Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Compound Interest dan Struktur DNA.... Revisiting!

Posted by Nelayan Forex On 3/13/2011 03:59:00 PM

Masih ingat lagi posting di atas. Tarikh 1 Disember 2010 aku menulis tentang tajuk 'Compound Interest dan Struktur DNA'. Saat itu aku tertanya-tanya tentang kemungkinan pengaplikasian pemahaman struktur double-helix DNA kepada kefahaman gabungan pair-pair matawang dalam perdagangan forex.

Hujahku detik itu, jika Compound Interest yang merupakan sebuah teorem matematik mampu diolah secara konsep kepada perdagangan forex, berkemungkinan pemahaman yang sama juga boleh diterapkan untuk digunapakai untuk membentuk strategi ataupun kaedah melayari perdagangan forex dengan lebih baik.

Hampir tiga bulan berlalu. Dalam tempuh tersebut, aku ditakdir mengenali sebuah konsep trading yang sangat unik, tetapi sangat mengujakan! ALLAH benar-benar mendengar permohonan hambaNya... SubhanALLAH!

Rupanya DNA dan GBP/USD itu natijahnya serupa, meski harfiahnya tidak sama!

Begini ceriteranya..

DNA dibina oleh kod-kod genetik yang dipanggil gen. Gen-gen ini merupakan unit asas kepada pengekspresian protein enzim untuk pemunculan ciri-ciri fenotip. Gen-gen ini pula terbina daripada kombinasi gabungan PASANGAN bes-bes nukleotida yang dinamakan A, T, G dan C. (Tidak perlu kita mendalaminya, sekadar meminjam konsep semata!)

Begitu juga dengan perdagangan forex. Kita memperdagangkan pelbagai matawang seperti GBP, USD, JPY, CHF dan sebagainya. Dan kita memperdagangkannya secara BERPASANGAN! Makanya, hasil untung atau rugi perdagangan kita bergantung kepada nilai interaksi antara pasangan matawang tadi. Jadinya, GBP, USD dan semua matawang itu adalah 'bes-bes nukleotida' yang kita niagakan untuk melibat interaksi 'kimia' dalam penghasilan fenotip enzim kita (iaitu, rugi atau untung)!

Dalam konteks sains biomolekul, penentuan fenotip yang terhasil adalah di peringkat yang lebih asas - iaitu genotip - secara melihat kepada gabungan pasangan bes-bes nukleotida yang mengekspresikan protein enzim! Justeru, dalam konteks perdagangan forex, ia juga benar begitu!

Oleh yang demikian, 'bes-bes nukleotida' dalam forexlah yang menentukan hasilan fenotipnya! Dalam lain perkataan, pair GBP/USD sudah ditentukan pergerakannya samada ke atas atau ke bawah bergantung kepada interaksi antara matawang GBP dan matawang USD! Dan hasil interaksi pasangan tersebut sudah boleh dijangkakan samada bullish atau bearish bergantung kepada 2 perkara! Pertama, kekuatan individu antara kedua-dua matawang tersebut. Dan kedua, kedudukan base dan quote kedua-dua matawang tersebut dalam pasangan GBP/USD (dalam contoh ini GBP adalah base dan USD adalah quote)!

Justeru, jika ingin tahu ke mana bergeraknya pasangan matawang tadi.. lihat yang mana lebih kuat di antara keduanya. Seterusnya, samada price bagi pair tersebut (sebenarnya nisbah perbezaan harga kedua-duanya!) naik atau turun pula, bergantung kepada kedudukan base dan quote pasangan matawang itu!

Kesimpulannya, kita wajib mengetahui terlebih dahulu kekuatan setiap matawang utama dunia jika kita ingin memperdagangkan sesuatu matawang itu dengan matawang yang lain! Cabarannya? Kita perlu mengetahuinya setiap kali sebelum setiap transaksi entry dan exit dilakukan :-)

Demikianlah yang disebut-sebut oleh sebilangan mereka sebagai 'the currency strength trading strategy'.

WALLahu A'lam.

0 Response to "Compound Interest dan Struktur DNA.... Revisiting!"

Post a Comment

    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..