Namun, tak mudah untukku terus fokus berfikir. Dukacita yang menyesak dada tak dapat ku pinggirkan. Aku terkesan benar dengan apa yang terjadi sebentar tadi di pejabat. Ya, urusan pejabat. Namun, tak kira urusan pejabat mahupun peribadi, restu insan yang berhak dan redha ALLAH tetap harus dipegang di jati diri. Terkilan benar, apabila kemahsyuran duniawi lebih diangkat berbanding kesucian di sisiNya. Ramai yang sanggup menipu akal budi dengan keegoan dan "hujah-hujah benang basah" semata-mata untuk dilihat "benar" dan "betul". Ya ALLAH, mengapa begitu terdesak hingga sanggup menghalalkan kebatilan dan membenci kebenaran. Mengapa lidah melafazkan syahadah, tapi perbuatan sentiasa melencong dan menunjang kezaliman. Mengapa rasa terbeban dengan ibadah dan perbuatan baik, sedang hati pula cenderung mencari "tenang" di dalam kemaksiatan. Hanya Kau yang Maha Mengetahui, Ya ALLAH!
Teringat nyanyian kumpulan Raihan, 'iman tak boleh diwarisi'. Ya, iman juga tiada di tepian pantai. Ramai yang tercari-cari ketengangan dengan teori-teori Barat yang kononnya hebat dan canggih. Jika inginkan ketenangan, maka carilah persekitaran yang ada aromaterapi dan elemen-elemen "ketenangan". Dengarkan lagu-lagu romantis dan instrumental. Kalau payah sangat, kata mereka, makan pil "penenang" pun boleh!
Justeru, kini fahamlah aku mengapa diri berduka..
Maka, hatipun kembali menangis..
Astaghfirullahil'azim. Wallahu Aklam.
0 Response to "Maka Hatipun Menangis.."
Post a Comment