Genap sejam dari waktu aku menulis ini, tanggal 10 Oktober 2010 akan menghadirkan dirinya ke dalam kalendar Masihi dunia.
Entah kenapa, tarikh itu begitu ku nantikan. Tiada yang istimewa sebenarnya, sekadar mungkin kerana angka 10.10.10 itu ku lihat sangat "catchy". Bagiku, secara peribadi, ia berpotensi untuk dijadikan titik permulaan 'kesempenaan' untuk mencapai resolusi terkiniku.
Resolusi? Bukankah lebih baik menunggu tahun baru yang tidak sampai 3 bulan lagi akan bermula? Mmmm.. tahun baru muncul setiap tahun, namun 10.10.10 mungkin hanya muncul sekali dalam sejarah hayatku (mengambil fitrah usia Rasulullah saw 63 tahun!).
OK! Makanya, resolusi itu harus benar-benar "gedang" dan hebat!
InsyaALLAH.. malahan, aku meletakkan "limit-order" buat diri sendiri agar Fasa I yang merujuk kepada 'tapak asas & cerucuknya' ku siapkan selengkapnya selewat-lewatnya menjelang 12.00 tengahmalam terakhir 2010 ini. Dan selepas itu, semoga ALLAH terus memberikan kekuatan untukku menerus & melestarikan fasa-fasa yang seterusnya. Amin Ya ALLAH!
Details? Hematku, tak perlu lah dipaparkan di sini. Memadai dikongsi bersama insan-insan tersayang..
Selamat Datang 10.10.10.. Selamat Datang Cita-citaku!!
Pohon dimakbulkan olehMu, Ya ALLAH!
Amin Ya Rabbal Alamin.
0 Response to "10.10.10"
Post a Comment