Alhamdulillah. Maha Suci ALLAH yang mempermudahkan setiap urusan.
Saat ini aku baru sahaja selesai menambat bot di tambatan. Urusan pelayaran hari ini telahpun selesai. Syukur kehadratNya, sebagaimana kesudahan pelayaran sulung Jumaat lepas, matlamat harian yang ditetapkan berjaya dicapai. Sememangnya, ini hari kedua aku melayari gelombang '1000 From 1000' Challenge. SubhanALLAH!
..
Ada sahabat yang bertanya apa yang 'istimewa' sangat dengan cabaran tersebut! Jawapan ikhlasku ialah ini merupakan inisiatif untuk menguji secara menyeluruh aplikasi perancangan, pengurusan & pemantauan permerdagangan forex dengan melibatkan rasional konsep, teknik, taktikal & strategi untuk menjana perolehan secara PRAKTIKAL & SUSTAINABLE. Sudah pasti ia juga melibatkan pengujian secara total terhadap versi paduan Trading Plan, Money Management dan Wealth Management yang diolah dan dicanai dengan mengambilkira keupayaan pencapaian secara kendiri - Performance Index (PI). Syukur kepada ALLAH yang memberikan ilham; terima kasih kepada para sifu yang membekalkan salam & kalam.
..
Dalam bahasa yang lebih mudah, aku berharap untuk mampu membina sebuah sistem kerjaya yang rasional dan mantap untuk membolehkan Forex Trading diangkat sebagai sebuah kerjaya secara profesional. Tidak mudah, namun tidak mustahil! Sekurang-kurangnya, di atas kertas ianya kelihatan mantap & praktikal selepas bertahun-tahun proses penyesuaian, penyulingan & padanan-atur dilakukan dan diujikaji.
..
Namun perjalanan masih jauh berbaki. Seringkali peribahasa 'langit tidak selalu cerah' mencengkam naluri benak kebimbanganku. Pun begitu, andai telah diambil hitung segala faktor yang bersifat penghad, insyaALLAH, disiplin & kecekalan akan menjadi pegangan tenang menuju takdir Illahi. Semoga usaha yang sedikit ini, dari insan terpaling kerdil, mampu mengangkat martabat hormat perjuangan Islam di dunia kontemporari kini.
..
Amin Ya Rabbal Alamin.
WALLAHu A'lam.
0 Response to "Hari Kedua.."
Post a Comment