Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Merdeka!!

Posted by Nelayan Forex On 8/31/2010 12:01:00 AM 0 comments
Detik ini adalah detik itu. Imbauan 31 Ogos 1957 menghimpun pelbagai rasa dan asa. Kini, 53 tahun telah berlalu. Dan hari ini adalah kesinambungan tarikh keramat itu. Negaraku Malaysia, menginjak setahun lagi menempuh usia kedaulatannya.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH. Meski aku sekadar insan kerdil, namun anugerahMu ini amat indah. Dalam usiaku yang masih belia, aku cuba menjarah erti kemerdekaan yang sebenarnya. Ku kira aku bertuah, kerana pernah dalam usiaku menikmati perjalanan yang signifikan ini melihat Malaysia dewasa. Tatkala Malaysia masih si manis 17, aku baru sahaja mengenal erti berbicara, sebaik semakin galak gagah berlari jatuh! Di saat menginjak remaja, aku sempat 'berkampung' di Chow Kit menumpang Bas Mini nombor 11 dan tertawa mendengar celoteh Noramin RMIK di corong radio. Aku sempat merasai saat-saat kegemilangan Dayabumi selaku menara tercanggih di ibukota. Waktu Central Market mula menginjak popularitinya, aku curi-curi menjeling gadis-gadis seusia memperaga keayuan. Kuala Lumpur ketika itu tidak punya banyak hotspot. Yang ada sekadar sekitar Pudu Raya, Kota Raya, Pertama Complex, Chow Kit dan sesekali Bukit Bintang menjadi tempat tumpuan.

Hari ini latar Kuala Lumpur khususnya, dan Malaysia amnya, telah amat jauh berbeza. Tak terhitung perbezaannya jika ingin dinyatakan di dada Traderlog ini. Hanya yang termampu diucapkan.. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, aku bertuah kerana berkesempatan ke luar negara sewaktu menjalankan tugas. Antaranya, Kathmandu di Nepal; Karachi, Lahore dan Islamabad di Pakistan; Colombo di Sri Lanka; Jakarta, Surabaya, Medan, Pontianak, Bandung dan Lombok di Indonesia. Sempat juga ke Singapura, Thailand, Macau dan Taiwan. Sekadar menyebut beberapa nama. Sesungguhnya, kita ini warga yang sangat bertuah. Malaysia terlalu berbeza, walau usia kenegaraannya masih terlalu muda berbanding kebanyakan negara-negara yang disebutkan tadi. Malah aku sempat mengimbau di saat aku hampir sujud syukur di lantai KLIA tatkala aku baru sahaja kembali dari Kathmandu suatu waktu dahulu. Kita wajib bersyukur! Sejujurnya, wajar kita mencontohi semangat cintakan negara yang terpamer di setiap warga dan pelosok inci bumi Indonesia tatkala mereka menyambut hari kemerdekaan.. lautan merah putih di mana-mana disambut laungan semangat anak muda pria dan srikandi di kota dan kabupaten. Apakah kita lebih patriotik di saat lidah terlalu malu melaungkan "Merdeka" dan jiwa rasa 'kekampungan' tatkala berbicara tentang jatidiri dan pengorbanan? Mampukah kita dan anak cucu mengisi kemerdekaan ini dengan haknya yang terindah?

Hanya satu yang ku harapkan. Janganlah dipersia-siakan kemerdekaan dan kemakmuran yang sedang dikecapi ini. Semoga kita bersederhana dalam setiap tindakan kita agar hikmah sentiasa menjadi pertimbangan. Jangan sampai menang sorak, tapi kampung tergadai! Nauzubillah..

Malaysia, selamat Hari Merdeka!

Alhamdulillah..
| | edit post

Daily Strategic Plan: 20100831

Posted by Nelayan Forex On 8/30/2010 10:35:00 PM 0 comments




Day 06/10



Session 1/3:
News: GBP & JPY
EIT: 7.01am, 7.50am & 9.30am MYT
EET: 6.45am MYT
ELT: 9.45am MYT
EST: 3hrs
PI Target (Daily): 1020
Rev Target (Daily): 34%
MLD: 1% frm Bal

Session 2/3:
News: EUR & GBP
EIT: 3.55pm, 4.30pm & 5.00pm MYT
EET: 3.30pm MYT
ELT: 5.30pm MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 1020
Rev Target (Daily): 34%
MLD: 1% frm Bal

Session 3/3:
News: USD
EIT: 10.00pm MYT
EET: 9.30pm MYT
ELT: 11.30pm MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 960
Rev Target (Daily): 32%
MLD: 1% frm Bal

Berkati dan makbulkan usahaku ini, Ya ALLAH.

Amin Ya Rabbal Alamin.
RESULTS (updated:20100831, 10.50pm)
Total Daily PI = -2586
Total Daily Rev = -86%
Faktor:Session 3 internet connection error during trading.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
| | edit post

Kurang Sihat..

Posted by Nelayan Forex On 8/30/2010 10:34:00 PM 0 comments



Day 03/10 & Day 04/10
20100827 & 20100830



No trade on both dates due to the unforseen circumstance.

Kurang sihat. Jadinya, lebih baik berehat daripada membahayakan diri kerana tidak fokus kepada pelayaran. Setidak-tidaknya, dapat juga membaiki pukat dan jala sementara kesihatan diutamakan. InsyaALLAH, andai ada rezeki, esok aku akan kembali ke laut.
| | edit post

Daily Strategic Plan: 20100826

Posted by Nelayan Forex On 8/26/2010 09:52:00 AM 0 comments




Day 03/10



Session 1/3:
News: EUR
EIT: 2.00pm MYT
EET: 1.00pm MYT
ELT: 3.00pm MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 1020
Rev Target (Daily): 34%
MLD: 1% frm Bal

Session 2/3:
News: EUR & USD
EIT: 4.00pm & 6.00 MYT
EET: 3.30pm MYT
ELT: 6.30pm MYT
EST: 3hrs
PI Target (Daily): 1020
Rev Target (Daily): 34%
MLD: 1% frm Bal

Session 3/3:
News: USD
EIT: 8.30pm MYT
EET: 8.00pm MYT
ELT: 10.30pm MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 960
Rev Target (Daily): 32%
MLD: 1% frm Bal

Berkati dan makbulkan usahaku ini, Ya ALLAH.

Amin Ya Rabbal Alamin.
RESULTS (updated: 20100826, 10.30pm)
Total Daily PI = 1990
Total Daily Rev = 66%
Faktor: Session 3 no trade
Alhamdulillah.
| | edit post

No Time To Pray?

Posted by Nelayan Forex On 8/25/2010 05:59:00 PM 0 comments
"I just want to share this beautiful poem by Fatma Muslima I found on the web. It is thought provoking and should be a good reflection for us."
- Alhabib's Blog; posted on July 11, 2010 -


“Pray”

I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due.

So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Muslim duty was now done
My soul could rest at ease.

All day long I had no time
To spread a word of cheer.
No time to speak of Allah to friends,
They’d laugh at me I’d fear.

No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.

I went before the Lord,
I came, I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.

God looked into his book and said
Your name I cannot find.
I once was going to write it down…
But never found the time.

__________

Nelayan Forex:
Dear Fatma Muslima, it's really beautiful, indeed! Thank you for the insight.

Daily Strategic Plan: 20100825

Posted by Nelayan Forex On 8/24/2010 10:57:00 PM 0 comments




Day 02/10



Session 1/3:
News: JPY
EIT: 7.50am MYT
EET: 7.00am MYT
ELT: 9.00am MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 1020
Rev Target (Daily): 34%
MLD: 1% frm Bal

Session 2/3:
News: EUR
EIT: 4.00pm MYT
EET: 3.30pm MYT
ELT: 5.30pm MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 1020
Rev Target (Daily): 34%
MLD: 1% frm Bal

Session 3/3:
News: USD
EIT: 10.00pm MYT
EET: 9.30pm MYT
ELT: 11.30pm MYT
EST: 2hrs
PI Target (Daily): 960
Rev Target (Daily): 32%
MLD: 1% frm Bal

Berkati dan makbulkan usahaku ini, Ya ALLAH.

Amin Ya Rabbal Alamin.
RESULTS (updated: 20100825, 10.15pm)
Total Daily PI = -8669
Total Daily Rev = -289%
Innalillahi wainna ilaihirajiun.
Faktor:
1. Impak JPY
2. Targetted Profit VS Landslide Profit
3. Istiqamah Trading Plan/ Session
| | edit post

Maka Hatipun Menangis..

Posted by Nelayan Forex On 8/24/2010 10:38:00 AM 0 comments
Saat ini, aku sekadar bermain-main di gigi pantai di hujung tanjung. Sementara menanti detik EET tengahari nanti, aku cuba memikirkan beberapa perkara yang berkaitan.

Namun, tak mudah untukku terus fokus berfikir. Dukacita yang menyesak dada tak dapat ku pinggirkan. Aku terkesan benar dengan apa yang terjadi sebentar tadi di pejabat. Ya, urusan pejabat. Namun, tak kira urusan pejabat mahupun peribadi, restu insan yang berhak dan redha ALLAH tetap harus dipegang di jati diri. Terkilan benar, apabila kemahsyuran duniawi lebih diangkat berbanding kesucian di sisiNya. Ramai yang sanggup menipu akal budi dengan keegoan dan "hujah-hujah benang basah" semata-mata untuk dilihat "benar" dan "betul". Ya ALLAH, mengapa begitu terdesak hingga sanggup menghalalkan kebatilan dan membenci kebenaran. Mengapa lidah melafazkan syahadah, tapi perbuatan sentiasa melencong dan menunjang kezaliman. Mengapa rasa terbeban dengan ibadah dan perbuatan baik, sedang hati pula cenderung mencari "tenang" di dalam kemaksiatan. Hanya Kau yang Maha Mengetahui, Ya ALLAH!

Teringat nyanyian kumpulan Raihan, 'iman tak boleh diwarisi'. Ya, iman juga tiada di tepian pantai. Ramai yang tercari-cari ketengangan dengan teori-teori Barat yang kononnya hebat dan canggih. Jika inginkan ketenangan, maka carilah persekitaran yang ada aromaterapi dan elemen-elemen "ketenangan". Dengarkan lagu-lagu romantis dan instrumental. Kalau payah sangat, kata mereka, makan pil "penenang" pun boleh!

Hakikatnya, apakah benar ketenangan itu ada di tepian air terjun, puncak bukit dan taman bunga? Astaghfirullah. Apakah benar bersantai di pinggir sungai mampu memberikan lebih ketenangan berbanding khusyuk solat di celah-celah bedilan mortar di Masjidil Aqsa. Ya ALLAH, hambaMu ini hanya pandai berkata-kata. Ampuni aku Ya ALLAH. Pandulah aku, bimbinglah aku, dan berilah hidayah kepadaku sepanjang usiaku di dunia sementaramu ini Ya ALLAH. Hakikatnya aku ini terlalu hina di sisi makhlukMu untuk dimuliakan, lantaran itu anugerahilah aku dengan kemuliaan sebenar di sisiMu. Dan tuntunlah aku Ya ALLAH, mencari redha dan syurgaMu.

Kepada yang membaca, maaf jika luahan di atas ada yang mengguris rasa hati. Hakikatnya, bila usia semakin mendaki menghampiri asal kejadian, semakin kita keseorangan dalam keramaian, sunyi dalam hiruk pikuk dunia. Mujurlah jika ada anak isteri sebagai tempat berkongsi rasa. Namun jika yang demikian juga tidak berkongsi definasi, maka hanya padaNya sahaja tempat sebaik-baik kita kembali.

Justeru, kini fahamlah aku mengapa diri berduka..
Maka, hatipun kembali menangis..

Astaghfirullahil'azim. Wallahu Aklam.

| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..