Kesihatan itu penting. Kalau tak sihat, nak beribadat pun susah, nak berkeluarga pun susah, nak bekerja pun susah.. dan nak ke 'laut' lagi lah susah! Bila umur dah nak mula masuk liga 40an ni, memang macam-macam penyakit singgah. Sesetengahnya, memang disebabkan usia yang meningkat, sesetengahnya pula kerana kecenderungan lifestyle zaman sekarang yang serba-serbi express dan instant!
..
Semalam aku ke sebuah pusat rawatan alternatif di Ampang, pekena Terapi Ozon sat!! First time cuba, mertua aku yang recommend. Setakat ni, memang aku tak boleh nak kata apa melainkan syukur Alhamdulillah ke hadrat yang Maha Kuasa. Memang power EBOO SAFE (Extracorporeal Blood Oxygenation & Ozonation/ Simple Access Fluid Extraction) ni.. Dalam tak sampai 24 jam, aku dah dapat rasa kesannya. Masalah kolesterol tinggi dan sakit kepala aku yang agak kronik diatasi sepantas sebaik protokol berakhir, Alhamdulillah.
..
Terapi Ozon Perubatan adalah merupakan suatu Sistem Rawatan Darah. Secara teknikalnya, melalui sistem ini, Ozon Perubatan digunakan ke atas tubuh manusia dengan cara RHP (Recirculartory Haemoperfusion), iaitu suatu teknik untuk merawat keseluruhan aliran darah manusia dengan Protokol Ozon yang khusus. Ozon Perubatan adalah sumber penyembuhan apabila digunakan ke atas tubuh manusia di mana ia akan memusnahkan patogen, membersihkan aliran darah, dan seterusnya membersihkan saluran darah, jantung, buah pinggang, hati dan keseluruhan organ-organ di dalam tubuh manusia.
..
Terapi Ozon juga telah dikenalpasti sebagai salah satu terapi yang paling selamat dan bebas dari kesan sampingan. Ianya telah dibuktikan oleh 'German Medical Society' melalui kajian mereka yang telah dibuat pada tahun 1980. Ia merupakan sesuatu yang agak baru di negara kita Malaysia & di rantau Asia Tenggara. Namun, ia telah diamalkan dengan begitu meluas di negara-negara Eropah, terutamanya di Germany sejak 1959.
..
Secara umum, ozon mampu mencegah & merawat secara efektif pelbagai jenis penyakit utama seperti koronori (masalah salur darah pada jantung tersumbat), tekanan darah tinggi, strok, migrain, diabetic, tahap kolesterol tinggi, masalah buah pinggang, masalah hati, alergi, masalah kulit, resdung dan insomnia (sekadar menyebut beberapa nama). Ia juga berkeupayaan untuk memberikan lebih vitaliti & tenaga, selain meningkatkan kepekaan.
..
Alhamdulillah.. kita sekadar berusaha, Dia yang mengizinkan segalanya.
Alhamdulillah.. kita sekadar berusaha, Dia yang mengizinkan segalanya.
Wallahu A'lam.
Terbaek brooo..! Aku rasa nak try gak la nak bagi ilang sakit dada aku ni.. isap okok banyak sangat! Tadi tertengok berita kat tv pasal terapi ozon ni.. terus aku buat research kat intenet.. memang macam best je.. alamat penuh pusat rawatan tu boleh bagi tak bro? tq