Hari ini Isnin minggu yang kedua keterlibatan aku di dalam cabaran '1000 From 1000'. Saat ini aku sudahpun di tengah lautan. Badan kurang 'fit' sebetulnya hari ini; kebetulan sedang diuji demam selsema olehNya sejak Sabtu lepas. Namun ku gagahkan juga untuk melakukan apa yang termampu bagi meneruskan kelangsungan perjuangan.
Minggu lepas hasil tangkapanku agak memuaskan. Sebenar-benarnya - sangat cemerlang - jika tidak kerana tertimpa penyakit 'tamak' dan 'gelojoh' yang sering menghantui prestasi. 13.86% in term of equity growth. Alhamdulillah, aku tetap bersyukur kerana pengalaman indah diselamatkan oleh kasih-sayangNya dan dianugerahkan dengan rezeki oleh sifat Maha PemurahNya. SubhanALLAH.
Maaf tidak dapat menghurai panjang. Terus-terang kondisiku kurang cergas detik ini. Agak lega hari ini dapat MC (bukan "Margin Call", Nauzubillah!) daripada Dr Balwant Singh malam tadi di klinik Dr Rao. So, harus rehat di sofa sambil mata memandang monitor melirik ruang dan peluang untuk entry! Semoga dipermudahkanNya urusanku... Amin Ya Rabb.
Sekadar berkongsi, sepintas lalu sebahagian pengalaman minggu lepas..
Astaghfirullah... jauhkan kami dari sifat riak dan takabur, Ya ALLAH!

0 Response to "Minggu Kedua Bermula.."
Post a Comment