Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Asyik..

Posted by Nelayan Forex On 3/08/2010 09:14:00 PM
Aku memerhati turun-naik ombak di gigi pantai. Cuba mencari-cari impuls yang signifikan samada ada kewajaran aku ke laut malam ini. Jam kini 9.23pm. Mengikut laporan "Jabatan Meteorologi", tiada News yang benar-benar impak melainkan satu menjelang 9.30pm nanti. Begitulah situasi biasa setiap awal minggu. Hakikatnya, bila tiada News, maka laut kurang berombak, jauh sekali berbadai. Maka bagi nelayan forex sepertiku, biasanya kami akan cuba mengelak untuk memasang pukat. Ia lebih sesuai untuk aktiviti mengail tenggiri atau mencandat sotong. Cuma, selepas 2 hari bercuti, mmg sukar utk menahan diri dari merasai getaran & cabaran di tengah samudera. Asyik?

Mmmm.. Hati kecilku berbisik, nampaknya ombak masih terlalu "lembut". Makanya tak sesuai untuk ke tengah laut dalam suasana laut begini. Silap perkiraan, aku mungkin terpaksa menghabiskan sepanjang malam di atas kapal menanti munculnya badai yang berbaloi.

Akhirnya, aku memutuskan untuk sekadar memerhati dari jauh. Tak perlu turun malam ini. Aku kemudian kembali ke anjung rumah. Lebih selesa.

"Girl!" Panggilku pada isteriku. Itu panggilan manjaku padanya. Tekakku terasa haus. Pekena kopi Kemaman pun sedap ni.

Panggilanku tak bersahutan. Tiba-tiba pandanganku terlempar jauh di hujung jeti. Kelihatan sebuah sampan kecil sedang berlabuh sepelaung dari situ. Aku kenal sampan kecil itu. Hadiahku kepada Girl untuk dia berjinak-jinak dgn laut forex. Dari jauh, jelas ku lihat Girl sedang asyik mengail. Sesekali ku lihat Girl menebar jala. Aku tersenyum.

Girl memang minat mengail & menjala. Sangat asyik! Dia sering mencari ruang, terpanggil & memanggil, untuk merasai suasana bernelayan. Yang menariknya, Girl memang pandai mengail & menjala. Dan yang lebih menarik, Girl mampu memformula rumus baru kepada kaedah mengail & menjala secara bersepadu. Hasilnya? Ikhlas ku katakan, sangat hebat! Buktinya? Purata hasil tanggapan ialah sehingga 25% setiap kali turun sejak mula berjinak-jinak 2 minggu lalu!!

Hebat bukan!

Semoga ALLAH terus merahmatimu & kita semua!

2 Response to "Asyik.."

  1. Lan Said,

    Assalammualaikum saudaraku,
    Nelayan macam kita,yang mengail untuk santapan hari ini dengan sampan,tangkui,kail dan jala,mencari rezeki di lautan antasuka, bercita-cita menanpkap layaran walaupun kemampuan hanya untuk belanak.
    Sahabat ku tidak salah untuk bercita-cita,berusaha dengan tabah dan bijak serta penuh kesabaran,insyaALLAH rezeki tu DIA yang tentukan.
    InsyaALLAH, satu hari nanti kita mampu punya kapal seperti nelayan di Laut Bering.

     

  2. Wa'alaikumsalam saudaraku Bert Ruslan,

    Terima kasih di atas kata-kata semangatmu! Semoga kita semua akan dimaqbulkanNya segala cita-cita dan harapan untuk benar-benar mampu mendaratkan Layaran setiap kali belayar.

    Di sini, di laut Antasuka ini, cinta dan cita-cita kita berputik. Semoga diizinkanNya untuk kita semua berhijrah menjadi Nelayan Forex professional di Laut Bering! Agar penghijrahan itu kelak menjadi wadah yang mampu mengangkat martabat Islam dan ummahnya!

    Amin Ya ALLAH.

     

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..