukar kapal dari semasa ke semasa. Namun aku kurang setuju! Bagiku, Ultimate X adalah diriku di Alam Forex. Menukarnya bererti aku menukar diriku. Ia merakamkan jatuh bangunku dalam perjuanganku! Tapi itu tidak bererti aku tidak mahukan 'upgrading expansion'. Sebab itulah seharian aku di limbungan bersama Girl untuk projek menaiktaraf Ultimate X dengan kuasa pacuan yang lebih tinggi dan 'chasis enhancer' yang lebih kukuh. Strategi ini perlu memandangkan keupayaan semasa Ultimate X sedikit-sebanyak hampir 'over-compromized' dalam beberapa pelayaran yang lepas.

Aku bercadang meningkatkan kuasa pacuan kapalku itu kepada 5000cc berbanding 4000cc sekarang. Aku juga bercadang meningkatkan kekuatan chasisnya kepada 0.00100 unit ER berbanding 0.00125 unit ER sekarang. Ia ku rasakan wajar dilakukan meskipun kekuatan semasa adalah jauh lebih baik daripada nilai piawai OEM iaitu 0.00500 unit ER. (N/B: Nilai yang digunakan adalah berkadaran songsang dgn kekuatan chasis kapal).

"Ok, dah siap!" Demikian ujar Girl dengan girang. Girl banyak membantuku menyiapkan blueprint naik-taraf yang ku minta.

"Alhamdulillah.. thanks!" balasku.

Maka esok aku akan sangat2 sibuk menyelesaikan proses naik-taraf Ultimate X dengan pihak bank, IB & InstaForex.

InsyaALLAH, menjelang pelayaran esok, Ultimate X akan dikenali sebagai Ultimate X5.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku, Amin.
| | edit post

Bert dan duyungnya..

Posted by Nelayan Forex On 3/12/2010 04:43:00 PM 0 comments
Aku tersenyum sendirian sambil memerhati joran yang sedang sabar menanti mangsanya. Fikiranku terimbau kepada lontaran pandangan Bert sewaktu makan tengahari tadi di Anjung. Restoran itu memang persinggahan favourite kami setiap kali selepas selesai solat Jumaat.

"Aku guna umpan kecil. Tapi bila 'duyung' menjelma, aku terus 'riding' duyung utk buka position baru! Tapi syaratnya, sebaiknya aku dah ada 'insurance' masa tu!"

Bijak, anggukku.

"Tapi, kenapa nak kena ada 'insurance' pulak?" tanyaku sambil meneguk barli ais 'kosong'.

"Iyelah. Cuba kau bayangkan kalau tiba-tiba ombak beralih arah. Masa tu 'duyung' dah tukar jadi 'dugong'. Jadi terpaksalah aku panggang dugong tu! Kalau takde 'insurance', habis aku!".

Derai ketawa kami memecah suasana. Memang bijak strategi tu.

Sebenarnya sepanjang pagi tadipun kami menghabiskan masa yang agak lama membincangkan pengalaman perit yang ku hadapi tempohari. Ibarat pengajian peringkat MBA, ia kami jadikan seolah-olah satu 'kajian kes' untuk dibuat bedah-siasat. Kami cuba merungkaikan hal tersebut secara strategik dan taktikal, berdasarkan pengalaman dan hujah logikal masing-masing.

Hasilnya, kami temui beberapa keputusan strategik yang penting yang tanpa disedari telah digunakan & berpotensi dicuba untuk sustain kapal dalam suasana sedemikian:-

1. Ketika berlakunya 'Auto-released' hasil tangkapan oleh sistem dan laut pula berada dalam suasana 'ranging':
free margin jatuh --> umpan positif dilepaskan --> modal meningkat --> free margin meningkat
2. Peluang peningkatan 'low free margin' semasa kemunculan fenomena 'duyung':
free margin jatuh --> umpan dikekalkan + riding duyung --> ekuiti meningkat --> duyung dilepaskan
--> modal meningkat --> free margin meningkat
3. Perbandingan 'jarak batu nautika' yang optimum di antara jenis kapal, kapasiti bekalan,
saiz umpan, kuantiti umpan, kaedah tangkapan dan tempoh masa pelayaran

Semoga ALLAH merahmati perbincangan tadi sebagai sebuah majlis ilmu yang bermanfaat.

Splashh!!! Tiba-tiba lamunanku terhenti dek bunyi percikan air. Sesuatu telah meragut umpan kailku. Petang ini aku sekadar bersantai merasai suasana perairan. Cuba bersedia untuk kemungkinan aku pergi lebih jauh ke tengah laut malam nanti.

Aku berserah padaMu, Ya ALLAH!

Trauma..

Posted by Nelayan Forex On 3/12/2010 12:07:00 AM 0 comments
Jam kini telah 10 minit melewati tengah-malam. Hari ini kini dinihari Jumaat.

Aku baru sahaja menjejakkan kakiku ke pasir pantai sebaik melabuhkan sauh kapal. Aku turun ke laut sejak lepas Isya' tadi sekitar setengah jam sebelum 3 News 'highly-impact' dikeluarkan (USD Trade Balance, CAD Trade Balance & USD Unemployment Claims). Malam tadi juga melibatkan beberapa News lain, termasuklah USD Natural Gas Storage (Low Impact) pada jam 11.30pm.

Suasana laut sebenarnya agak baik. Ketinggian ombak sederhana, walaupun frekuensi agak perlahan. Terpaksa ku akui, aku masih trauma dengan kejadian kelmarin. Sedikit-sebanyak terasa "gayat" melihat pergerakan ombak yang mengalun.

Mode tindakanku: Play-safe.

Kesudahannya, aku cuma menangkul dan menjala. Malah turut mengail sekali-sekala. Tak mengapalah. Aku perlu bina kembali keyakinan diri yang sedikit-sebanyak terjejas. Semoga ALLAH sentiasa redha dan membantuku meniti masa-masa akan datang.

Hasil tangkapan? USD13.25. Memang tak mencapai target harian. Tapi ia cukup bermakna kepadaku untuk kembali yakin selepas pengalaman kelmarin.

Alhamdulillah..
| | edit post

CONT'D: Pelayaran yang sangat panjang..

Posted by Nelayan Forex On 3/11/2010 01:51:00 PM 0 comments
(Pen-on at 1.00pm)

Maha Suci ALLAH. Dialah Tuhan yang layak disembah dan dipohon hajat dan harapan. Sesungguhnya, tiada Tuhan yang layak disembah melainkanNya.

" And ALLAH has already made you victorious at Badr, when you were a weak little force. So fear ALLAH much that you may be grateful. (Remember) when you (Muhammad SAW) said to the believers, "Is it not enough for you that your Lord (ALLAH) should help you with three thousand angels sent down? Yes, if you hold on to patience and piety, and the enemy comes rushing at you; your Lord will help you with five thousand angels having marks (of distinction)." ALLAH made it not but as a message of good news for you and as an assurance to your hearts. And there is no victory except from ALLAH, the All-Mighty, the All-Wise."

(Qur'an 3: 123-126)

Sesungguhnya firman ALLAH SWT di atas benar-benar menusuk ke kalbu di saat aku berdepan saat getir pelayaran semalam. Pengalaman tersebut sangat bererti buatku, di mana ku rasakan aku berkomunikasi secara langsung memohon pertolonganNya.

Pelayaran semalam memang sangat panjang. Bermula sekitar 12.00 tengahari 10 Mac 2010 sehinggalah hampir 1.30 pagi 11 Mac 2010. Sepanjang lebih-kurang 13 jam di perairan, aku sebenar-benarnya telah kecundang apabila kapalku kehabisan bekalan. Malahan pada satu ketika aku telahpun kerugian hampir USD2500.00 apabila pukatku hanyut kerana kapal telah kehilangan arah tuju. Itu tidak termasuk dengan nilai "free margin"ku yang telah pun mencecah angka negatif. Sebelumnya, ombak laut tidak cukup berupaya untukku mendaratkan pukat. Kesemua mata umpanku dijamah dan akhirnya aku terpaksa melepaskan kesemua tangkapan kerana tidak mampu mendaratkannya.

Aku pasrah dan menyerah. Membiarkan diri lemas dan menanti karamnya kapalku. Keyakinanku yang meluap-luap di saat memulakan pelayaran hampir hilang di saat akhir itu. Terbayang bagaimana harus aku nyatakan pada diriku sendiri untuk ku terima apa yang sedang berlaku. Peristiwa itu benar-benar hampir membunuh semangatku.

Sememangnya, ini mengingatkanku kepada apa yang pernah ku lalui sebelum ini suatu ketika dahulu. Aku pernah mengalami kejadian yang sama tidak lama dahulu. Dan aku tewas ketika itu. Kapalku rosak teruk dan hanya mampu kembali ke jeti sekadar tidak karam (Aku kerugian hampir USD3000.00 dalam kejadian tersebut). Itu lah yang membuatkanku fobia dan trauma dengan apa yang sedang ku hadapi pada hari semalam. Bimbang pisang berbuah dua kali. Andai itu terjadi, aku harus "pencen awal" sebagai seorang nelayan forex.

Sesungguhnya, keyakinan diriku datangnya dariNya, maka Dia juga yang layak mengambilnya semula. Namun, sifat Maha Pengasih dan Maha PenyayangNya, memberiku semula sebuah keyakinan meskipun pada ketika itu aku di tahap kerugian maksimum. Dia menjawab permohonanku secara in-situ. Dia benar-benar memperlihatkan kekuasaanNya. Dalam masa tidak sampai dua jam selepas kejadian itu, aku akhirnya berjaya menutup semua open positions apabila ombak laut mula membadai bearish. Aku akhirnya cuma kerugian sebanyak USD156.85 sahaja berbanding USD2500.00 pada ketika aku berputus harap. Sesungguhnya, itu adalah pertolonganNya yang paling jelas - in-cash - buatku. Segala-galanya berubah hampir sekelip mata sebaik aku menyerahkan 'kemudi' kepada kekuasaanNya! Benarlah janjiMu Ya ALLAH, bahawa Kau sentiasa menunaikan permintaan hambaMu yang berhajat kepadaMu.

Sebenarnya, terlalu banyak lagi keajaiban yang berlaku dalam situasi itu. Namun, biarlah ku simpan sendiri. Memadailah apa yang kucatatkan di dada hamparan "jeti" ini. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi terlalu sukar untuk ku terjemahkannya di sini.

Terima kasih, Ya ALLAH. Aku rasa sangat dekat padaMu. Aku mengharapkan redhaMu dan syurgaMu, Ya ALLAH. Semoga benar ada ruang untukku bersama-sama di kalangan hamba-hambaMu yang Kau cintai, Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Pelayaran yang sangat panjang..

Posted by Nelayan Forex On 3/10/2010 08:51:00 PM 0 comments
Entah mengapa, pelayaranku pada hari ini setakat ini kurang berhasil berbanding selalu. Padahal, sejak aku menelusuri ombak laut sedari jam 12 tengahari tadi, sekurang-kurangnya telah tiga kali aku melalui suasana yang memungkinkanku meraih laba tangkapan yang memuaskan.

Kali pertama sewaktu aku melewati wilayah perairan yang pada ketika itu sewaktu dengan Europe Open. Tautan badai cukup cantik, malangnya aku tidak sempat melabuhkan pukat. Apalah sangat yang dapat diraih dengan joran dan tebaran jala.

Kali keduanya, sekitar jam 5.00pm, pada ketika London Open. Kebetulan, setengah jam kemudiannya adalah waktu release untuk News GBP - Manufacturing Production m/m. Ia berstatus "high impact". Sayang sekali, tidak banyak positions umpan di pukatku yang dijamah oleh penghuni-penghuni laut. Umpanku pun kecil. Makanya, aku terpaksa berpuashati menaikkan pukat dengan hasil yang diperolehi walaupun ala-kadar. Alhamdulillah.. setidak-tidaknya, ALLAH masih mengizinkanku memperolehi rezekiNya hari ini.

Dan baru sahaja satu jam tadi, sekitar pukul 8.00pm, aku berpotensi untuk mendapat hasil yang baik. Pukat pun pada ketika itu telah tersangkut 5 open positions. Dibantu dengan hempasan badai yang cukup cantik, aku seharusnya mampu mendaratkan tangkapan yang sarat. Entah bagaimana, dalam kekalutan waktu itu, aku tersilap langkah sewaktu menaikkan pukat ke perut kapal. Sebahagian yang agak besar daripada hasil tangkapanku terlepas semula ke laut! SubhanALLAH! Sesungguhnya, rezeki kita adalah milik empunya diri kita ini, ALLAH Yang Maha Berkuasa. Dia yang memberi, dan Dia jugalah yang layak mengambilnya semula. Pun begitu, aku redha. ALLAH bersama-samaku, InsyaALLAH, bisik hati kecilku.

Ku lihat pada tangki menyimpan hasil tangkapan di dek kapal, setakat ini tidak sampaipun USD27.00. Alhamdulillah. Sebetulnya, ia memang masih kurang daripada sasaran harianku. Hari ini aku mensasarkan untuk memperolehi sekurang-kurangnya USD37.50 supaya selari dengan apa yang telah ditetapkan di dalam manual pelayaran kapalku.

Kini jam telahpun menghampiri 9.30pm. Tiada catatan sebarang News release yang melibatkan USD, GBP mahupun CAD pada waktu New York Open ini. Namun, aku mengharapkan agar akan ada gerakan gelombang yang kuat di saat ini pada ketika pasaran Amerika Syarikat dan Canada dibuka. Manakan tidak. Kapalku kini dalam keadaan yang agak kritikal kerana setakat ini umpan di pukat telah disambar sehingga 6 positions. Last position ialah Short Sell USD9.60! Mataku tak berkerdip memandang meter-meter "margin" & "free margin" pada dashboard di kemudi. Pada saat aku merakamkan ini, 9.32pm, aku telah menggunakan lebih daripada 6% dari keseluruhan bekalanku (GBP/USD pada 1.4936).

Ya ALLAH.. hanya padaMu layak ku berserah dan memohon pertolongan. Bantulah aku dan selamatkanlah aku Ya Rabbul Jalil.. Amin.

(Pen-off at 9.45pm, GBP/USD: 1.4925)

LIVE NOTES:
9.58pm: 7th position
10.05pm: GBP/USD 1.4963
10.10pm: 1.4946
10.15pm: 1.4942
10.20pm: 1.4948
10.25pm: 1.4954
10.30pm: 1.4953
10.32pm: 1.4958
10.35pm: 1.4953
10.38pm: 1.4944
10.40pm: 1.4950
10.41pm: 1.4942
10.45pm: 1.4948
10.50pm: 1.4945
10.55pm: 1.4941
10.58pm: 8th position
10.59pm: 1.4926
11.00pm: 1.4923 (News: USD Wholesale Inventories m/m - Low)
11.15pm: 1.4940
11.20pm: 1.4945
11.24pm: 9th position.
11.30pm: News: USD Crude Oil Inventories - Medium

TO-BE CONT'D at tomorrows' posting, InsyaALLAH.
| | edit post

Tahniah..

Posted by Nelayan Forex On 3/10/2010 08:27:00 PM 0 comments
Pertama, kepada Girl.
Kerana hari ini adalah hari pertama Girl bergelar seorang Nelayan Forex secara sah. Selepas lebih 2 minggu berlatih dengan perahu "real" yang ku hadiahkan, dia memberanikan diri membeli sendiri sebuah bot kecil dengan wang simpanannya sendiri. Alhamdulillah! Semoga perjalanannya ke arah menjadi seorang Nelayan Forex yang berjaya dimaqbulkan ALLAH SWT. Amin.

Kedua, kepada Bert Ruslan.
Kerana hari ini dia telahpun memiliki jetinya sendiri - Lautan Antasuka Trader (lautanantasukatrader.blogspot.com). Baiti jannati! Semoga sentiasa gigih dan tabah merakamkan bait-bait pengalaman agar iktibarnya dapat dikongsi bersama. Sememangnya, rakaman pengalaman berjuang sambil bermain ombak dan dilambung badai lautan forex adalah sesuatu yang sangat berharga bagi mereka yang menghargainya.

Alhamdulillah..

Tahniah sekali lagi. Ahlan wa Sahlan!!
| | edit post

Hanyut?

Posted by Nelayan Forex On 3/09/2010 04:50:00 PM 0 comments
Aku sedang bergelut. Pelayaran yang asalnya begitu tenang tiba-tiba seakan di luar kawalan. Di saat ini, pukatku telah sarat dengan 9 open positions. Kapal semakin berat dan terkontang-kanting di tengah laut. Semuanya gara-gara terlalu awal menuju lapangan. Kini setelah lebih 5 jam setengah aku berkelana, aku benar-benar dalam kerisauan. Ombak laut turun dan naik secara "major ranging".. menyebabkan aku terkeliru yang ianya seolah-olah "genuine current" pada awalnya. Akibatnya, satu demi satu open position disambar oleh pukatku.

Sememangnya, aku memulakan langkahku hari ini lebih awal dari biasa. Seawal jam 11 pagi aku telah meluncur di perairan. Mungkin kerana sudah terlalu rindukan bayu laut, aku mengabaikan petua biasa yang ku pegang - rasai dahulu nadi ombak sebelum meluncur ke dada laut!! Sudahlah begitu, laporan Forex Factory pula menyatakan News GBP terawal hanya akan mengambil tempat jam 5.30pm nanti - Trade Balance. Memang terdapat 2 News GBP pagi tadi, tetapi ianya adalah pada pukul 8.01am. Dan aku memang telah terlepas akan News tersebut. Mungkin itulah punca sebenar mengapa aku begitu terburu-buru untuk turun.

Mungkin juga kerana ikutkan rasa tamak, membuatkan aku cepat-cepat meletak position. Lantaran melihat arus lautan ke arah bearish sedari awal subuh.

Demikianlah mudahnya emosi dan perasaan dihanyutkan oleh sifat tamak dan terburu-buru. Kesal rasanya. Marah pada diriku sendiri. Pun begitu, tiada apa yang dapat ku lakukan lagi di saat-saat seperti ini melainkan berdoa dan bertawakal ke hadratNya, Yang Maha Berkuasa. Semoga akan ada limpahan rahmatNya terhadap hamba kerdilNya yang hina ini.

(LIVE COMMENT: 5.05PM)

Alhamdulillah! Rahmat ALLAH teramat besar buatku. Aku sangat-sangat bersyukur, pelayaran yang awalnya ku sangka sedang hanyut rupa-rupanya adalah perjalanan yang diatur Yang Maha Kuasa untuk bertemu lubuk tangkapan. Dua hempasan ombak yang cukup tinggi membolehkanku mengangkat pukat yang telah sediakala sarat dengan tangkapan USD116.45.

Alhamdulillah! Terima kasih Ya ALLAH!
| | edit post

Asyik..

Posted by Nelayan Forex On 3/08/2010 09:14:00 PM 2 comments
Aku memerhati turun-naik ombak di gigi pantai. Cuba mencari-cari impuls yang signifikan samada ada kewajaran aku ke laut malam ini. Jam kini 9.23pm. Mengikut laporan "Jabatan Meteorologi", tiada News yang benar-benar impak melainkan satu menjelang 9.30pm nanti. Begitulah situasi biasa setiap awal minggu. Hakikatnya, bila tiada News, maka laut kurang berombak, jauh sekali berbadai. Maka bagi nelayan forex sepertiku, biasanya kami akan cuba mengelak untuk memasang pukat. Ia lebih sesuai untuk aktiviti mengail tenggiri atau mencandat sotong. Cuma, selepas 2 hari bercuti, mmg sukar utk menahan diri dari merasai getaran & cabaran di tengah samudera. Asyik?

Mmmm.. Hati kecilku berbisik, nampaknya ombak masih terlalu "lembut". Makanya tak sesuai untuk ke tengah laut dalam suasana laut begini. Silap perkiraan, aku mungkin terpaksa menghabiskan sepanjang malam di atas kapal menanti munculnya badai yang berbaloi.

Akhirnya, aku memutuskan untuk sekadar memerhati dari jauh. Tak perlu turun malam ini. Aku kemudian kembali ke anjung rumah. Lebih selesa.

"Girl!" Panggilku pada isteriku. Itu panggilan manjaku padanya. Tekakku terasa haus. Pekena kopi Kemaman pun sedap ni.

Panggilanku tak bersahutan. Tiba-tiba pandanganku terlempar jauh di hujung jeti. Kelihatan sebuah sampan kecil sedang berlabuh sepelaung dari situ. Aku kenal sampan kecil itu. Hadiahku kepada Girl untuk dia berjinak-jinak dgn laut forex. Dari jauh, jelas ku lihat Girl sedang asyik mengail. Sesekali ku lihat Girl menebar jala. Aku tersenyum.

Girl memang minat mengail & menjala. Sangat asyik! Dia sering mencari ruang, terpanggil & memanggil, untuk merasai suasana bernelayan. Yang menariknya, Girl memang pandai mengail & menjala. Dan yang lebih menarik, Girl mampu memformula rumus baru kepada kaedah mengail & menjala secara bersepadu. Hasilnya? Ikhlas ku katakan, sangat hebat! Buktinya? Purata hasil tanggapan ialah sehingga 25% setiap kali turun sejak mula berjinak-jinak 2 minggu lalu!!

Hebat bukan!

Semoga ALLAH terus merahmatimu & kita semua!
| | edit post

Kerdil

Posted by Nelayan Forex On 3/08/2010 05:43:00 PM 0 comments
Jam dinding menunjukkan pukul 5.47pm. Hari ini Isnin, permulaan minggu kedua Mac. Aku bercuti hari ini.. sebetulnya MC. Demamku kembali semula petang semalam. Doktor nasihat berehat supaya aku hanya ke pejabat selepas betul-betul sihat. Ok, no argument! Maka, saat ni aku sedang berehat.

Di kaca TV, aku lihat rancangan Oprah sedang ke udara. Tajuk siri hari ini.. The Mother Warrior. Fikiranku terlayang mengenangkan Emak di kampung. Sesekali aku tersenyum mengiyakan suara hati. Ya, Emak is always my Warrior!

Seorang ibu adalah wanita. Wanita memang hebat. Mereka cekal dalam kelembutan. Gigih. Mereka adalah makhluk ALLAH yang sangat istimewa. Maha Pencipta tahu ciptaanNya yang bernama Lelaki perlukan pendamping. Kerana itulah Hawa hadir buat Adam. Ia melengkapkan motif kewujudan manusia di bumi ini. Mengimarahkan alam ini dengan seramai umat yang mungkin, untuk akhirnya menegakkan syiar Islam selaku Khalifah lantikan ALLAH.

Kenapa aku tiba-tiba menulis begini? Mengapa, tak bolehkah seorang trader menghayati hakikat kewujudannya? Sebetulnya, trading ini secara langsung berurusan terus dgnNya. Guruku pernah berkata begitu. Aku setuju. Trading membuatku rasa sgt kerdil di sisiNya. Semuanya "in cash" - untung atau rugi. Aku jadi sgt pasrah dgn ketentuanNya.

Malah, trading mengajarku disiplin, bersikap tertib, analitikal, sabar dan redha. Aku belajar erti kegigihan! Aku merasakan hidupku tak ubah seperti seorang nelayan di laut lepas. Berserah segalanya kepadaNya. Dan memahami betapa kaya rahmat dan hidayah ALLAH kepadaku!

Alhamdulillah. Pandulah aku Ya ALLAH.
| | edit post

Layaran yang beremosi.. NFP

Posted by Nelayan Forex On 3/05/2010 05:43:00 PM 0 comments
Memang beremosi sungguh. Setidak-tidaknya sahabatku Saudagar Lilin pasti setuju. Malah dia sempat communicate mengadu dengan Tok Guru. Manakan tidak, sejak aku turun jam 4.00pm tadi, ombak laut serba tak menentu. Ku kira ia perkara biasa menjelang News PPI Input dan PPI Output m/m GBP jam 5.30pm, tapi hingga kini dah hampir 20 minit selepas released, pasaran masih tak ketahuan arah. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Aktif memang aktif ombaknya. Tapi sayangnya ia masih dalam skala "ranging". Dugaan sungguh, bisik hati kecilku.

Mengingatkan NFP malam ini, aku jadi makin kalut. Andai aku tak diizinNya menutup kesemua positions yang ada sebelum menjelang Maghrib, aduh.. bisa gawat nih!

5.50pm: Pukatku masih kekal dengan 5 positions.

5.57pm: GBP/USD pada 1.5035.

6.07pm: Masih 5 positions, 1.5033.

6.12pm: 1.5029.

6.16pm: 6 positions, 1.5026.

6.50pm: 1.5031.

Kemudian, suatu yang sangat pelik berlaku. Seakannya suasana ombak laut ketika tsunami NFP terjadi. Pergerakan pasaran tiba-tiba jadi sangat aktif bermula detik 6.54pm sehinggalah sekitar jam 7.12pm. Laut seakan-akan hilang kekutubannya. Sayangnya, sekali lagi tiada unjuran yang benar-benar signifikan untuk membolehkan pukat ku angkat ke dalam kapal. Mujur pukatku hanya tersangkut dengan satu position tambahan lagi.

Dalam keadaan sebegini, aku harus bersedia. Seandainya ditakdirkan aku terpaksa menempuh tsunami NFP dengan kapal yang pukatnya sarat dengan positions, maka aku redha. Tapi, harus diambil langkah berjaga-jaga untuk tidak membawa terlalu banyak open positions. Jika tidak, pukat mungkin rabak dibuatnya dilambung ombak ulang-alik tsunami NFP.

7.25pm: Laut kembali tenang, berjejaran di sekitar 1.5037.

Ya ALLAH! Kasihanilah hambaMu yang tidak berdaya ini.. Amin Ya ALLAH.

7.28pm: Azan Maghrib berkumandang.

7.35pm: 1.5027.

9.01pm: 1.5042.

9.20pm: 1.5040.

(LIVE during NFP: 9.25 - 9.45pm)

Alhamdulillah. Secara keseluruhannya, market turun lebih-kurang 50 pips, sehingga mencecah 1.4989. Aku terlepas henjutan tsunami yang pertama, yang ukurannya sekitar 30 pips, kerana pukat belum cukup matang untuk disauk. Bagaimanapun, rahmat ALLAH, henjutan tsunami yang kedua cukup untuk membolehkanku tersenyum gembira dan lega. Ironinya, walau keadaan sebelumnya sangat mencemaskan, namun semasa event ini berlangsung, ku akui inilah NFP yang paling tenang ku hadapi semasa mengangkat pukat berbanding sebelumnya.

USD308.90. Alhamdulillah, Terima kasih Ya ALLAH!!
| | edit post

Umpan kecil..

Posted by Nelayan Forex On 3/04/2010 11:37:00 PM 0 comments
Itu keluh Bert Ruslan padaku dalam teksnya via SMS. "Tak ke laut ke mlm ni?" Tanyanya lagi. Aku tersenyum membaca mesejnya. Bert memang gigih orangnya. Walau terpaksa 'bergilir' dgn tugas barunya menjaga "rumah ALLAH" di kariah kediamannya, dia bijak mencari ruang masa untuk turut 'mengimarahkan' laut.

Adat kapal kecil, umpannya pun harus kecil. Jawabku padanya. Yang penting kapal intact dan esok boleh diguna ke laut lagi. Asal sahaja kapal tak rosak, dek ketamakan & kesilapan, itu dah dianggap terbaik.

Aku tak berani turun ke laut malam ni. Sejak petang, kuperhatikan kocak laut semacam je. Mungkin bukan masa yang sesuai. Tak mengapa. Esok masih ada. Tambahan pula esok malam adalah Jumaat pertama bulan Mac. NFP. Semoga ALLAH mengizinkan rezekiNya buatku dan rakan-rakan, Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Demam.. bayar kifarah

Posted by Nelayan Forex On 3/04/2010 03:47:00 PM 0 comments
Dah dua hari aku tak ke laut. Teman-teman seperguruanku; Saudagar Lilin Jepun & Bert Ruslan; masing2 dah sibuk bertanya geranganku. Aku demam! Ringkas jawabku. Memang agak teruk demamku kali ini. Bayar kifarah.. Dosa-dosa hari semalam terlalu banyak. Malah hingga saat ini pun, apa kurangnya. Kelalaian memang mengalpakan. Semoga ALLAH mengampuniku, Amin Ya ALLAH.

Astaghfirullah..
| | edit post

Air Tenang, Tapi Berbaloi..

Posted by Nelayan Forex On 3/02/2010 08:08:00 PM 0 comments
Air laut tenang hari ni. Mulanya rasa goyah juga nak turun ke laut. Tambahan pula hari ni cuma ada 1 news GBP, petang 5.30. Medium impak. Jadi awal-awal lagi cuma pasang niat nak mengail je. Kalau air pasang sikit waktu London buka, nak juga cuba menjala. So, pukul 3.30pm aku mengangkat sauh. Deru angin memang lembut sgt. Hati mula tambah resah. Kalau laut terus tenang, payah juga nak dapat hasil.

Kalau ikutkan hati, memang nak patah balik ke pantai. Tapi menjelang 4.30pm, pukat dah tersangkut banyak positions. Kalau balik jeti, sure rugi!

Pukul 5.30pm. Aduh.. Laut memang dah berombak sejak News tadi, tapi masih tak cukup kuat untuk angkat pukat. Menjelang pukul 6pm, sudah 6 positions tersangkut pada pukat. Last postion - long buy USD4.80. Hati tambah bimbang.

Namun urusanku dipermudah ALLAH. 6.15pm. Ombak menggunung tiba. Aku menanti di mulut pukat. Dalam 15 minit, pukat dah penuh. Bimbang rabak, aku angkat semua sekali. Alhamdulillah.. Wajah isteri dan anak tersenyum dalam bayanganku. USD74.60.
| | edit post

Nelayan Forex Traderlog

Posted by Nelayan Forex On 3/02/2010 12:32:00 PM 0 comments
date: 20100302
time: 12.34pm
venue: pantai hillpark
| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..