SubhanALLAH, telah dua minggu rupanya berlalu sejak kali terakhir aku menulis di dada Traderlog ini. Cepat benar masa berlari. Sementelah, tak sampai dua bulan setengah lagi, tahun baru 2011 akan menjelma.
Mmmm.. di mana kita hari ini? Apakah setahun yang hampir berlalu ini telah memberikan erti dan nilai yang lebih baik kepada kita berbanding usia tahun-tahun sebelumnya? Soalan demi soalan berlegar di benak fikirku.
Tentang Forex. Setelah hampir setahun bergiat aktif dengan aktiviti 'bernelayan', aku tersenyum pahit mengenangkannya. Pencarian demi pencarian, semakin hari semakin jauh ke lubuk rahsianya. Hakikatnya, 'kunci rahsia' itu masih belum ku temui. Malahan, setiap hari, semakin banyak 'mangga kunci' yang ku temui. Astaghfirullah.. bukan pula aku mengeluh mempertikaikan ketentuanMu, Ya Rabb. Sekadar cuma aku bermuhasabah menilai perkembangan diri dalam bidang yang semakin hari semakin 'kucintai' ini. Sesungguhnya, petunjuk demi petunjuk yang Kau hamparkan pasti sahaja memberikanku sejuta pengharapan dan kekuatan untuk terus gigih bertatih.
Banyak yang ingin ku tulis. Namun, ruang masa yang semakin terhad memaksaku meneruskan pencarian yang semakin bermakna ini. Biarlah masa yang menentukan. InsyaALLAH, bila detik itu tiba, kisah dan ceriteranya pasti berbeza.
Semoga sinar cahaya redhaMu terus menerangi perjuangan kami, Ya ALLAH.
Amin Ya Rabbal Alamin.
0 Response to "Kunci Rahsia"
Post a Comment