Sekitar dua minggu lepas, seorang sahabat lama menelefonku. Lama tak dengar berita darinya. Kami pernah suatu ketika dulu bekerjasama menjalankan projek usaha niaga di negara seberang mewakili majikan masing-masing.
Sahabat aku ini baik orangnya, walaupun kadang-kala perangainya nampak 'gila-gila'. Dia seorang yang punyai perwatakan menarik, ada kemahuan dan impian besar untuk maju dan berjaya. Walaupun berjawatan penting di organisasinya, namun aku perasan dia sentiasa sahaja ada ikhtiar untuk berdikari dan dalam bahasa mudahnya, 'tak tahu duduk diam'. Suatu ketika, pernah juga aku bertanyakannya, mengapa perlu mengejar impian baru tatkala mimpi yang dilalui saat ini sudah mampu menjamin ketenangan sebelum kita semua dibangkitkan dari "tidur" (hidup) yang singkat ini.
Aku tak mahu terbangun dari "tidur" dalam saat tiada impian, walaupun mimpi indah sedang berkumandang, ringkas balasnya tapi penuh berfalsafah.
Mmmm.. mimpi sekadar punyai magnitud; tapi impian punyai magnitud dan arah. Impian, dalam bahasa fizik, adalah suatu 'vektor'! Mimpi sering mengkhayalkan. Tapi impian selaku vektor, mampu menggerakkan diri mencapai tujuan! Demikian logikal fikirku.
Ada visi dan misi, akhirnya itu kesimpulanku. Hidup yang sentiasa penuh dengan impian akan sentiasa terpandu untuk kehadapan. Mimpi sementara yang berkumandang cenderung menzahirkan "complacency" dalam diri. Justeru, biarlah kita melaluinya, bukan menokhtahinya.
Ada apa? Tanyaku ringkas sambil benak fikir tertanya-tanya tujuan panggilannya. Lantas dia menerangkan sambil aku cuba memahami. Mmmm.. usaha niaga lagi, aku tersenyum. Gigih benar sahabatku ini.
Entah mengapa, tidak seperti sebelum ini, aku tidak seghairah dulu bila berbicara tentang bisnes. Aku dapat merasakan yang dia menyedarinya. Mungkin untuk tidak menimbulkan salah faham padanya, aku lantas berterus-terang bahawa fokusku kini lebih terarah kepada forex trading. Bagiku kini, terlalu sukar untuk aku menyanggahi fakta tersebut.
Bro, masa aku buat bisnes dulu, tiap bulan aku terpaksa fikir fasal gaji staf, EPF, Socso, sewa premis, lesen niaga, lesen PBT, marketing, PR, promosi, P&L, competitors, dan berbagai-bagai lagi karenah asas dalam perniagaan konvensional. Tapi dalam forex trading, aku hanya perlu sensitif tentang kombinasi imbangan Money Management, keperluan 'spread', currencies index yang terkait langsung dengan market trend dan sedikit-sebanyak asas dalam menzahirkan transaksi trading. Memanglah perlu juga ada keperluan P&L, trading planning, financial planning dan aspek-aspek strategi, kaedah, teknik dan taktik dalam niaga forex. Itu kan asas dalam apa sahaja bentuk perniagaan. Ringkasnya, aku perlu anggap forex trading pun sebuah bentuk perniagaan. Yang indahnya, aku sekadar perlu berada di persekitaran WiFi dan tanpa perlu melalui domino "rat-race" sepertimana dunia niaga dan korporat konvensional. Namun hasil pendapatannya, Alhamdulillah... lumayan sekali Pakkk!! Panjang lebar hujahku.
Sahabatku tadi mulai tertarik dengan ceriteraku, setidak-tidaknya itu yang dapat kurasakan. Dia pernah dengar tentang forex, pernah juga diajak untuk melabur sejumlah wang oleh rakan untuk tujuan niaga forex, yang kemudiannya akan diberikan pulangan keuntungan secara berkala. Aku lantas menerangkan, itu "forex investing", bukan "forex trading". Ada beza yang ketara membenarkan dana milik kita diniagakan oleh pihak ketiga berbanding menjalankan transaksi jual-beli secara sendiri. Itu lebih selamat. Setidak-tidaknya, kita sendiri bertanggungjawab soal untung rugi transaksi tersebut tanpa melibatkan faktor pihak ketiga. Kadang-kadang, soal duit adik-beradik pun boleh bercakaran. Forex menjanjikan high gain, tapi turut juga 'berkembar siam' dengan high risk!
Berapa lama aku boleh belajar untuk pandai trade? Aduhaiii... susahnya nak jawab soalan yang diajukannya kepadaku. Aku sendiri dah kenal dunia forex hampir 5 tahun lalu, dan sejak setahun yang lepas dah boleh dianggap trading secara "full-time" (jangan keliru, bukan pula bermaksud full-time trader!). Apa yang boleh ku katakan, cabaran utama ialah 'consistency' dalam perolehan dan disiplin mengawal Money Management. Namun ini semua soal rezeki. Dia yang mengaturkannya untuk kita. Tanggungjawab kita adalah berikhtiar dan berusaha. Seterusnya, doa dan tawakal lantas 'bungkus semuanya serah ke atas' untuk memohon redhaNya!
Okeylah, aku tak bermaksud untuk memanjangkan lagi kisah antara aku dan sahabatku tadi di ruangan 'awam' ini. Biarlah selebihnya antara kami berdua.
Cuma, aku terpanggil untuk mewujudkan ruangan "Forex 101" secara berkala dalam paparan Traderlog ini dari sudut pandangan dan pengalamanku yang serba kurang ini. Masih lagi ku ingat betapa hari-hari pertamaku begitu sukar untuk memahami secara tuntas dunia forex ini. Walau begitu banyak maklumat tentangnya, namun hakikat terlalu luas dimensinya menyebabkan rookie sepertiku sering terkeliru dan "overflow" dengan maklumat yang sebenarnya tidak relevan! Seumpamanya, kisah 7 orang buta menerangkan rupa tubuh seekor gajah! Sementelah, para pemain "pro" dalam dunia forex ini pula sering menumpukan kepada teknik-teknik yang terlalu canggih lantaran andaian para rookie boleh bertatih sendiri mencari arah denai pantai sebelum tiba di jeti untuk mengangkat sauh. Realitinya, begitu ramai para rookie yang kecundang bertali-arus dalam perjalanan itu sebelum sempat kaki dibasahi ombak sulung di gigi pantai. Seumpama, banyaknya anak-anak penyu yang tertewas sewaktu berjuang merangkak ke gigi air sebaik menetas lantaran disambar pemangsa yang rakus menanti. Mr Market!
Sesungguhnya, mohon maaf kepada para Sifu, bukan niatku untuk menunjuk-pandai. Sekadar tujuan utama ulangkaji secara kendiri untuk diriku sendiri. Mohon jasabaik membetulkan apa yang tidak betul dalam karangan tulisanku kelak. Andai ada tulisanku yang boleh dimanfaatkan oleh para pengunjung Traderlog ini, semoga sedikit-sebanyak mampu menjadi bekal kepada menerangi alam barzakhku nanti sebagai sebahagian perkongsian sedekah ilmu yang bermanfaat, Amin Ya ALLAH.
Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)
Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" (Ahmad)
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)
Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda "makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang." (AlBukhori dan Muslim)
Wallahu A'lam.

0 Response to "Forex 101: Mukaddimah - Antara Mimpi dan Impian"
Post a Comment