Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

'Ilham Kampungan'

Posted by Nelayan Forex On 11/07/2010 08:54:00 PM
SubhanALLAH!

Hanya itu yang termampu aku ucapkan tatkala mendekati iktibar yang ALLAH hamparkan buatku hari ini. Perasaan bercampur-baur antara gembira dan terkilan. Memang sukar sekali untuk ku gambarkan lantaran ianya adalah anugerah yang tidak disangka-sangka pada detik yang juga tidak terjangkakan. Sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala tindakan dan hanyunan langkah kita. Justeru, wajib untuk kita bersangka baik dengan ketentuan & hikmahNya.

Hari ini sangat bererti buatku. Hari ini aku belajar tentang keyakinan dan harga diri, kesungguhan dan istiqamah. Hari ini seharian aku melihat kelibat keyakinan terhadap ilham anugerahNya. Seringkali kita memandang sepi 'halaman' kita lantaran lebih meyakini 'halaman' orang lain. Kita tanpa sedar kerap tidak endah dengan apa yang telah kita miliki kerana bagi kita ia sekadar ilham "kampungan". Namun, setelah diangkat tabir mata, tatkala terpandang ilham kampungan sebegitu digilap dan dicanai sehalus sutera oleh minda dan tangan insan lain yang lebih istiqamah, barulah terdetik perasaan malu dan kesal dalam diri. Rupa-rupanya, ilham yang terbiar lama di sudut indera kita selama ini bernilai jauh lebih berharga daripada yang kita fikirkan jika dimartabat secukupnya dengan kesungguhan dan keyakinan diri. Natijahnya, sememangnya ilham itu adalah anugerah dariNya. Justeru, setiap anugerahNya tidak mungkin bertaraf marhaen melainkan adalah pertunjuk dan pertolongan langsung dariNya, menjawab munajat awal kita kepadaNya.

Astaghfirullah.. Ampuni aku Ya ALLAH kerana mensia-siakan anugerahMu. Akan ku jejak dan kugilap kembali setiapnya agar ianya akan menjuntaikan kunci rahsiaMu itu. InsyaALLAH.

Sesungguhnya kasih-sayang ALLAH terhadap hambaNya mengatasi segala yang ada di cakerawala ini. Betapa beruntungnya kita, kerana kita adalah hambaNya yang terpilih.

Alhamdulillah..

0 Response to "'Ilham Kampungan'"

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..