Hari ini cuti umum sempena sambutan Deepavali bagi masyarakat berketurunan India. Seharian juga aku sekadar berehat bersama keluarga.
.
Saat ini baru sahaja selesai NFP. Sekitar 10.30pm.
.Alhamdulillah, nampaknya "skill" masih belum berkarat! Walau agak lama tidak berkesempatan turun ke laut jauh, diizinkanNya juga memperolehi rezeki hari ini. Memang sejak akhir-akhir ini, jadual aktiviti harianku dipenuhi dengan acara-acara di pejabat serta urusan perpindahan kediaman keluarga.
.Pun begitu, meski tidak berkesempatan turun jauh ke tengah laut, sesekali sempat juga aku menebar jala & menahan bubu di pinggiran. Kebanyakan masa juga ku habiskan dengan menelaah koleksi buku-buku terbaru berkaitan Forex yang ku beli. Sedikit-sebanyak, dapat juga memperkukuh dan memperbetul kefahaman berkenaannya. Selain "learn" perkara baru, aku juga berkesempatan "re-learn" perkara yang sedia diketahui, di samping "un-learn" perkara-perkara yang selama ini membentuk salah tanggapan terutama konsep dan aspek teknikal dalam dunia Forex. Mmmm.. teringat aku tentang Peter Drucker yang memperkenalkan istilah-istilah tersebut dalam dunia kajian pendidikan dan pembelajaran.
.
Alhamdulillah..
.
Akhir kata, kepada teman-teman berketurunan India - Happy Deepavali!
0 Response to "Learn, Re-learn and Un-learn"
Post a Comment