Salam semua.
..
Alhamdulillah. Selepas 4 bulan genap, hari ini aku kembali menulis di dada traderlog ini.
..
"Ke mana menghilang?" Tanya seorang teman.
..
"Cuti sabatikal." Ringkas jawabku.
..
"Tak ke laut langsung?" Tanyanya lagi menerka dalam kesamaran.
..
"Turun. Hampir setiap hari seperti biasa kecuali semasa laut berbahaya. Cumanya, aku ambil cuti sabatikal menahan diri dari menulis." Ujarku ringkas lagi.
..
Sememangnya di sepanjang tempoh 4 bulan yang lalu, aku tetap turun ke laut. Menongkah ombak dan badai mencari rezeki di Lautan Forex. Cuba belajar dan belajar terus dari setiap kejayaan dan kegagalan. Tumpuan ku berikan kepada memahami secara mendalam tentang tumpuan spesies-spesies lautan di sempadan-sempadan arus Support dan Resistance. Cuba juga memahami perkaitannya dengan pertembungan kekuatan badai matawang menggunakan radas tolok Currency Strength.
..
Menerjah lebih mendalam, aku mentaakul pemahaman di atas dengan kesan penggunaan pukat-pukat berbeza di samping pada suatu ketika memberikan fokus yang sangat teliti kepada penggunaan joran melalui teknik strolling yang diubah-suai.
..
Aku juga membuka minda untuk cuba learn, relearn dan unlearn beberapa aspek terpenting berlautan forex. Ruang masa yang ada juga ku gunakan untuk mendapatkan kelengkapan-kelengkapan terkini dari sifu-sifu luar negara untuk ku adaptasi ke dalam teknik, kaedah dan strategi ku bernelayan.
..
Alhamdulillah. Kini 2012 sudah di denai kaki. Nun di kejauhan, terlihat sayup-sayup puncak kemerdekaan yang menjadi impian dan cita-citaku.
..
Agi idup, agi ngelaban! Meminjam kata-kata semangat pahlawan Iban.
..
Semoga ALLAH merahmati usahaku ini dan memakbulkan hajatku, Amin Ya Rabbal Alamin.
..
Perjuangan kini kembali bermula..
0 Response to "Perjuangan? RELOADED!"
Post a Comment