Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Segelas Air Dan Sepinggan Beriyani..

Posted by Nelayan Forex On 8/22/2010 12:55:00 AM
Fitrah. Mungkin itu asasnya. Indahnya ilmu yang dirangsang oleh pemerhatian dan kajian terhadap alam kejadian ALLAH yang Maha Esa.

Aku terkenang saat-saat berbuka puasa bersama anak lelakiku beberapa hari yang lalu. Umur baru menjejak 9 tahun, makanya ibadah puasa memang sesuatu yang sangat mencabar buatnya. Mmmm.. sebetulnya bukan hanya untuk anak kecil sepertinya, tetapi juga buat insan 'dewasa' seperti kebanyakan kita.

Aku masih terbayang betapa rakusnya dia meneguk air kosong yang disediakan tatkala azan Maghrib berkumandang. Segelas penuh air, diteguknya dengan sekali nafas hingga gelas tiada lagi berbaki! Malah, sempat juga lirik matanya memandang jag air di sisiku mengharap kalau-kalau ada 'ehsanku' untuk tambahan air lagi buatnya.

"Makan nasi dulu, ok. Nanti perut kembung. Lepas makan, boleh minum lagi." Ujarku seakan menjawab 'rintihan' hatinya.

Demikianlah anak kecil, bisik hatiku. Namun tiba-tiba aku terbayang akan diriku sewaktu aku juga seusianya. Memang begitulah telatahku. Selepas senak perut dengan air, barulah nasi jadi pilihan. Sebenarnya tiada pilihan. Jika boleh memilih, pasti cukup dengan air sahaja!

Entah mengapa, peristiwa 'kecil' itu benar-benar terkesan di benak fikirku. Ia mungkin nampak kecil, tetapi aku terpanggil pada sebuah kesedaran yang lebih besar. Menginsafkan.

Air lumrahnya dianggap sumber kehidupan. Manusia itu memulakan tatih sulungnya ke arah dunia kehidupan dengan air sebagai sumber seawal dunia rahim ibu lagi. Malahan, sebaik dilahirkan ke dunia, 'makanan' asasi terawalnya adalah susu ibu yang sememangnya berasaskan air. Semakin menginjak usia, air semakin 'terhakis' apabila makanan pejal mula menjadi pilihan. Makanan pejal yang asasnya adalah dari tanah. Tanah. Dari situ lahirnya tanaman dan juga makanan buat haiwan dan ternakan. Akhirnya, komposisi makanan manusia semakin pelbagai dengan air sekadar keperluan sampingan. Semakin dewasa, semakin kompleks keperluan pemakanan dan diet manusia. Air masih perlu, namun sekadar berstatus 'minuman', bukan lagi 'makanan' sebagaimana ketika kita mula-mula mengenali dunia suatu waktu dahulu. Demikianlah hakikatnya.

Justeru, apa yang peliknya?

Tiada apa yang pelik. Malahan itulah lumrah dan fitrahnya. Air itu inspirasi kehidupan. Manusia, yang asal kejadiannya daripada 'tanah', ditakdirkan menjengah erti kehidupan dengan air sebagai permulaan dunianya. Sewaktu kanak-kanak, 'tarikan' terhadap air masih kuat, tapi semakin menginjak dewasa, air semakin 'terpinggir'. Malahan, detik itu makanan yang asalnya terbuat dari elemen-elemen C (karbon) dan N (nitrogen) selain O (oksigen) dan H (hidrogen) - yang umumnya adalah komponen di dalam tanah - semakin mengambil tempat yang lebih dominan dalam spektrum diet manusia dewasa.

Ertinya?

Ertinya, semakin kita tua, semakin kita kembali kepada asal kejadian kita.. TANAH.

Patutlah sewaktu berbuka puasa tadi, aku yang semakin tua ini lebih mendambakan sepinggan nasi beriyani berbanding segelas air kosong :-)

Wallahu Aklam.

0 Response to "Segelas Air Dan Sepinggan Beriyani.."

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..