Wang buat manusia gila, ada sesetengah orang berfikir seperti itu. Ada juga yang kata, wang bukan segalanya. Wang boleh buat kita hilang saudara dan sebagainya.
Aku memikirkannya dari sudut pandangan yang berbeza. Wang buat manusia gila jika
kita menyalahgunakan wang yang kita ada. Bila ada pendapatan, kita tidak
berzakat. Malah terus menjadi tamak. Memang patut kita gila. Arahan Tuhan pun
kita lupakan…
Demi
perubahan, aku telah menyusun atur semula Traderlog ini. Seiring dengan jumlah
tahun sejak mula berkecimpung dalam dunia forex pada 2006. Aku
bermula dengan 'gaya trade' yang selamba ikut suka! Aku menghadiri pelbagai
kursus trading dari selatan ke utara. Aku juga berguru dengan pelbagai sifu
atas talian, tanpa perlu bersua muka. Sering juga membeli pelbagai buku, e-buku,
robot, indicator dan sebagainya. Ada yang menjadi. Ada yang buat aku
ternganga. Ada juga yang buat aku kecewa!
Mencampurgaulkan
semua pengetahuan dan 'menerbitkan' beberapa teknik 'tangkapan' mengikut jenis
ombak di lautan pasaran buat aku gembira kerana akhirnya aku memiliki apa
yang aku punyai sendiri!
Mengujinya dalam pelbagai jenis ombak buat aku memahami satu perkara. Tiada kaedah yang mampu menghadapi semua jenis ombak. Tiba satu ketika, tali joran harus diputuskan kerana ikan mungkin terlepas dan joran pula mungkin patah. Langsung kita tak boleh mengail. Ada ketikanya juga, pukat yang hampir rabak terpaksa dihanyutkan demi menyelamatkan perahu dari karam! Moralnya, kita mesti menetapkan peratusan risiko bagi setiap trade, jika tidak, kehilangan modal adalah 100%! Sanggup? Den tak sanggup…
Mengujinya dalam pelbagai jenis ombak buat aku memahami satu perkara. Tiada kaedah yang mampu menghadapi semua jenis ombak. Tiba satu ketika, tali joran harus diputuskan kerana ikan mungkin terlepas dan joran pula mungkin patah. Langsung kita tak boleh mengail. Ada ketikanya juga, pukat yang hampir rabak terpaksa dihanyutkan demi menyelamatkan perahu dari karam! Moralnya, kita mesti menetapkan peratusan risiko bagi setiap trade, jika tidak, kehilangan modal adalah 100%! Sanggup? Den tak sanggup…
Susah
senang menghadapi dunia forex juga memahamkan aku erti “HASBUNALLAHU WANIK'MAL
WAKKIL” bermaksud, “cukup bagiku, Ya ALLAH! Engkaulah wakilku.” Inilah mata
pencarianku sekarang. The one and only! Dan ALLAH lah wakil ku di dunia
forex ini.
Hendak
bergantung pada akalku, setajam manalah…
Hendak
bergantung pada ilmuku, setinggi manalah…
Hendak
bergantung pada pengalamanku, sebanyak manalah…
Justeru, untuk mudah mendokumentasikan semua atau sebahagian besar pengalaman yang dilalui dan ditempuhi, terlebih dahulu Traderlog ini ku susun atur semula untuk kesesuaian. Apa yang
akan aku rakamkan? Antaranya:
i) Pengalaman
tradingii) Pemerhatian dan kajian tentang pasaran
iii) Komen tentang sesuatu kejadian yang telah berlaku di dalam pasaran
Harapanku, semoga ia memberi manfaat buat diriku sendiri dan teman
pembaca. Jika bukan sekarang, mungkin pada masa hadapan. Jika tidak banyak,
mungkin sedikit yang boleh dikongsikan.
Mmmm…
Sebagaimana seriusnya kita memilih pemimpin pada PRU 13 ini, kita harus serius
memilih teknik dan kesesuaian lautan pasaran sebelum memulakan trade. Apa juga
yang kita pilih pada PRU 13, kita mungkin lebih bahagia dan tidak mustahil
semakin derita. Sama juga dengan trade, sebaik kita open position, kita
mungkin terpaksa menghadapi apa juga rintangan sehingga keuntungan diraih atau
kerugian ditelan. Yang penting, kita tahu kenapa kita untung dan kita juga harus tahu
kenapa kita rugi!
Akhir
kalam, hidup ini kerana ALLAH. Usaha ini pun kerana ALLAH!
ALLAH yang
mengizinkan perkara ini berlaku, untuk aku berada di sini sebagai seorang trader sepenuh masa. Maka, akan ku teruskan perjuangan ini selagi ada izinNYA. Moga
ia menjadi sumber rezeki yang barokah dan bermanfaat. Amin Ya Rabbal Alamin…
Saat
Joran di Genggaman…Nelayan Forex
Jumaat, 3 Mei 2013
0 Response to "Saat Joran Di Genggaman...."
Post a Comment