Sesungguhnya rahmat ALLAH berada di mana-mana dan di dalam setiap hela nafas kita makhluknya. Alhamdulillah.
DEDIKASI KHAS: Saudagar Lilin Jepun.
Dua hari yang lepas, hari Khamis, sahabat kami Saudagar Lilin Jepun mengunjungi kami di lubuk biasa. Di antara kami bertiga, kami (Aku dan Bert Ruslan) menganggapnya sebagai Senior Partner. Malah, seringkali kami mengusiknya dengan panggilan Sifu kerana pengalaman luasnya dalam pelayaran Forex. Dia sangat suka berkelana serata daerah, mendalami pengajian dengan Tok-tok Guru Forex berbagai kaedah dan strategi berkaitan. Malahan, dalam tempoh sekitar 4 tahun sejak mula-mula mengenali bidang ini, dia telahpun berguru dengan sekurang-kurangnya 6 orang Tok Guru. Justeru, dalam kisah Laut Forex ini, kami menganggapnya sebagai pedagang, berbanding kami berdua sekadar nelayan.
Secara peribadi, aku sendiri telah lebih 10 tahun mengenali Saudagar Lilin. Alhamdulillah, tempoh itu sudah cukup untuk menjadikan kami saling memahami hati budi masing-masing. Latar-belakangnya dalam bidang agama cukup banyak membantuku membentuk diriku hari ini. Aku masih ingat sewaktu aku diizinkanNya menjadi tetamu rumahNya, Saudagar Lilin dan Bert Ruslan adalah antara sahabat yang menghantarku di hujung terminal di "Bandara Sepang". Padahal, aku sememangnya cuba mengelak sedari awal untuk mewar-warkan kepergianku. Niatku, sekadar memohon doa restu dan kemaafan teman-teman agar sedikit-sebanyak mampu meringankan beban di bahu kiriku sebelum sujud menghadapNya di rumahNya kelak. Masih jelas di ingatanku, keikhlasannya memakaikan pada tubuhku kain ihram buat pertama kalinya dalam hidupku pada detik itu. Malah, apabila aku dimuliakan dengan izinNya merasai nikmat hebat di Tanah Suci (maaf, tidak wajar aku menyatakan ia di ruang ini. Biarkan ia sebagai rahsia antara kami), dia dengan rela 'membimbingku' dari tanahair dengan penuh keikhlasan. Terima kasih sahabatku! Terima kasih sahabat-sahabatku!
Justeru, kami bertiga memang sangat rapat. Cuma, sejak lebih dua minggu yang lalu, Saudagar Lilin menyepikan dirinya dari kami. Malahan, text-text SMS yang dihantar akan dijawab sangat ringkas sekali. Itupun selepas berkali-kali dihantar. Dia bukan begitu! Sehinggalah, dari kejauhan, bayu laut menyampaikan kisah sedih kekejaman laut Forex yang tidak mengenal pedagang mahupun nelayan. Hakikatnya, dalam tempoh yang sama, aku dan Bert juga turut mengalami kisah sedih yang mengharukan. Maka, tempoh dua minggu tersebut benar-benar menduga kecekalan kami dalam bidang ini.
Sehinggalah bila tiba-tiba Saudagar Lilin muncul tengahari Khamis yang lalu, barulah kami memahami 'misteri kehilangan'nya. Rupa-rupanya, tempoh tersebut dihabiskannya menjejak Tok Guru kami bagi mengadu perihal yang dilalui.
"Cuti sabatikal". "Sambung bertapa". Demikian ujarnya sambil tersenyum bila kami bertanya. Ringkas, tapi cukup bermakna.
Maka, tengahari itu, kepala kami berdua memang 'berasap' bila Saudagar Lilin menyampaikan 'kuliah'nya.
"Sahabat-sahabatku, aku perkenalkan pada kalian kaedah tahap 'advanced' yang akan kita gunakan dalam pelayaran.. Sonar V1.5032!".
Senyumannya makin lebar bila melihat mulut kami berdua yang makin luas ternganga kekaguman.
Sememangnya, teknologi sistem sonar tersebut wajar mampu memberi kesan yang sangat positif kepada ketepatan dan keberkesanan hamparan pukat yang diturunkan bagi meningkatkan hasil tangkapan di samping menambah-nilai di segi kekuatan keanjalannya menghadapi sesaran ombak laut dan hempasan badai, InsyaALLAH.
Untuk rekod, kaedah tersebut telah diuji secara trial-run pada Khamis & Jumaat lalu & telah memberikan hasil tangkapan yang memuaskan:
Khamis - Bert Ruslan (gabungan Kaedah Sonar V1.5302 + Duyung) => USD80.00
Jumaat - Aku & Girl (gabungan Kaedah Sonar V1.5302 + Pukat) => USD54.45
Demikian, rahmat ALLAH buat kami, yang lahir dari cetusan keikhlasan sejati sebuah ikatan silatulrahim. Alhamdulillah.
Semoga hari-hari yang mendatang akan memancarkan sinar kejayaan dan kebahagiaan buat kami, Amin Ya Rabb!
Semoga ALLAH swt merahmatimu, Tok Guru.
Semoga ALLAH swt merahmatimu, Saudagar Lilin.
Semoga ALLAH swt merahmati kita semua.
Amin, Ya Rabbal Alamin.

0 Response to "Keikhlasan Hati Budi.. Sonar V1.5032"
Post a Comment