Al-Baqarah: 284 - 286
Ya Rabb.. Grant us victory over the disbelieving people.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Memang sibuk! Hampir 2 minggu aku tidak sempat berkarya di dada Traderlog ini. Malahan, aku sendiri tidak sempat turun ke laut lantaran tuntutan keperluan lain yang lebih mendesak. Aku sendiri sebenarnya terkilan, namun apakan daya. Itu adalah peraturan dan perjanjiannya.
Bernelayan forex bagiku setakat detik ini adalah aktiviti sampinganku. Aku masih terikat dengan kerjaya utamaku di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hampir 15 tahun aku berkecimpung di dalam industri tersebut, dunia pengajian tinggi telah sebati dengan daging dan darahku. Kehidupan kampus dan pentadbirannya terlalu sukar dipisahkan dari diriku dan keluarga. Memandangkan ia juga merupakan sebuah entiti perniagaan, seringkali tumpuan yang sangat tinggi perlu ku berikan bagi menyeimbangkan fungsinya sebagai sebuah 'gedung ilmu' dan juga peranannya untuk survivaliti 'P&L'. Ringkasnya, tidak mudah! Tidak sukar, namun tidaklah mudah!
Pun begitu, bila usia diri mula menjengah ke angka yang sama tatkala Muhammad diangkat menjadi Rasulullah (salawat dan salam ke atas Baginda), rupanya terdetik di hati untuk cuba berhijrah ke 'kehidupan' yang lebih tenang dan damai. Tuntutan persaingan di dunia korporat sememangnya sangat-sangat menjerihkan. "Rat-race". Ia bukan sesuatu yang indah di dalam, walaupun pandangan masyarakat dari luar ia suatu yang "impressive". Setiap saat, yang menjadi ukuran adalah deadlines, P&L, KPI dan KRA. Reputasi dan prestasi perlu sentiasa dijaga, jika tidak saham syarikat di bursa mungkin tergugat. Ketetapan dan peraturan pihak-pihak berkuasa juga wajib diberikan fokus. Itu belum lagi karenah dan lagak para pelajar dan waris mereka memandangkan mereka adalah juga 'pelanggan' kami. Kakitangan fakulti? Hmm.. faham-faham sahajalah. Justeru, seringkali jati diri dan kewajipan sebagai khalifah dan hamba di bumiNya ini "dikesampingkan" dalam leka dan tanpa sedar. Sampai bila.. ??
Alhamdulillah, peringatan demi peringatan yang diberikanNya, akhirnya singgah juga keinginan di hati dan minda untuk cuba 'berhijrah' ke sebuah kehidupan yang lebih tenang, damai dan santai. Pada ketika kesedaran itu mula bertapak, ALLAH melorongkan forex trading sebagai salah satu option yang berprospek tinggi untuk dipertimbangkan. Aku memang telah mengenalinya sejak 5 tahun yang lalu, namun segalanya menjadi lebih jelas apabila aku dan sahabat-sahabat karibku (Bert, Saudagar Lilin dan Zul) mula serius ke laut hampir setiap hari bermula awal tahun ini. Alhamdulillah, kini kami sepakat untuk menjadikannya kerjaya baru dan semoga ALLAH mengizinkannya menjadi realiti dalam masa yang terdekat. Sayang sekali, Zul pula tiba-tiba hilang tumpuan (sebetulnya dia menemui "cinta" baru - Sukan Extreme!!). He.. He.. macam-macam 'krisis identiti' yang berlaku apabila usia menganjak ke era yang baru ni!
Seminggu lebih yang lalu juga, aku dikunjungi seorang sahabat lama dari Jakarta. Aku dan keluarga telahpun menganggapnya sebagai saudara sendiri. Beliau sebetulnya rakyat Malaysia, tapi telah hampir 20 tahun terlibat dengan berbagai bidang perniagaan melibatkan kedua-dua negara. Cuma, kunjungannya kali ini membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada kami apabila beliau menampakkan kesungguhannya untuk terlibat secara langsung dengan perusahaan Forex. Hmm.. masih terlalu awal untuk ku kongsikan di dada Traderlog ini. InsyaALLAH, jika ada rezeki, semoga apa yang bakal diusahakan akan mampu memberi sinar dan harapan kepada ekonomi ummah.. sesuai dengan falsafah Rahmatan lil 'Alamin yang diajar Rasulullah saw.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Berbalik kepada teknik Troling M-Type. Frankly speaking, I'm not at liberty to disclose about it in details. Hakikatnya, ia dirintis oleh sahabatku, Bert Ruslan, yang sebelum ini dah 'kuciwa' dengan teknik-teknik analisis Teknikal yang terlalu sofistikated! "Kebanyakannya mengejar pips, tapi aku nak kejar Dollar!" Demikian, luahnya.
Justeru, bukan tidak mahu berkongsi, tapi rasanya biarlah yang empunya kaedah memantapkan lagi teknik tersebut. Buat masa ini, aktiviti "statistical back-test" sedang giat dijalankan untuk melihat darjah signifikan teknik tersebut. Aku yakin, apabila telah bersedia, Bert sendiri akan berkongsi dengan semua, insyaALLAH!
Pun begitu, khususnya buat Sdra Arman yang bertanya, mungkin penerangan di bawah sedikit-sebanyak boleh memberikan latar gambaran strategi yang digunakan.
Dalam pengajian Matematik, ada konsep yang dipanggil Prinsip Kekerapan Relatif. Ia sebenarnya ditakrifkan sebagai kebarangkalian anggaran untuk keberlakuan sesuatu peristiwa adalah sama dengan kekerapan relatifnya jikalau cerapan tersangat besar. Justeru, jika cerapannya, n, adalah tak terhingga (infiniti), maka kebarangkalian peristiwa yang boleh berlaku sebanyak h daripada n cerapan itu sama dengan had ketakterhinggaan kekerapan relatifnya:
had (h/n) di mana, had: n-->infiniti
Konsep teknik Troling M-Type cuba untuk capitalized Prinsip di atas, dan seterusnya mewujudkan inbalance kepada kebarangkalian asal 0.5 untuk Untung dan Rugi, masing-masing. Justeru, apabila kebarangkalian untuk Untung ditingkatkan secara sengaja melalui pengubahan kiraan nisbah asal, maka nilai akhir Untung - Rugi = nilai positif.
Sila rujuk contoh terpilih di bawah,
Sekeping duit syiling dilambung sebanyak 1000 kali, dan kita memperolehi 'Kepala' (K) sebanyak 520 kali. Maka dalam satu kali lambungan syiling tersebut, kita anggarkan kebarangkalian untuk mendapat K adalah:
kb(K) = 520/1000 = 0.52
Nilai di atas adalah kekerapan relatif untuk mendapat K daripada 1000 kali lambungan syiling tersebut. Jika bilangan lambungan adalah tak terhingga, maka kita boleh menyeluruhkan kebarangkalian mendapat K sebagai had ketakterhinggaan bagi kekerapan relatifnya, iaitu = 0.50.
Ini bersesuaian dengan kenyataan; kerana melambung duit syiling, kita hanya ada dua kemungkinan akhir sahaja! (Forex?). Justeru, jika duit syiling yang dilambung itu sengaja dilebihkan berat bagi sebelah 'mukanya', maka takrif di atas tidak boleh dipakai lagi. Namun bagi Forex, that is the real catch!!
Semoga sedikit-sebanyak ia memberi manfaat..
WALLAHu Aklam.
(Melly Goeslow feat. Amee/ Aquarius Musikindo)
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu
Bisikan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku padaMu duhai Maha Cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih
Ya ALLAH, Tuhanku yang Maha Esa..
Tahniah buat para finalis Akademi Al-Quran Musim Ke-4. Semoga niat dan bakat jadi penyuluh memimpin langkah dakwah di bawah rahmat hidayahNya.
"Ya Imam Al-Rusli"

'Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoncang?' tanya para malaikat.
'Kerana belum dipaku.' jawab ALLAH singkat.
'Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?' Tanya para malaikat lagi.
... 'Aku akan menciptakan gunung-ganang.' Jawab ALLAH. Paku merupakan benda keras yg terbuat drp besi. Maka kemudiannya gunung pun dikenali sebagai paku bumi yg diciptakanNya.
'Ya Rab, adakah yang lebih kuat drp paku?'
'Ada!' jawab ALLAH. 'Iaitu api, yg dgn panasnya dpt melelehkan besi.'
'Adakah yg lebih kuat lg selain api, Ya Rab?'
'Ada! Yakni air yg dpt memadamkan api.' Jawab ALLAH lg.
'Jadi Ya Rab, adakah yg lebih kuat lg selain air?'
'Ada! Iaitu angin, yg kerananya dpt membawa air ke mana pun ia menghembus.' Jawab ALLAH lagi.
'Tapi Ya Rab, adakah yg lebih kuat drp semua itu (gunung, api, air, angin)?' Malaikat bertanya lagi.
'Ada! Iaitu nafas hambaKu yg berdoa kpdKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.' Demikian ALLAH SWT menjelaskan.
(Dipetik: Hadis Kudsi)"