Alhamdulillah.
..
Dah selesai puasa sebulan. Dah juga sambut Aidil Fitri. Semoga kita semua memperolehi manfaat dan barakah usaian ibadah dan kesyukuran yang dipersembahkan kepadaNya.
Aktiviti ke laut jelas sangat minimum sepanjang tempoh seminggu dua yang lalu. Sesekali dari luar daerah sempat juga aku menjengah deruan ombak laut pada skrin PDA, namun masa dan kesempatan semata-mata tanpa fokus yang optimum mungkin membawa padah. Kesudahannya, sesaran ombak hebat terutamanya sepanjang minggu lalu dilihat dengan penuh cemburu dan rasa terkilan. Bertuah sungguh sahabat-sahabat yang turun ke laut. Hebat sungguh dugaan Maha Pencipta!
..
Minggu ini, aku masih sekadar bermain-main di gigi pantai. Sesekali sempat juga keluar ke tengah laut melabuhkan pukat. Namun, kebanyakannya sekadar memasang bubu di muara. Memang hajat di hati hendak terus ke kejauhan, tapi pesan dan ingatan para Sifu supaya perlahan-lahan membina keyakinan selepas berehat panjang wajar dipatuhi. Sementelah, tugasan di pejabat yang menimbun lantaran cuti rehat yang panjang pun harus diberi perhatian.
..
Semoga diberi kekuatan dan kelapangan olehNya.. Amin Ya ALLAH.
0 Response to "I'm Back.."
Post a Comment