"Kita perlukannya Bro.. Paling tidak satu pip!" Demikian ujarku kepada Bert.
..
Masih terngiang-ngiang di telingaku perbincangan dengan Bert di tepi gerai tasik Serdang selepas solat Jumaat tadi. Perbincangan yang mulanya santai bertukar menjadi lebih serius. Mujurlah, suasana hangat gerai yang bumbungnya dipanah sinar mentari sebelumnya, bertukar dingin lantaran hujan yang semakin lebat.
..
Bukan rahsia lagi. Bert sudahpun tendered resignation letter bulan lepas. Ertinya, hujung November ini adalah hari terakhir tugasannya di pejabat. Kali ini aku memang tidak mampu menahan. Hakikatnya tekanan kerja yang semakin memuncak sememangnya sudah tidak lagi sesuai buat "belia" seusia kami yang semakin hari semakin rapuh kepada serangan sindrom-sindrom penyakit moden. Tambahan pula masing-masing memasang impian tinggi untuk menjadikan "laut" sebagai sumber rezeki yang lebih baik.
..
Pun begitu, aku cuba memberikan suatu perspektif luar-jangka kepadanya. Bukan rahsia juga bahawa 90% trader di luar sana gagal. Dan hanya separuh daripada baki 10% yang tinggal adalah trader yang benar-benar mampu menguasai pencak silat Mr Market. Fakta ini bukan lagi omongan kosong, malah hampir semua traders mengetahuinya sejak hari pertama mengenali "lautan forex". Ironinya, hampir kesemuanya juga yang menjadi penyumbang statistik fakta tersebut, setidak-tidaknya di awal-awal pembabitan, termasuklah aku!
..
Sudahkah kita berada di kelompok 5% terbaik itu? Atau paling tidak, kelompok 5% di bawahnya yang "lebih banyak trade untung berbanding rugi". Mmmm.. tepuk dada, tanya hati, dan lihat trading history..
..
Bukan aku bersikap pesimis, terangku kepada Bert lagi. Tapi, kita harus betul-betul bersedia dalam erti kata yang sebenarnya. Tempoh sebulan yang ada wajar digunakan secara intensif untuk "mencari" dan memantapkan kaedah dan strategi pelayaran yang disandarkan.
..
Strategi dan kaedah yang "terbaik"? Ya.
..
"Paling tidak Bro, strategi dan kaedah yang apabila entry dibuat, struktur set-up positions yang dicaturkan akan memberikan confirm minimum profit 1 pip secara automatik apabila ditutup!" Bisikku kepada Bert antara dengar dan tidak..
..
Kalau confirm 1 pip profit setiap kali entry, maka..
1 pip => USD0.10?
1 pip => USD1.00?
1 pip => USD10.00?
1 pip => USD100.00?
1 pip => USD1000.00?
..
Maafkan aku Sahabat, aku sekadar raising the bar buat kita berdua..
Wallahu A'lam.
0 Response to "Raising The Bar.."
Post a Comment