Malam semalam aku menghadiri Annual Dinner syarikat tempat ku bekerja. Meriah majlis tersebut. Manakan tidak, ia sempena 35 tahun ulangtahun penubuhan. Mengenangkan sejarah syarikat, mahu tidak mahu, aku tabik hormat pada Dato' Seri yang memang 'terbaik'.
Hadiah dari ALLAH! Ya, semuanya dari-Nya. Dia tetap beri apa sahaja yang kita hajatkan asal kita berusaha. ALLAH Maha Pemurah Dan Maha Pengasih. Yang kafir pun diberi-Nya. Asal sahaja kita berusaha. Kita yang Islam patut rasa malu kalau kita malas berusaha.Dan memang aku sendiri pun sering termasuk dalam golongan yang berkenaan. Sentiasa mencari alasan sedangkan sebenarnya malas untuk berusaha lebih! Maka memang aku tak layak mengeluh dengan hadiah dari ALLAH kepada Dato' Seri dan legasinya.
Tahniah Dato' Seri...
Dan tahniah juga buat saudari Muslimah yang memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah sebuah kereta!
Alhamdulillah...
0 Response to "Hadiah Dari ALLAH..."
Post a Comment