Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Mercedes VS Brabus.. Terima Kasih, Cikgu..

Posted by Nelayan Forex On 5/22/2010 02:38:00 PM
Aku mengelamun jauh. Entah mengapa aku terfikirkan lagi tentang tajuk di atas. Sebetulnya telah agak lama aku ingin memaparkan pandanganku tentang perkara itu. Mercedes VS Brabus. Ia sebuah metafora, sebenarnya.

Baiklah, ceriteranya begini! Semua orang mengkagumi kereta Mercedes. Ia lambang kemewahan & prestasi kejuruteraan automotif yang unggul. Hanya yang mampu dan bertuah dapat memiliki & memandunya. Namun, masih ada di kalangan pencinta Mercedes yg menginginkan versi Mercedes yang lebih berkuasa & 'configured'. Maka, lahirlah Brabus. Ia adalah versi Mercedes yang dinaiktaraf ataupun dipanggil 'tune-up version'. Pastilah ia jauh lebih berprestasi, bersifat eksklusif & bercirikan 'customization'. Ia memenuhi & melengkapkan ciri-ciri spesifik 'kekurangan' Mercedes yang asal. Menariknya, ia dibina berasaskan chasis asal Mercedes, namun peningkatan prestasi yang ketara menjadikannya sebuah 'jenama baru' yang unggul.

Ironinya, Mercedes tidak pula 'dinafikan' kehebatannya! Ia masih kekal sebagai jenama mewah yang dihubungkaitkan dengan prestasi unggul. Pada sisi yang lain pula, Brabus juga menemui keunggulan reputasi yang dicari-cari. Kedua-duanya tetap 'hidup' dan memiliki 'cengkaman' pasaran yang tersendiri.

Justeru, mengapa perlunya Brabus? Apakah Mercedes tidak cukup gah? Hematku, Brabus relevan kerana ada kelompok peminat Mercedes yang walaupun mengkagumi jenama itu, namun masih memerlukan 'tuning-up' dalam beberapa ciri kritikal & gagal menemuinya dalam 'signature version' asal yang 'original', iaitu Mercedes. Maka, pengubahsuaian yang ketara perlu dilakukan tanpa perlu menafikan kemantapan teknologi asal Mercedes. Pengubahsuaian yang dilakukan itu pula dilihat signifikan pada skala teknologi menyebabkan tuntutan kepada kemunculan sebuah 'jenama' baru, kerana ia bukan setakat peningkatan model. Justeru, lahirlah Brabus!

Pun begitu, Mercedes tetap unggul. Ini kerana jenama itu tidak ada 'kurangnya', malahan masih mampu memenuhi aspirasi majoriti golongan peminat kenderaan mewah & berprestasi tinggi.

Mmmm.... demikian kisahnya. Lantas apa perkaitannya dengan dunia nelayan kita? Jawapannya ialah 'peningkatan teknologi'. Sebagai traders, setiap dari kita InsyaALLAH telahpun memiliki 'teknologi' tersendiri untuk berhadapan dengan cabaran dunia lautan Forex. Kebanyakan daripada kita sebelum ini telahpun 'melabur' sejumlah wang, masa & tenaga yang banyak untuk mendapatkan 'teknologi' bernelayan. Alhamdulillah, jika dilakukan 'searching' pada enjin carian Google etc, pasti kita akan menemui beratus-ratus kaedah dan teknik yang ditawarkan untuk 'perkongsian teknologi'. Ada yang percuma, dan tak kurang juga yang harga 'yurannya' mencecah ribuan Ringgit.

Timbalah ilmu sebanyak mungkin! Kerana ia termasuk di dalam usaha murni yang memungkinkan kita layak menerima 'habuan' rezeki ALLAH kemudiannya nanti.

Umumnya, semua kaedah dan teknik yang ditawarkan adalah baik. Setidak-tidaknya, ia 'berhasil' buat mereka yang merintisnya. Walau tidak semua, pada hematku, 'guru-guru' Forex tersebut secara umumnya wajar dihormati 'kepakaran' mereka dalam bernelayan. Tidak semestinya jika kita tidak memperolehi 'hasil tangkapan' yang baik, maka kaedah yang dipelajari itu tidak bagus! Hakikatnya, ia mungkin tidak serasi dengan kita. Kerana, pada pendapatku yang masih mentah & hijau ini, kita harus 'sekufu' dengan ilmu tersebut. Ilmu juga ada maharnya. Bagiku, untuk konsisten di dalam memperolehi hasil yang memuaskan, teknik & kaedah yang baik hanyalah 50% daripada prasyarat. Elemen seperti psikologi, kebijaksanaan, ketenangan diri & kematangan membuat keputusan adalah sangat penting. Jikapun kita ada senjata nuklear, tapi tidak matang & waras dalam membuat keputusan, akhirnya seluruh dunia akan binasa tanpa sesiapapun memperolehi manfaat. Namun, kebijaksanaan & kematangan Rasulullah dalam perjuangan; kemenangan sentiasa dalam genggaman Baginda walaupun sekadar pedang & busur menentang ribuan musuh di medan jihad.

Justeru, jika hari ini kita telahpun memiliki teknologi 'Mercedes' namun masih belum konsisten 'berhasil', jangan disalahkan Guru-guru kita. Ilmu yang diajar hanyalah asas, namun akhirnya di dewan peperiksaan kelak, kita yang menjadi penterjemah kefahaman kendiri melalui keputusan ujian. Tidak semua ilmu asas 'serasi' dengan kita, maka berkemungkinan kita harus terlebih dahulu menyesuaikan diri untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya. Oleh itu, pertimbangkanlah untuk cuba 'membina' model Brabus kita sendiri berasaskan teknologi Mercedes yang diperturunkan. Mari kita sama-sama berusaha & berdoa, agar ALLAH sentiasa memberikan ilham. Kerana sesungguhnya, tanpa izin & rahmatNya, tiada upaya dan daya kita untuk mengusaha & menikmati apapun. ALLAHu Akhbar!

Akhir tinta, meski agak sedikit terlewat, Selamat Hari Guru buat semua guru & sifu yang telah sudi membimbingku dalam mengharungi dunia nelayan Forex. Guruku, budi & jasamu ku kenang dunia & akhirat, InsyaALLAH.

Alhamdulillah, Ya Rabb.
Terima kasih, Cikgu!

0 Response to "Mercedes VS Brabus.. Terima Kasih, Cikgu.."

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..