..
Tiga perkataan.
..
Sejuk. Cantik. Disiplin.
..
Itulah yang mampu aku katakan untuk menggambarkan negara berjiran Jepun dan China itu.
..
Sejuk sebab hawa udaranya detik ini mencecah -2 Celcius pada malam hari dan 8 Celcius pada siangnya. Sekarang perantaraan antara Winter dan Spring. Sepanjang masa aku 'berselimutkan' baju sejuk bulu yang dihadiahkan iparku suatu ketika dulu. Yang menariknya, tidur malam ku sungguh nyenyak bermula meletakkan kepala di bantal sehinggalah fajar menyinsing. Tak perlu gunakan aircond, cukup sekadar 'hawa dingin' original ciptaan ALLAH yang menyerbu ke dalam bilik tatkala tingkap hotel dibiarkan terbuka.
..Cantik kerana keindahan bumi ciptaan ALLAH itu begitu tenang dengan anugerah semulajadi 4 musim yang memberikan momento berbeza berbanding tanahair sendiri. Pohon-pohon dan pesisiran sungai Hans yang begitu memukau, disolek dengan rekaan-rekaan kreatif minda warganya mewujudkan pertaupan optimum di antara elemen nature dan nurture. Patutlah dewasa ini begitu ramai rakyat dunia yang begitu meminati siri drama Korea seperti Full House, Secret Garden dan dulunya Winter Sonata! Sementelah, tak kurang juga dengan kecantikan warganya, terutama gadis-gadis Korea yang kulitnya putih halus mulus. Meski kebanyakannya kurang fasih berbahasa Inggeris, tapi tetap menyapa walau berbicara dalam bahasa ibunda mereka tiap kali berselisih dengan pelancong (tak semua!).
..Disiplin pula memang tak dapat dinafikan. Paling jelas tatkala melihat mereka begitu patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Hinggakan hendak melintas jalanpun di tengah malam tatkala jalanraya tiada kenderaan, mereka tetap akan menunggu lampu trafik bertukar hijau untuk pejalan kaki. Melintas pula hanya di zebra crossing! Itu belum lagi melihat kenderaan mereka beratur panjang tanpa potong-memotong sewaktu tersangkut di dalam kesesakan jalanraya. Anak-anak kecil begitu patuh dan nasionalistik sewaktu mendengar arahan guru-guru sewaktu berkumpul sebaik selesai menelusuri Sungai Hans dengan feri. Patutlah bila dewasa warganya begitu tinggi semangat kenegaraannya, bisik hati kecilku. Mereka seumpama rakyat Jepun yang cukup terkenal dengan kebanggaan terhadap negara mereka. Mungkin disiplin jugalah yang menyebabkan industri automotifnya yang sebaya dengan industri automotif negara kita, namun tahap kejayaan mereka telah menjangkau menjajah dunia dengan jenama-jenama hebat Hyundai, Kia dan SsangYong yang masyhur memenangi anugerah bertaraf dunia.
..Di mana kita? Tepuk dada, tanya diri..
..
Ringkasnya, Korea memang best... namun bagiku, negaraku tetap yang terbaik...
..
"Kamsahamnida.."
..
Alhamdulillah.
0 Response to "Di Bumi Winter Sonata.."
Post a Comment