Jam dinding menunjukkan pukul 5.47pm. Hari ini Isnin, permulaan minggu kedua Mac. Aku bercuti hari ini.. sebetulnya MC. Demamku kembali semula petang semalam. Doktor nasihat berehat supaya aku hanya ke pejabat selepas betul-betul sihat. Ok, no argument! Maka, saat ni aku sedang berehat.
Di kaca TV, aku lihat rancangan Oprah sedang ke udara. Tajuk siri hari ini.. The Mother Warrior. Fikiranku terlayang mengenangkan Emak di kampung. Sesekali aku tersenyum mengiyakan suara hati. Ya, Emak is always my Warrior!
Seorang ibu adalah wanita. Wanita memang hebat. Mereka cekal dalam kelembutan. Gigih. Mereka adalah makhluk ALLAH yang sangat istimewa. Maha Pencipta tahu ciptaanNya yang bernama Lelaki perlukan pendamping. Kerana itulah Hawa hadir buat Adam. Ia melengkapkan motif kewujudan manusia di bumi ini. Mengimarahkan alam ini dengan seramai umat yang mungkin, untuk akhirnya menegakkan syiar Islam selaku Khalifah lantikan ALLAH.
Kenapa aku tiba-tiba menulis begini? Mengapa, tak bolehkah seorang trader menghayati hakikat kewujudannya? Sebetulnya, trading ini secara langsung berurusan terus dgnNya. Guruku pernah berkata begitu. Aku setuju. Trading membuatku rasa sgt kerdil di sisiNya. Semuanya "in cash" - untung atau rugi. Aku jadi sgt pasrah dgn ketentuanNya.
Malah, trading mengajarku disiplin, bersikap tertib, analitikal, sabar dan redha. Aku belajar erti kegigihan! Aku merasakan hidupku tak ubah seperti seorang nelayan di laut lepas. Berserah segalanya kepadaNya. Dan memahami betapa kaya rahmat dan hidayah ALLAH kepadaku!
Alhamdulillah. Pandulah aku Ya ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Kerdil"
Post a Comment