Lama tersangat dah tak menulis 'hal hati' di sini. Paling-paling pun sekadar pop-up entries untuk Daily Signal dan beberapa 'hal minda' berkaitan trading.
Minta maaf. Memang tersangat sibuk sekarang.. Menguruskan urusan seharian di samping terutamanya hal perasaan diri yang 'tersayat'. Mmmm.. tak nak komen panjang fasal ni. Personal sangat.
Okaylah. Sebenarnya entry ni khas ditujukan kepada beberapa readers yang requested untuk bahan-bahan pembelajaran yang melibatkan Nelayan Methods dan Seagull's Eye. Banyak sangat email sampai ambil keputusan tulis di sini sahaja. Senang. Semua pun nampak dan boleh baca tanpa prejudis.
Ramai yang minta bahan-bahan pembelajaran bertulis yang lengkap dan tersusun.
Sebetulnya, bahan-bahan pembelajaran yang diminta memang belum tersusun. Sebab memang tak pernah adakan sesi formal pun selama ni untuk sebarang seminar atau kursus. Yang ada dibuat selama ni hanyalah sesi 'Personal Coaching' dan 'Live Trade'. Masa sesi tu lah sedaya upaya pengetahuan dan pengalaman dikongsi dengan para peserta. Nota pun mereka catat sendiri! Pun begitu, kami memang bantu 'setting up' untuk platform dan 'system templates'.
Kenapa ye tiada bahan-bahan pembelajaran diberi secara terus?
He.. He..
PERTAMANYA, sebab kami memang tak sempat nak prepare kerana kami sendiri adalah full-time daily traders.
KEDUANYA, kerana semua sesi 'Personal Coaching' dan 'Live Trade' yang dibuat adalah PERCUMA, FOC, GRATIS, etc.. Paling-paling pun trainees cuma belanja Mee Bandung dan Milo Tarik dan duit minyak/ tol kalau jauh sampai Penang dan Terengganu. Kadang-kadang, kami sendiri yang belanja trainees! GST pun kami serap.. He.. He.. Setakat ni la. Tak tahu la pula di masa-masa akan datang dah terpaksa jadi non-gratis pula sebab sememangnya coaching pun actually sedikit-sebanyak ambil masa 'periuk nasi' kami. Iyelah, bila terpaksa beri tumpuan pada trainees, confirm fokus trading pun 'lari' sedikit-sebanyak. Tak percaya cuba tanya otai-otai kat luar sana yang memang intensively running classes, seminars, coaching sessions and live trade sessions.
So, itu lah makluman saya kepada para readers berkaitan yang budiman.
Anyway, saya mungkin akan mempertimbangkan cadangan seorang reader yang minta saya buat Analisa Harian dan Mingguan selain 'Daily Signal' untuk diposkan ke dada traderlog ini. InsyaALLAH, akan saya usahakan dalam masa yang terdekat. Semoga bermanfaat.
Buat saudara-saudara dan saudari-saudari yang jauh, terutama dari Langkawi (Sdra Rafidi), Kelantan (Cikgu Azlanee) dan Brunei (Bro Alimin), terima kasih atas kesungguhan yang ditunjukkan. Jika benar-benar berminat, mungkin kita boleh uruskan sesuatu buat geng-geng kat sana. InsyaALLAH.
Sampai jumpa lagi... Selamat bertrading...
Tips... market sedang cantik sekarang.. insyaALLAH bullish bias untuk kebanyakan major pairs.. EJ, EU, GJ, GU, AU dan Gold... Trade at your own risk!
WALLAHu A'lam.
= Salam Nelayan =