Akhir Disember lalu, hampir selama setengah bulan kalendar hari-hari terakhir 2010 aku pen-off. Bukan sengaja aku nak "ponteng" posting, tapi aku pergi "bertapa" ke 'Mont Horses'. Bayangkan dari 'laut' ke 'gunung'. He.. He.. di mana pulak tu ye..? Mmmm.. bila dah betul-betul 'master' nanti aku 'story'. Sekarang kalau nak 'story' pun, buat gelak kengkawan je.. Ringkasnya, aku dah habiskan setahun 2010 untuk mencari, menggali, menggeledah dan pendek kata segala bentuk usaha pencarian untuk aku lebih mengenali fitrah kehidupan lautan Forex. Alhamdulillah.. sebaik tahun 2010 melabuh tirai, insyaALLAH apa yang selama ini ku cari dah pun berada di depan mata. Alhamdulillah!
Moral of the story: Batu yang terus bergolek tak kan mengumpul lumut! Jadinya, kalau nak diabadikan seluruh usia kita di bumi ALLAH ni untuk mencari so-called "the holy grail of forex", memang tak kan berjumpa! Ia milik ALLAH! Rasulullah saw ajar kita supaya tekun dan istiqamah setiap masa dalam apa sahaja perkara baik yang kita lakukan. Makanya, dah tiba masanya tahun 2011 ni harus dijadikan wadah pemula kepada usaha bertekun dan beristiqamah dalam strategi, kaedah, teknik dan taktik dalam dunia pelayaran lautan Forex yang telah diizinkanNya 'singgah' di minda dan benak kita! Marilah kita semua sama-sama mulakan langkah "buat duit" daripada asyik terkejar-kejar akan kaedah "mutlak" yang masih tidak ketahuan di luar sana.. Pendapatan USD1000.00 sehari asalnya tetap harus melangkah angka USD1.00 sebelum mencecah destinasi impian tersebut!
InsyaALLAH, tiada yang mustahil dengan izinNya..
0 Response to "Tekun & Istiqamah"
Post a Comment