Sebentar tadi, sebaik aku selesai santapan tengahari di sebuah kedai ayam kampung di Kota Damansara, aku didekati seorang hambaALLAH. Beliau berpakaian seperti seorang pendakwah. Rupanya beliau menyampaikan hajat untuk memohon derma bagi pihak sebuah yayasan anak-anak yatim di Selatan Thailand.
"Nak resit, Encik?" tanyanya sopan.
Aku menggelengkan kepala. Biarlah ALLAH yang menilainya, bisik hatiku.
Tiba-tiba, beliau menghulurkan sehelai kertas yang agak lusuh. Bismillah Enam. Demikianlah nama doa yang terpapar di helaian itu. Beliau menerangkan fadhilat dan cara-cara untuk amalan doa tersebut. Aku sekadar mengangguk-angguk, cuba sedaya upaya memahami dan mengingati pesanannya. Namun suasana hingar yang agak riuh di kedai makan itu sesungguhnya mengganggu fokusku.
Sebaik tiba di pejabat, aku terdetik untuk 'google' tentang Bismilah Enam. Akhirnya, aku dipandu ke sebuah laman blog bernama "An Affandisme Tale". Nawaitu ingin berkongsi, diperturunkan di sini intipati pemilik laman berhubung Bismillah Enam:

Makbul segala hajat dan cita-cita.
Luas rezkinya.
Jika ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Menang dalam peperangan.
Penerang hati.
Dijauhkan dari segala penyakit.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
Aman daripada binatang-binatang buas.
Air laut menjadi tawar.
Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
Terselamat dari karam di laut.
Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca di telinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk diminum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaAllah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
---------------------------------------------------------
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan. Terima kasih buat Mr AffanDisme di atas perkongsian ilmu di atas. Mohon diizinkan. JazakALLAH.
WALLAHu A'lam.