1. Impressive!! Hanya itu yang termampu ku nyatakan di sini. Sesaran laut melebihi 250 pips ke arah bearish bagi GBP/USD (Koordinat 1.4536 sehingga melebihi koordinat 1.4265; melibatkan sesaran berterusan dari Khatulistiwa sehingga menembusi latitud S3). Segalanya berlaku dalam tempoh masa yang relatif sangat pantas, lebih-kurang 2 jam (berdasarkan rekod graf yang dirujuk pada platform). Sayangnya, aku hanya menyedarinya apabila aku tiba di pejabat sekitar pukul 11.00 pagi Isnin tadi. Apa yang berlaku? Pasti ada sesuatu isu yang menggegar menyebabkan pasaran bereaksi 'sehebat' itu. Bertuahlah bagi traders yang berkesempatan turun bernelayan ketika itu. Isu krisis kewangan Greece yang masih belum selesai apabila ada rumours yang menyatakan kemungkinan France menarik diri dari kumpulan penyumbang bantuan? Atau mungkin juga gangguan penggunaan ruang udara dan penerbangan di London akibat debu susulan letusan terbaru gunung berapi di Iceland? Aku harus segera mencari puncanya! Ada sesuatu yang wajar dipelajari dan diambil pelajaran daripadanya.
2. Pagi Isnin juga aku sibuk di limbungan. Tiada masalah dengan Ultimate X5. Malah seharian ini aku tidak turun ke laut memandangkan kesibukan yang pelbagai. Sebetulnya, sepagi itu aku dan Girl menaiktaraf bot nelayannya. Kini ia dikenali sebagai Ultimate X2! Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihannya, dipayungi restu Yang Maha Kuasa, hari ini Girl telahpun memiliki bot fiber nelayan yang mempunyai kuasa kuda melebihi 2000cc. Sebagai suami, pastinya aku sangat berbangga, namun ku pulangkan pujian itu kepada ALLAH SWT kerana segalanya adalah dengan izinNya jua.
3. Tengahari tadi, aku sempat menghantar Bert ke terminal di KLIA untuk penerbangan terus ke Madinah. Alhamdulillah! Tercapai juga hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Pakej 14 hari/12 malam oleh Andalusia Travel jadi pilihan. Memang secara peribadi, aku juga berpuashati dengan perkhidmatan professional yang sentiasa diberikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan umrah & haji swasta kelolaan Dato' Ustaz Ngah Daud itu. Malahan, hari ini pada 2 tahun yang lepas - 2008 - aku dan Emak sedang berada di Tanah Suci menunaikan ibadah umrah buat kali pertamanya dalam hidup kami. Alhamdulillah. (Astaghfirullah, bukan pula bertujuan untuk bersikap 'ujub, namun sekadar mencoret untuk mengingatkan diri agar sentiasa mensyukuri anugerah dan peluang yang ALLAH berikan selama hidup ini, Alhamdulillah!).
0 Response to "Snippet II"
Post a Comment