
Alhamdulillah..
Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!
Namun, tak mudah untukku terus fokus berfikir. Dukacita yang menyesak dada tak dapat ku pinggirkan. Aku terkesan benar dengan apa yang terjadi sebentar tadi di pejabat. Ya, urusan pejabat. Namun, tak kira urusan pejabat mahupun peribadi, restu insan yang berhak dan redha ALLAH tetap harus dipegang di jati diri. Terkilan benar, apabila kemahsyuran duniawi lebih diangkat berbanding kesucian di sisiNya. Ramai yang sanggup menipu akal budi dengan keegoan dan "hujah-hujah benang basah" semata-mata untuk dilihat "benar" dan "betul". Ya ALLAH, mengapa begitu terdesak hingga sanggup menghalalkan kebatilan dan membenci kebenaran. Mengapa lidah melafazkan syahadah, tapi perbuatan sentiasa melencong dan menunjang kezaliman. Mengapa rasa terbeban dengan ibadah dan perbuatan baik, sedang hati pula cenderung mencari "tenang" di dalam kemaksiatan. Hanya Kau yang Maha Mengetahui, Ya ALLAH!
Teringat nyanyian kumpulan Raihan, 'iman tak boleh diwarisi'. Ya, iman juga tiada di tepian pantai. Ramai yang tercari-cari ketengangan dengan teori-teori Barat yang kononnya hebat dan canggih. Jika inginkan ketenangan, maka carilah persekitaran yang ada aromaterapi dan elemen-elemen "ketenangan". Dengarkan lagu-lagu romantis dan instrumental. Kalau payah sangat, kata mereka, makan pil "penenang" pun boleh!
Justeru, kini fahamlah aku mengapa diri berduka..
Maka, hatipun kembali menangis..
Astaghfirullahil'azim. Wallahu Aklam.
Sekurang-kurangnya 17 kali sehari-semalam kita wajib mengucapkannya di hadapan Yang Maha Esa. Apakah dapat kita menyelami lisan kita sebagaimana dalamnya Shaykh Shuraim menyelaminya? Atau sekadar kita seumpama kakaktua yang riuh berpetah, tapi kosong pemahamannya?
Ya ALLAH, tiada yang mampu untuk kami capai melainkan dengan izinMu jua. Justeru, pandu dan bimbinglah kami. Izinkanlah kami merasai nikmat iman agar benih dan bunga amal yang kami lakukan akan memperolehi redhaMu.
Hidayah dan rahmatMu kami pohonkan sesungguh-sungguhnya.
Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin.
*: This article is copyrighted by SpotEuro.
What is WSSFX 9.6?
WSSFX 9.6 (Reversal Strategy) is a system based on reversal detection, overbought, oversold, candle. We use TP 15 - 45 pips, SL based on time limit.
Kat mana?
Just browse Traderlog ini hingga tiba ke ruangan terakhir. Hopefully, analisis, input dan tools yang tersedia dapat sedikit-sebanyak membantu kita semua sewaktu membuat keputusan-keputusan penting BUY, SELL dan/ atau CLOSED! Wallahualam.
Terima kasih kepada "Penaja":The correlation coefficient highlights the similarity of the movements between two parities.
Ke laut? InsyaALLAH. Cuma pemilihan masa dan keutamaan harus diatur secara berhikmah. Terus-terang, aku masih belum memikirkan secara spesifik tentangnya. Yang penting, jangan sampai keperluan dunia mengatasi kepentingan akhirat.
Semoga ALLAH memberikan hidayah dan maghfirahNya kepada kita semua, Amin.
Malam ini, aku menggunakan kaedah baru. Kaedah baru lagi?? Soalan yang cukup klise! Ia sebetulnya telah lama ku kaji sejak tragedi 24 Mei yang meninggalkan seribu kenangan pahit, namun belum cukup mantap dan sempurna. Ada ke kaedah Forex yang sempurna? Sempurna dalam Forex bermakna tiada rugi, untung memanjang! Hmm.. confirm tak ada. Jika ada, pastinya setiap hamba ALLAH di muka bumi ini dah tak perlu buat kerja lain. Cukup dengan Forex je!
Secara peribadi, aku pun yakin tak mungkin akan bertemu kaedah yang sempurna. Justeru, memadai kalau mampu bertemu kaedah yang mantap, serasi dan selamat! Mantap di segi prestasi keuntungan. Serasi dengan tingkah perangaiku dan selamat daripada risiko "drawdowns". Profitable and practical methods. Maximum profits, minimal risk.
Realitinya, ilham sering datang dariNya. Alhamdulillah. Cuma seringkali, yang menjadi cabarannya adalah bagaimana akalku yang tidak seberapa ini berupaya untuk menyusun dan mengatur gerak-langkah minda bagi menyambut ilham-ilham yang mencurah tiba itu. Makanya, hanya doa yang mampu dipanjatkan agar sentiasa dibekalkan paras Asetilkolin yang mencukupi supaya saraf otak mampu memproses "kepingan-kepingan" ilham menjadi batas ilmu yang credible. Mohon diterangkan hati, ditajamkan minda, dikuatkan iman, ditingkatkan syukur!
Jam di dinding menunjukkan tepat jam 12 tengahmalam.
Tinggalkan sahaja! Lihat esok hasilnya. Samada untung 'berlipat' atau rugi 'terikat'! Bisik hati kecilku kepada diri. Redha, InsyaALLAH.
Growing Bonzai?
Aku bertawakal ke atasmu, Ya ALLAH.