Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Belajar..

Posted by Nelayan Forex On 3/16/2010 04:11:00 PM
Aku baru sahaja memulakan pelayaran hari ini. Waktu aku meninggalkan jeti tadi, jam menunjukkan pukul 4.00pm. Arus lautan sudah mula menunjukkan tanda-tanda perolakan. Sebenarnya, bermula sekitar jam 3.00pm tadi, sesaran arus telahpun menjangkau sekitar 75 pips, malahan sempat melintasi takat S1 pada koordinat 1.4973 GBP/USD. Sayang sekali, detik itu aku masih bersama Bert menguruskan hal lain di daratan.

Detik ini jam sekitar 4.17pm. Sesaran arus kembali menghampiri Khatulistiwa. Pukatku telahpun disambar 2 positions setakat ini, dengan posisi sulung Short Sell GBP/USD 1.4986. Aku harap keputusanku tepat memandangkan akan terdapat 2 News GBP (Low Impact) yang akan release pada petang ini (DCLG HPI y/y - 5.30pm & CB Leading Index m/m - 6.00pm). Perancanganku adalah untuk memperolehi sedikit tangkapan sebelum kembali semula ke jeti menjelang sebelum Maghrib.

Matlamat utamaku hari ini adalah untuk memperolehi tangkapan yang lebih baik pada sesi pelayaran malam nanti. Ini memandangkan akan terdapat 3 News USD dan 2 News CAD pada jam 8.30 malam ini. Salah-satu News tersebut adalah berstatus High Impact iaitu USD Building Permits. Selainnya adalah News berstatus Medium Impact.

Sememangnya, News release sangat penting bagi Nelayan Forex sepertiku. Memandangkan aku sangat cenderung kepada tangkapan menggunakan pukat, maka News adalah elemen penggerak kepada kemunculan badai yang signifikan yang mampu melonjak tangkapan bagi membolehkan pukat didaratkan. Cuma, seringkali juga kami terperangkap dengan News yang kurang 'menjadi', menyebabkan pukat tidak dapat dinaikkan. Ini biasanya berlaku dalam suasana di mana laut pada sesi sebelumnya telahpun mengalami sesaran ombak yang besar. Dalam situasi ini, keadaan menjadi bertambah kritikal sekiranya keadaan laut tiba-tiba bertukar kepada 'ranging' dan menyebabkan lebih banyak umpan disambar melebihi keupayaan pukat untuk bertahan.

Aku menjeling jam di tangan. Sekitar 35 minit lagi sebelum News release yang terdekat. Pukat tadi telahpun ku naikkan (hasil tangkapan sekitar USD12.00), dan kini aku menurunkan pukat yang baru untuk pusingan seterusnya. Namun yang lebih utama, aku harus menunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Esa terlebih dahulu sebelum bersedia untuk pusingan tangkapan yang berikutnya.

Haiya'alassolah.. Haiya'alalfalah.. Terimalah urusan dan ibadahku, Ya ALLAH!

(PEN-OFF AT 4.57pm)

(PEN-ON AT 7.13pm)

Perancangan awalku untuk kembali ke jeti sebelum Maghrib nampaknya terpaksa dibatalkan. Ini kerana sejak jam 6.00pm tadi sehinggalah ke detik ini, umpan pukat telah disambar sebanyak 5 open positions (Umpan pertama dan kedua adalah umpan 'kembar siam'). Open positions terakhir setakat ini adalah Long Buy USD4.80 (pada koordinat 1.5111). Aku sempat melirik ke meter Margin di kemudi: USD120.83.

Hatiku semakin berdebar-debar. Pengalaman silam membuatkan aku bimbang. Demikianlah kesan trauma yang begitu menebal, sedangkan pada masa yang sama aku mengakui bahawa pukat yang sarat adalah prasyarat utama untuk memperolehi hasil tangkapan yang lumayan.

"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai" Hatiku tiba-tiba teringat kepada pribahasa ulung Melayu.

Sebenarnya, perkara yang merungsingkanku adalah untuk memperolehi nisbah umpan yang sesuai pada detik sesaran ombak membadai pada masa yang tepat. Itulah cabarannya. Terlalu awal pukat penuh, sedangkan sesaran ombak tidak cukup kuat, bermakna pukat tetap tidak boleh dinaikkan. Kesannya, berkemungkinan semakin banyak umpan di pukat yang akan disambar. Makanya, pukat mungkin rabak sebelum sempat dinaikkan.

Sebaliknya, jika sesaran ombak yang kuat berlaku, sedangkan pukat masih belum matang, bererti hasil yang dinaikkan juga tidak setimpal dengan masa pelayaran yang dibuat. Seolah-olahnya "membazirkan ombak".

Justeru, antara strategi yang paling penting untuk mengatasi cabaran di atas ialah dengan melabuhkan pukat pada masa yang sesuai sebelum sesuatu News release. Ini bukanlah tugas yang mudah. Seringkali, sangat sukar untuk menduga. Ia rahsia ALLAH Yang Maha Esa. Malahan, seperti yang dinyatakan sebelum ini, ada ketikanya News seolah "tak menjadi".

Lantaran itu, hanya bakat dan munajat yang mampu disandarkan sebagai harapan. Selebihnya adalah rahmat ALLAH!

Mataku kini fokus memerhati pukat yang sarat di sisi buritan Ultimate X5. Sesaran ombak dan hempasan badai semakin kuat.

7.45pm: Sesaran ombak sudah mencukupi. Dengan sedaya-upaya aku segera menaikkan pukat. Kesilapan berlaku. Ada sedikit hasil tangkapan yang terlepas kembali ke laut. Tak mengapa, redha sahaja! Aku membuat kiraan di tangki tangkapan. Keseluruhannya, dicampur dengan tangkapan yang ku perolehi petang tadi, kesemuanya berjumlah USD42.50. Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH!

Aku lantas menurunkan semula pukat. Fikirku, berbaloi untuk mengusahakan satu pusingan lagi memandangkan akan ada News release pada pukul 8.30pm nanti. Semoga ALLAH mengizinkan, Amin Ya ALLAH.

(PEN-OFF AT 8.06pm)

(PEN-ON AT 9.22pm)

Benar seperti yang dibimbangkan. Kelihatannya News 8.30pm tadi tidak memberikan sebarang kesan signifikan kepada sesaran ombak dan hempasan badai. Pasaran kini bergerak dalam jajaran sekitar 20 pips sejak setengah jam yang lalu. Pun begitu, harapan masih ada. Perairan New York kebiasaannya bergerak aktif bermula 9.30pm. Ketika ini, GBP/USD sedang berada di koordinat 1.5135.

Ultimate X5 kini membelah laut bersama dengan 5 open positions yang telah terkait kepada umpan di pukat. Sepertimana tadi, umpan pertama dan kedua adalah umpan 'kembar siam'. Margin yang digunakan ketika ini adalah USD121.13 dengan umpan terakhir setakat ini ialah Short Sell USD9.60.

Hatiku semakin gelisah. Kelihatan sesaran ombak menghampiri ke arah utara. Namun, pergerakannya masih lagi agak perlahan. Aku bimbang ia tidak cukup momentum untuk menerobos titik threshold untuk membolehkan pukat dinaikkan.

Ya Rabb! Tolonglah hambaMu yang serba lemah ini, Amin Ya Rabbal Alamin.

9.49pm: Sesaran ombak ke utara sedikit terencat, mungkin akibat sesi pengambilan untung para traders. Aku benar-benar berharap, arah sesaran ke utara akan berkekalan. Aku juga menyedari tiada News berkaitan GBP, USD mahupun CAD sehinggalah pukul 2.15am nanti. Aku sangat berharap tidak perlu menunggu sehingga lewat dinihari seperti itu untuk menaikkan pukat.

Untuk rekod, News seterusnya adalah: 1) USD FOMC Statement - 2.15am High Impact, 2) USD Federal Funds Rate - 2.15am High Impact, dan 3) GBP MPC Member Bean Speak - 3.00am Medium Impact.

Kekhuatiranku ialah pasaran memilih untuk menunggu News release di atas. Aku bimbang pukatku tidak mampu bertahan selama itu.

10.04pm: Keseluruhan 7 open positions pada pukat, Margin USD484.52, Coordinate Loss USD302.70. Pasaran sedang 'ranging' dengan sesaran sekitar 40 pips.

10.24pm: Released 1 open position at zero-loss. Bilangan open positions keseluruhan terkini dikurangkan kepada 6. (Teknik ini berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai strategi untuk menghad atau mengawal bilangan open positions di dalam keadaan 'laut mati').

12.19am: Langit tidak selalu cerah. Aku tertewas lagi kali ini. Dan buat kali yang keduanya, aku gagal menggapai rahmat yang telah ALLAH sediakan untukku. Malam ini aku hilang tenaga untuk terus 'melayan' pukat. Aku memilih untuk tidak meneruskan 'pertarungan'. Aku memilih untuk rugi, demi untuk tidak 'jeopardized' modalku. Ringkasnya, aku kerugian USD161.50. Pun begitu, aku redha kerana malam ini aku 'belajar' bagaimana untuk merelakan kerugian yang relatif kecil bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. USD161.50 adalah 3.23% daripada modal keseluruhanku hari ini, dan ia adalah lebih kecil daripada nilai ceiling 5% sebagaimana yang ditetapkan di dalam manual pelayaran Ultimate X5.

Aku redha Ya ALLAH, Alhamdulillah!

0 Response to "Belajar.."

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..