Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Antara Doa dan Anugerah..

Posted by Nelayan Forex On 7/24/2011 11:14:00 AM







Minggu ini ujianNya cukup hebat. Dugaan, pelajaran & rahmat silih berganti. Warna dan aromanya pelbagai. Namun, segalanya adalah ketentuanNya, kita sekadar mampu merancang.

..

Kita sentiasa memohon agar diberikan rezeki yang halal dan 'melimpah-ruah' dariNya. Dan seringkali juga sewaktu kita menadah tangan memohon rezeki dariNya, kita menyebut dengan jelas usaha dan 'saluran kemungkinan' untuk rezeki itu 'tiba' ke tangan kita. Alhamdulillah... harusnya begitulah. Demikian pernah aku terbaca di dalam beberapa buah buku karangan pendakwah-pendakwah hebat. Kita wajar berdoa secara spesifik sebagai tanda kita benar-benar berhajat dan berserah kepadaNya selepas segala usaha dan ikhtiar yang kita lakukan. Ertinya, bukan sekadar 'baca skrip' yang general semata-mata! Memang ALLAH maha Mengetahui setiap hajat di hati sanubari kita. Namun, hakikat berdoa itu sebenarnya ialah perlambangan sifat hamba diri kita kepada Al-Khaliq, si Pencipta. Sememangnya, kita yang berhajat dan berharap kepadaNya. Dia tidak terusik sedikit pun hakikatnya jika kita lalai sujud dan tunduk kepadaNya. SubhanALLAH..

..

Makanya, kita akan menunggu dan menanti detik doa kita dimaqbulkan. Ironinya, acapkali pengakhiran episod tidak seperti diharapkan. Seringkali, 'saluran' yang kita jangkakan sebagai asbab kepada tibanya rezeki di tangan kita, tidak seperti yang dihasratkan. Dan, seperti kebiasaan, kita fikir ALLAH tidak memperdulikan doa kita. Astaghfirullah!

..

Hakikatnya ALLAH sentiasa peduli. Dia maha Mendengar. Malah Dia juga maha Mengetahui & maha Mengasihi. Ertinya, Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita, dan Dia juga sentiasa bersifat mengasihi dan menyayangi. Justeru, sentiasa hikmah menyentuh pengakhiran kisah dengan anugerah dan rahmat yang jauh lebih baik dari yang kita mampu jangkakan. Kita mungkin tidak memperoleh rezeki dari 'saluran' yang sebelumnya kita "cadangkan" kepadanya dalam doa kita terdahulu. Hakikatnya Dia maha Menentukan. Terkasima, rupanya rezeki yang jauh lebih banyak melangkau 'jangkaan' kita sewaktu berdoa dulu muncul secara tiba-tiba dari 'saluran' yang lain. Maka, wajarkah untuk kita merungut kerana tidak memperolehi rezeki secupak dari 'saluran' yang kita ingini tetapi digantikanNya dengan segantang rezeki melalui 'saluran' yang Dia izinkan? Astaghfirullah.. Ampuni kami, Ya ALLAH. Alhamdulillah.. Terima kasih, Ya ALLAH.

..

Demikianlah episod kehidupan yang ku lalui minggu ini. Ku fikir segalanya hampir berakhir. Rupa-rupanya, Dia mengaturkan segalanya dengan sangat indah dan sempurna. SubhanALLAH! Sesungguhnya Ya Rabb, izinkanlah rahmat dan rezeki yang Kau anugerahkan kepada kami sekeluarga ini membawa kami lebih hampir dan dekat kepada jalan redhaMu.




Amin wa InsyaALLAH.

0 Response to "Antara Doa dan Anugerah.."

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..