Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Saat Joran Di Genggaman....

Posted by Nelayan Forex On 5/03/2013 01:01:00 PM

Wang buat manusia gila, ada sesetengah orang berfikir seperti itu. Ada juga yang kata, wang bukan segalanya. Wang boleh buat kita hilang saudara dan sebagainya.

Aku memikirkannya dari sudut pandangan yang berbeza. Wang buat manusia gila jika kita menyalahgunakan wang yang kita ada. Bila ada pendapatan, kita tidak berzakat. Malah terus menjadi tamak. Memang patut kita gila. Arahan Tuhan pun kita lupakan…

Demi perubahan, aku telah menyusun atur semula Traderlog ini. Seiring dengan jumlah tahun sejak mula berkecimpung dalam dunia forex pada 2006. Aku bermula dengan 'gaya trade' yang selamba ikut suka! Aku menghadiri pelbagai kursus trading dari selatan ke utara. Aku juga berguru dengan pelbagai sifu atas talian, tanpa perlu bersua muka. Sering juga membeli pelbagai buku, e-buku, robot, indicator dan sebagainya. Ada yang menjadi. Ada yang buat aku ternganga. Ada juga yang buat aku kecewa!
Mencampurgaulkan semua pengetahuan dan 'menerbitkan' beberapa teknik 'tangkapan' mengikut jenis ombak di lautan pasaran buat aku gembira kerana akhirnya aku memiliki apa yang aku punyai sendiri!

Mengujinya dalam pelbagai jenis ombak buat aku memahami satu perkara. Tiada kaedah yang mampu menghadapi semua jenis ombak. Tiba satu ketika, tali joran harus diputuskan kerana ikan mungkin terlepas dan joran pula mungkin patah. Langsung kita tak boleh mengail. Ada ketikanya juga, pukat yang hampir rabak terpaksa dihanyutkan demi menyelamatkan perahu dari karam! Moralnya, kita mesti menetapkan peratusan risiko bagi setiap trade, jika tidak, kehilangan modal adalah 100%! Sanggup? Den tak sanggup…
Susah senang menghadapi dunia forex juga memahamkan aku erti “HASBUNALLAHU WANIK'MAL WAKKIL” bermaksud, “cukup bagiku, Ya ALLAH! Engkaulah wakilku.” Inilah mata pencarianku sekarang. The one and only! Dan ALLAH lah wakil ku di dunia forex ini.

Hendak bergantung pada akalku, setajam manalah…
Hendak bergantung pada ilmuku, setinggi manalah…
Hendak bergantung pada pengalamanku, sebanyak manalah…

Justeru, untuk mudah mendokumentasikan semua atau sebahagian besar pengalaman yang dilalui dan ditempuhi, terlebih dahulu Traderlog ini ku susun atur semula untuk kesesuaian. Apa yang akan aku rakamkan? Antaranya:
i)                    Pengalaman trading
ii)                   Pemerhatian dan kajian tentang pasaran
iii)                  Komen tentang sesuatu kejadian yang telah berlaku di dalam pasaran

Harapanku, semoga ia memberi manfaat buat diriku sendiri dan teman pembaca. Jika bukan sekarang, mungkin pada masa hadapan. Jika tidak banyak, mungkin sedikit yang boleh dikongsikan.

Mmmm… Sebagaimana seriusnya kita memilih pemimpin pada PRU 13 ini, kita harus serius memilih teknik dan kesesuaian lautan pasaran sebelum memulakan trade. Apa juga yang kita pilih pada PRU 13, kita mungkin lebih bahagia dan tidak mustahil semakin derita. Sama juga dengan trade, sebaik kita open position, kita mungkin terpaksa menghadapi apa juga rintangan sehingga keuntungan diraih atau kerugian ditelan. Yang penting, kita tahu kenapa kita untung dan kita juga harus tahu kenapa kita rugi!
Akhir kalam, hidup ini kerana ALLAH. Usaha ini pun kerana ALLAH!
ALLAH yang mengizinkan perkara ini berlaku, untuk aku berada di sini sebagai seorang trader sepenuh masa. Maka, akan ku teruskan perjuangan ini selagi ada izinNYA. Moga ia menjadi sumber rezeki yang barokah dan bermanfaat. Amin Ya Rabbal Alamin…
Saat Joran di Genggaman…
Nelayan Forex
Jumaat, 3 Mei 2013

0 Response to "Saat Joran Di Genggaman...."

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..