Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Trades Forex The Nelayan's Way...

Posted by Nelayan Forex On 2/11/2012 09:07:00 PM 0 comments


Weekly FXstreet Experts' Forecast: EU and UJ (20120213-17)

Posted by Nelayan Forex On 2/11/2012 07:01:00 PM 0 comments

Full-time?

Posted by Nelayan Forex On 2/11/2012 06:08:00 PM 0 comments
Hari ini aku sekadar berehat. Tubuh yang masih sedikit longlai lantaran demam yang melanda beberapa hari yang lalu sedikit sebanyak melelahkan minda. Sementelah, aku masih belum reda penat bermusafir ke bumi Hanoi beberapa hari yang lalu. Tugasan luar.


Ya! Pernah suatu ketika dahulu aku menyatakan bahawa aku telahpun memerdekakan diri dari dunia silam untuk mengabdikan diri menjengah Lautan Forex secara mutlak. Namun, hasrat itu terpaksa ku pendamkan sementara lantaran permintaan majikan yang masih mengharapkan sedikit tambahan masa sebelum aku secara rasmi mengundur diri dari organisasi. Alhamdulillah. Ini perencanaan ALLAH. Sebaik mana kita merancang, rancangan ALLAH tetap yang tertinggi. Justeru, ku tanamkan tekad untuk meletakkan sempadan yang jelas di antara makan gaji dan berjuang sendiri di dada Lautan Forex.


"Jadi, kamu sekarang full-time bertrading atau masih sekadar mengisi masa lapang?" tanya seorang kenalan on-line di wadah Facebook Nelayan Forex.


Sukar untuk aku menjawab pertanyaan itu. Hakikatnya, setiap hari aku umumnya akan tetap turun bernelayan di dada laut mencari rezeki keuntungan di dunia Forex. Malah, seringkali juga masaku lebih banyak diperuntukkan di paparan platform berbanding di bilik mesyuarat. Nature kerjayaku kini memberikan aku kebebasan waktu yang agak lumayan untuk aku mengaturkan priority aktivitiku. Sementelah, kekerapan aku turun bernelayan juga adalah tinggi bagi setiap hari. Umumnya, aku menetapkan untuk turun ke laut sekurang-kurangnya 3 kali sehari - sekali semasa waktu air pasang Asia pada sebelah pagi, sekali semasa waktu air pasang Eropah/UK pada sebelah petang, dan sekali lagi pada waktu air pasang US di sebelah malam. Alhamdulillah, jika tiada halangan tugasan di luar wilayah ataupun keperluan untuk berada di bilik mesyuarat, demikianlah rutinku setiap hari sejak hampir 6 bulan yang lalu.


Lantas, berbalik kepada pertanyaan teman tadi, aku berpendapat keutamaanku kini adalah bernelayan di lautan Forex. Tugasanku di pejabat, bersesuaian dengan jawatan baruku, kini sekadar berstatus konsultansi. Pada mulanya, agak sukar untuk aku menyesuaikan diri kerana sering juga terkeliru dengan peruntukan fokus yang harus diberi. Namun, hari ini ianya semakin jelas dan mudah. Alhamdulillah!


Dunia nelayanku kini? Mmmm.... sebagaimana lumrah air laut yang pasang dan surut, begitu jugalah dengan kehidupan bernelayanku. Bezanya kini, aku semakin yakin di dalam menguasai strategi, kaedah dan teknik yang dianugerahiNya. Syukur Alhamdulillah! Tiada yang lebih menggembirakan jika apa yang didamba akhirnya dimaqbulkanNya. Cumanya, setiap hari adalah hari yang baru. Maka, setiap hari jugalah, kita wajib 'berkomunikasi' dengan Al-Khaliq. Istiqamah dalam perjuangan adalah perkara pokok di dalam bertahan di satah perjuangan ini. Sisi diri yang serba kekurangan memerlukan penyucian hati yang benar-benar nekad untuk terus kekal relevan. Jika tidak, ucapkan sahaja selamat tinggal kepada Lautan Forex. Na'uzubillah!


Sahabat, terima kasih sudi mendengar! Semoga kita sama-sama saling bermotivasi di dalam meneruskan perjuangan ini.


Bantulah kami, Ya ALLAH!

Amin, Ya Rabbul Jalil, Ya Razzak, Ya Rabbal Alamin.

| | edit post

Salam Maulidur Rasul 1433H

Posted by Nelayan Forex On 2/05/2012 12:45:00 AM 0 comments


Ya Rasulullah...
Selawat dan salam buatmu wahai kekasih
Cintamu pada kami umatmu
Adalah cinta antara makhluk yang paling tinggi
Betapa kasih dan sayangmu
Menyuluh arah dan pedoman
Dalam kami menuruti
Sunnah dan risalahmu
Mendakap cinta Ilahi
Selawat dan salam buatmu
Wahai Rasulullah kekasihku!
- nelayan forex -
12 Rabiulawal 1433H
5 Februari 2012M

Ketenangan Pencetus Kejayaan

Posted by Nelayan Forex On 1/03/2012 11:33:00 PM 1 comments
Aku baru sahaja pulang berlabuh. Hampir setengah hari sejak petang tadi menjengah samudera. Hajat di hati sedari awal cuba untuk merungkaikan sederetan kail umpan yang terendam pada pukat sejak seminggu yang lalu.

Laut hari ini sebenarnya masih belum keruan, memandangkan tirai musim yang baru bermula. Sesaran ombak ada ketikanya berubah-ubah seakan mencuba-cuba membadai setelah laut begitu lama dalam persekitaran yang agak tenang sepanjang Disember. Ironi, Lautan Forex berbeza watak rupanya pada ketika itu berbanding Laut Cina Selatan!

Menjelang lewat malam, aku meyakinkan diri mengaktifkan kembali deretan kail umpan pada pukat dengan nisbah umpan segar yang bersesuaian. Alhamdulillah, berkat usaha gigih isteriku, kami menemui sifir pukat yang memformulakan nisbah 'kehadapan' dan 'kebelakang' bagi penyambungan deretan umpan kail pukat yang di'kunci' (locked). Syukur Alhamdulillah.

Namun hari ini, aku terpaksa akur pada ketentuan Illahi. Ada perkara yang paling utama yang wajib diberikan perhatian setiap kali bernelayan ke laut. Ketenangan! Ku akui, sememangnya hari ini jiwaku tidak tenang. Ketenangan pencetus kejayaan. Kegelisahan penyebab kegagalan.

Tidak mengapa, Ya ALLAH. Aku redha dengan ketentuanMu ini. Kau masih sudi mengajarku. Alhamdulillah. Semoga nanti aku akan lebih berjaya di kemudian hari hasil pembelajaran ini, insyaALLAH.

Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Perjuangan? RELOADED!

Posted by Nelayan Forex On 1/02/2012 10:10:00 PM 0 comments



Salam semua.

..

Alhamdulillah. Selepas 4 bulan genap, hari ini aku kembali menulis di dada traderlog ini.

..

"Ke mana menghilang?" Tanya seorang teman.

..

"Cuti sabatikal." Ringkas jawabku.

..

"Tak ke laut langsung?" Tanyanya lagi menerka dalam kesamaran.

..

"Turun. Hampir setiap hari seperti biasa kecuali semasa laut berbahaya. Cumanya, aku ambil cuti sabatikal menahan diri dari menulis." Ujarku ringkas lagi.

..

Sememangnya di sepanjang tempoh 4 bulan yang lalu, aku tetap turun ke laut. Menongkah ombak dan badai mencari rezeki di Lautan Forex. Cuba belajar dan belajar terus dari setiap kejayaan dan kegagalan. Tumpuan ku berikan kepada memahami secara mendalam tentang tumpuan spesies-spesies lautan di sempadan-sempadan arus Support dan Resistance. Cuba juga memahami perkaitannya dengan pertembungan kekuatan badai matawang menggunakan radas tolok Currency Strength.

..

Menerjah lebih mendalam, aku mentaakul pemahaman di atas dengan kesan penggunaan pukat-pukat berbeza di samping pada suatu ketika memberikan fokus yang sangat teliti kepada penggunaan joran melalui teknik strolling yang diubah-suai.

..

Aku juga membuka minda untuk cuba learn, relearn dan unlearn beberapa aspek terpenting berlautan forex. Ruang masa yang ada juga ku gunakan untuk mendapatkan kelengkapan-kelengkapan terkini dari sifu-sifu luar negara untuk ku adaptasi ke dalam teknik, kaedah dan strategi ku bernelayan.

..

Alhamdulillah. Kini 2012 sudah di denai kaki. Nun di kejauhan, terlihat sayup-sayup puncak kemerdekaan yang menjadi impian dan cita-citaku.

..

Agi idup, agi ngelaban! Meminjam kata-kata semangat pahlawan Iban.

..

Semoga ALLAH merahmati usahaku ini dan memakbulkan hajatku, Amin Ya Rabbal Alamin.

..

Perjuangan kini kembali bermula..
| | edit post

2012.. Bismillahirrahmanirrahim..

Posted by Nelayan Forex On 1/01/2012 11:40:00 PM 0 comments
HAPPY NEW YEAR !!


We wish that New Year 2012 brings everlasting glow of

happiness, merriment and excellent trading experiences

I'm back !!


Bismillahirrahmanirrahim...



| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..