Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Terperangkap

Posted by Nelayan Forex On 3/24/2010 03:14:00 AM
Di saat aku menulis ini, jam sudahpun menjengah 3.15am. Aku keseorangan di tengah lautan. Telah hampir 6 jam aku dibuai gelombang sejak meninggalkan jeti selepas waktu Isya' malam tadi.

Dalam kegelapan ini, aku melihat-lihat persekitaran andai kelihatan kapal ataupun bot nelayan berdekatan.

"Ahh.. pasti mereka semua sedang hanyut dibuai mimpi bersama keluarga tersayang." Getus hati kecilku.

Aku sedar aku sedang terperangkap di sini. Segala-galanya kerana sifat tamakku. Sebetulnya aku telahpun diizinkanNya memperolehi tangkapan yang agak baik, USD32.85 menjelang jam 11.00pm malam tadi (Sebahagiannya ku perolehi semasa sesi pelayaran sebelah petang). Namun, memikirkan bahawa tangkapan masih sedikit kurang daripada target harian USD37.50, aku berkeras untuk melabuhkan pukat. Padahal, aku memang menyedari tiada sebarang jangkaan tiupan bayu (News) selepas jam 10.00pm malam tadi. Waktu itu, aku sempat berhubung dengan Bert melalui radas komunikasi. Kebetulan, dia turut berada di tengah laut ketika itu. Kami berhasrat untuk menunggu menjelang tengahmalam kalau-kalau akan ada sesaran ombak laut berlaku.

"Biasanya begitu! Menjelang pukul 12.00 tengahmalam, selalunya perairan New York mampu mencetuskan sesaran ombak." Aku cuba meyakinkan Bert.

"Okay. Kita tunggu sama-sama." Balas Bert.

"InsyaALLAH." Ringkas jawabku.

Pada detik ini, pukatku agak sarat dengan 4 umpan yang telah diragut, dengan dua umpan yang pertama adalah umpan jenis "kembar-siam". Mataku menjeling pada meter Margin di kemudi: USD59.57. Pada koordinat GBP/USD 1.5034, nilai Coordinate Loss adalah USD58.05. Kebimbangan tetap ada kalau-kalau lebih banyak umpan yang akan diragut. Andai itu berlaku, nilai Margin akan bertambah dan begitu juga kemungkinan yang akan terjadi pada nilai Coordinate Loss. Mohon dijauhkan ALLAH. Sememangnya, dalam keadaan laut yang "ranging" sebegini, sukar untuk menaikkan pukat ke geledak. Silap perkiraan, aku mungkin terpaksa melepaskan kembali hasil tangkapan untuk menampung kerugian.

Jam kini telah menghampiri 4.00am. Coordinate Loss: USD70.85 pada GBP/USD 1.5042. Aku makin resah. Seluruh badanku rasa sengal dan sakit-sakit. Mataku juga hampir tertutup rapat kerana terlalu mengantuk.

Inilah bahananya melakukan pelayaran lewat malam. Seringkali, nelayan akan terperangkap dengan keadaan "laut mati". Pada saat sebegini, hanya perairan New York dan Toronto sahaja yang masih aktif. Kesannya, aktiviti bernelayan di kalangan traders relatif kurang berbanding waktu puncak 3.00pm - 11.00pm setiap hari.

Aku mencari-cari di mana silapnya. Sebenarnya, aku seharusnya telah dapat menaikkan pukat jika tidak kerana kekalutanku menambah jarak saiz bukaan pukat tersebut. Rasionalku pada ketika itu adalah kononnya untuk mengelakkan lebih banyak umpan pukat diragut. Ada betulnya. Tapi, kesannya ialah aku memerlukan sesaran ombak laut yang benar-benar kuat untuk mendaratkan pukat. Sekiranya aku "stick to my trading plan", aku seharusnya telah boleh memperolehi hasil tangkapan yang agak baik. Ini dibuktikan dengan pengiraan secara matematik yang ku buat ke atas perbandingan saiz bukaan pukat dan magnitud sesaran ombak laut yang berlaku. Moralnya: konsisten dengan "trading plan", dan jangan panik!

Tapi, bagaimana aku boleh mengetahui magnitud sesaran ombak yang belum berlaku! Itukan rahsia ALLAH! Justeru, pengalaman dan gerak-hati mungkin boleh membantu! Tambahan pula, jika telah diketahui bahawa tiada jangkaan tiupan bayu dan ditambah pula dengan pelayaran selepas tengahmalam, seharusnya logik di atas wajar diterima oleh akal yang rasional.

Tak mengapalah, yang penting jangan terlalu menyesali perkara yang telah terjadi. Apa yang lebih utama ialah memikirkan kaedah atau jalan penyelesaian kepada konflik atau situasi krisis yang berlaku.

Mataku terus memerhatikan laut yang berombak kecil. Ku perhatikan pada setiap awal jam, laut kelihatan sedikit bergelora. Itu yang ku sedari pada jam 2.00am, 3.00am dan 4.00am.

4.00am?? Mataku hampir terbeliak melihat muka jam yang tergantung di kabin. Detik ini jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 4.22am. SubhanALLAH! Kurang 1 jam sahaja lagi, pasaran New York akan tutup. Aduhai, bisa gawat ni! Waktu ini, pasaran Wellington dan Sydney akan mula mengambil tempat, diikuti dengan pasaran Tokyo. Aku harap saling-tindak di antara matawang negara-negara tersebut dengan USD akan mampu menguatkan nilai Dollar. Ya! Aku mengharapkan nilai USD akan meningkat agar pair GBP/USD mampu bergerak ke arah selatan. Pada koordinat 1.5041, aku perlukan sesaran ombak sekurang-kurangnya 40 pips untuk membolehkan pukatku dinaikkan dengan berbaloi!

Sesungguhnya Ya ALLAH, hanya padaMu layak ku memohon dan mengharap. Sebagaimana janjiMu, di sepertiga malam yang akhir ini aku memohon agar Kau memaqbulkan doaku ini, Amin Ya ALLAH.

(PEN-OFF AT 4.32am)

(PEN-ON AT 9.30am)

Alhamdulillah.. ALLAH Maha Berkuasa! Penantianku akhirnya menjadi kenyataan. Tepat jam 7.10am, sesaran ombak sekitar 25-35 pips berlaku ke arah selatan. Meskipun tidak cukup kuat untuk membolehkanku memperolehi tangkapan yang menguntungkan, tapi ia sudah cukup untukku mendaratkan pukat "bermasalah" tersebut. Sebahagian besar daripada keuntungan terdahulu juga terpaksa ku lepaskan semula untuk menampung defisit tersebut. Akhirnya cuma sekitar USD9.00 sahaja keuntungan asalku yang berjaya kupertahankan.

Demikianlah kehidupan bernelayan. Jika tidak berhati-hati, keuntungan lumayan yang diperolehi pada awalnya terpaksa digunakan untuk menampung kerugian terkemudian yang diakibatkan oleh keputusan yang silap.

Apapun, aku redha. Yang penting ialah modal awalku masih kekal, dan masih memperolehi sedikit keuntungan. Pun begitu, aku harus lebih berhati-hati. Tidak berbaloi untuk menghabiskan semalaman di tengah laut, semata-mata untuk "melupuskan" keuntungan yang terlebih dahulu diperolehi!

Aku harus rehat! Aku perlukan tenaga untuk pelayaran yang seterusnya!

Sesi petang nanti terdapat sekurang-kurangnya 9 News berkaitan Euro bermula pukul 4.00pm - 6.00pm (termasuk 1 News High Impact - EUR German Ifo Business Climate). Tiada sebarang News GBP mahupun USD pada sesi tersebut.

Sesi malam pula terdapat 1 News GBP (High Impact - Annual Budget Release, 8.30pm) dan 4 News USD (termasuk 2 News High Impact - Core Durable Goods Order m/m, 8.30pm; dan New Home Sales, 10.00pm).

Tapi sebelum itu, aku harus pulang ke jeti!
(Sambil mengemudi, aku masih sempat mencandat sotong! Alhamdulillah, jumlah nilai hasil tangkapan sudahpun mencecah USD14.05)

(PEN-OFF AT 10.10am)

0 Response to "Terperangkap"

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..