Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Battle VS War

Posted by Nelayan Forex On 8/07/2010 11:50:00 PM
Aku tersenyum hampa dalam diam. Kurang pasti mengapa aku masih mampu tersenyum. Apapun, aku tetap bersyukur ke hadratNya kerana terus sudi memberikan aku 'kekuatan' ini. Jika aku yang dahulu, sudah pasti aku tinggalkan terus kehidupan bernelayan ini. Tapi nampaknya, semakin aku cuba menjarakkan diri, semakin kuat suara hatiku berlagu agar aku kembali ke laut dengan lebih gigih & bersungguh.

Hampir keseluruhan pelayaranku minggu ini dipenuhi kisah sedih. Keuntungan yang diperolehi tidak setanding dengn kerugian yang dialami. Memang sedih dan kecewa. Aku bermuhasabah diri mencari punca kegagalan. Sehinggalah aku menyedari bahawa purata kegagalanku kali ini adalah bukan disebabkan teknik dan kaedah terbaru yang digunakan itu tidak baik, tetapi kerana ia masih belum 'siap' sepenuhnya. Malahan kegagalan-kegagalan tersebut juga bukan sia-sia kerana setiapnya 'membuka' kunci-kunci rahsia satu-persatu ke arah menyempurnakan ia ke tahap yang paling optimum. Terdetik juga, mengapa tidak aku menggunakan sahaja akaun Demo untuk tujuan itu. Sayang sekali, akaun Demo tidak berupaya memberikan 'realism' yang tepat & realistik berbanding Real. Mmmm.... Akhirnya jalan tengah ku ambil dengan cadangan tetap menggunakan akaun Real tetapi mengunapakai nilai 'umpan' yang relatif lebih kecil berbanding kebiasaan, pada ketika setiap kali aku menguji mekanisme baru yang diilhamkanNya. InsyaALLAH.

Sejujurnya, aku benar-benar berharap 'penemuan' terbaru ini akan mampu memberikan hasil tangkapan yang lebih lumayan, 'structured' & konsisten. Alhamdulillah, gerak hatiku kini begitu teruja untuk segera memulakan episod baru yang lebih menggembirakan, InsyaALLAH.

Dari sisi yang lain, aku juga percaya bahawa kegagalan-kegagalan kecil sewajarnya dimanipulasikan untuk kejayaan yang lebih besar. It doesn't matter if you lost the battles, what really matter most is you must win the war! Inspirasi dari Sun Tzu!

Seperkara lagi, kuperhatikan kita sering 'terserap' ke dalam kekecewaan melampau pada setiap kali gagal dalam satu-satu trade. Akibatnya, kita sering 'berdendam' dalam trade yang berikutnya. Hakikatnya, setiap trade adalah episod baru yang berbeza. Malah, ia langsung tidak terikat kepada keputusan rugi atau untung sebelumnya. Kelemahan memahaminya secara harfiah adalah 'pre-requisite' untuk kita mengulangi kegagalan yang sama dalam trade berikutnya.

Mmmm.... Mudah berkata-kata. Melakukannya tidaklah semudah itu. Namun, yang hak tetap hak. Yang benar tetap benar. Katakanlah kebenaran itu, meskipun ia pahit!

Seterusnya?
Keep it up.. 'growing bonzai'..

0 Response to "Battle VS War"

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..