Memang aku akui. Akhir-akhir ini aku jarang-jarang berpeluang bertamu di dada hamparan Traderlog ini. Hakikatnya aku merasa agak kecewa dengan perkembangan tradingku kebelakangan ini.
Sememangnya, aktiviti nelayanku sangat membosankan. Bukan salah laut. Bukan juga salah bayu dan hempasan badai. Aku tetiba kurang bersemangat dengannya. Naluriku seakan terganggu. Keghairahanku hampir-hampir sahaja padam.
Aku sedar mengapa begitu. Aku tahu sebabnya. Biarlah. Biarkan ia jadi rahsiaku. Sesungguhnya, sebagai insan kita tidak lepas dari ujian dan dugaanNya. Ia datang sebagai package dalam keseluruhan susur-galur hikayat kehidupan kita. Justeru, kita wajar redha dan pasrah dengan segala ketentuanNya.
Apapun, segalanya sudah selesai. Alhamdulillah. Rahmat dan redha ALLAH adalah pengubatnya. Aku yakin langkahan kami sekeluarga selepas dari ini akan lebih membahagiakan. InsyaALLAH.
Laut. Aku kembali kini. Semoga kita saling memahami dan memberi erti.
Izinkan aku Ya Rabbul Jalil..
0 Response to "Biarlah Rahsia...."
Post a Comment