Humbly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Wacana Ilmiah: Mavi Marmara

Posted by Nelayan Forex On 7/31/2010 02:12:00 AM 0 comments


Unite for Palestine
LifeLine4Gaza : Break The Siege

Merdunya Kumandang FirmanMu..

Posted by Nelayan Forex On 7/29/2010 03:14:00 PM 0 comments
Al-Baqarah: 284 - 286

Ya Rabb.. Grant us victory over the disbelieving people.

Amin Ya Rabbal Alamin.

| | edit post

Tangga..

Posted by Nelayan Forex On 7/29/2010 01:12:00 PM 0 comments
Memang sibuk! Hampir 2 minggu aku tidak sempat berkarya di dada Traderlog ini. Malahan, aku sendiri tidak sempat turun ke laut lantaran tuntutan keperluan lain yang lebih mendesak. Aku sendiri sebenarnya terkilan, namun apakan daya. Itu adalah peraturan dan perjanjiannya.
Bernelayan forex bagiku setakat detik ini adalah aktiviti sampinganku. Aku masih terikat dengan kerjaya utamaku di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hampir 15 tahun aku berkecimpung di dalam industri tersebut, dunia pengajian tinggi telah sebati dengan daging dan darahku. Kehidupan kampus dan pentadbirannya terlalu sukar dipisahkan dari diriku dan keluarga. Memandangkan ia juga merupakan sebuah entiti perniagaan, seringkali tumpuan yang sangat tinggi perlu ku berikan bagi menyeimbangkan fungsinya sebagai sebuah 'gedung ilmu' dan juga peranannya untuk survivaliti 'P&L'. Ringkasnya, tidak mudah! Tidak sukar, namun tidaklah mudah!
Pun begitu, bila usia diri mula menjengah ke angka yang sama tatkala Muhammad diangkat menjadi Rasulullah (salawat dan salam ke atas Baginda), rupanya terdetik di hati untuk cuba berhijrah ke 'kehidupan' yang lebih tenang dan damai. Tuntutan persaingan di dunia korporat sememangnya sangat-sangat menjerihkan. "Rat-race". Ia bukan sesuatu yang indah di dalam, walaupun pandangan masyarakat dari luar ia suatu yang "impressive". Setiap saat, yang menjadi ukuran adalah deadlines, P&L, KPI dan KRA. Reputasi dan prestasi perlu sentiasa dijaga, jika tidak saham syarikat di bursa mungkin tergugat. Ketetapan dan peraturan pihak-pihak berkuasa juga wajib diberikan fokus. Itu belum lagi karenah dan lagak para pelajar dan waris mereka memandangkan mereka adalah juga 'pelanggan' kami. Kakitangan fakulti? Hmm.. faham-faham sahajalah. Justeru, seringkali jati diri dan kewajipan sebagai khalifah dan hamba di bumiNya ini "dikesampingkan" dalam leka dan tanpa sedar. Sampai bila.. ??
Alhamdulillah, peringatan demi peringatan yang diberikanNya, akhirnya singgah juga keinginan di hati dan minda untuk cuba 'berhijrah' ke sebuah kehidupan yang lebih tenang, damai dan santai. Pada ketika kesedaran itu mula bertapak, ALLAH melorongkan forex trading sebagai salah satu option yang berprospek tinggi untuk dipertimbangkan. Aku memang telah mengenalinya sejak 5 tahun yang lalu, namun segalanya menjadi lebih jelas apabila aku dan sahabat-sahabat karibku (Bert, Saudagar Lilin dan Zul) mula serius ke laut hampir setiap hari bermula awal tahun ini. Alhamdulillah, kini kami sepakat untuk menjadikannya kerjaya baru dan semoga ALLAH mengizinkannya menjadi realiti dalam masa yang terdekat. Sayang sekali, Zul pula tiba-tiba hilang tumpuan (sebetulnya dia menemui "cinta" baru - Sukan Extreme!!). He.. He.. macam-macam 'krisis identiti' yang berlaku apabila usia menganjak ke era yang baru ni!
Seminggu lebih yang lalu juga, aku dikunjungi seorang sahabat lama dari Jakarta. Aku dan keluarga telahpun menganggapnya sebagai saudara sendiri. Beliau sebetulnya rakyat Malaysia, tapi telah hampir 20 tahun terlibat dengan berbagai bidang perniagaan melibatkan kedua-dua negara. Cuma, kunjungannya kali ini membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada kami apabila beliau menampakkan kesungguhannya untuk terlibat secara langsung dengan perusahaan Forex. Hmm.. masih terlalu awal untuk ku kongsikan di dada Traderlog ini. InsyaALLAH, jika ada rezeki, semoga apa yang bakal diusahakan akan mampu memberi sinar dan harapan kepada ekonomi ummah.. sesuai dengan falsafah Rahmatan lil 'Alamin yang diajar Rasulullah saw.
Amin Ya Rabbal Alamin.
| | edit post

Syiling 'Emas'

Posted by Nelayan Forex On 7/20/2010 03:24:00 PM 1 comments
Aku terpanggil untuk menyentuh tentang teknik Troling M-Type. Sebenarnya, sejak aku posting berkenaan perkara tu, ada beberapa orang teman seperjuangan yang bertanya lanjut tentangnya. Hakikatnya, bukanlah pula niat aku untuk nak 'promote' teknik tersebut. Sekadar berkongsi pengalaman. Sementelah pula, tujuan Traderlog ini adalah sebagai wadah rasmi catatan rekod perjalananku dalam dunia forex trading untuk kegunaanku secara peribadi sebagai rujukan masa hadapan! Untung pun dicatat, rugi pun dicatat, insyaALLAH. Pernah aku nyatakan pada Saudagar Lilin, kalau aku sekadar mencatatnya di dada buku nota, jawabnya seminggu dua 'hilanglah' buku tu! Catatan melalui blog lebih mudah, kemas dan sistematik kerana setiap posting secara automatik akan merekodkan masa, tarikh dan juga keupayaan untuk menggunapakai kecanggihan teknologi multimedia dalam konteks layout dan antaramuka. (Pun begitu, jika ada teman-teman seperjuangan yang bertamu, terima kasih. Nasihat dan pandangan kalian aku hargai).
Berbalik kepada teknik Troling M-Type. Frankly speaking, I'm not at liberty to disclose about it in details. Hakikatnya, ia dirintis oleh sahabatku, Bert Ruslan, yang sebelum ini dah 'kuciwa' dengan teknik-teknik analisis Teknikal yang terlalu sofistikated! "Kebanyakannya mengejar pips, tapi aku nak kejar Dollar!" Demikian, luahnya.

Justeru, bukan tidak mahu berkongsi, tapi rasanya biarlah yang empunya kaedah memantapkan lagi teknik tersebut. Buat masa ini, aktiviti "statistical back-test" sedang giat dijalankan untuk melihat darjah signifikan teknik tersebut. Aku yakin, apabila telah bersedia, Bert sendiri akan berkongsi dengan semua, insyaALLAH!

Pun begitu, khususnya buat Sdra Arman yang bertanya, mungkin penerangan di bawah sedikit-sebanyak boleh memberikan latar gambaran strategi yang digunakan.

Dalam pengajian Matematik, ada konsep yang dipanggil Prinsip Kekerapan Relatif. Ia sebenarnya ditakrifkan sebagai kebarangkalian anggaran untuk keberlakuan sesuatu peristiwa adalah sama dengan kekerapan relatifnya jikalau cerapan tersangat besar. Justeru, jika cerapannya, n, adalah tak terhingga (infiniti), maka kebarangkalian peristiwa yang boleh berlaku sebanyak h daripada n cerapan itu sama dengan had ketakterhinggaan kekerapan relatifnya:
had (h/n) di mana, had: n-->infiniti

Konsep teknik Troling M-Type cuba untuk capitalized Prinsip di atas, dan seterusnya mewujudkan inbalance kepada kebarangkalian asal 0.5 untuk Untung dan Rugi, masing-masing. Justeru, apabila kebarangkalian untuk Untung ditingkatkan secara sengaja melalui pengubahan kiraan nisbah asal, maka nilai akhir Untung - Rugi = nilai positif.

Sila rujuk contoh terpilih di bawah,

Sekeping duit syiling dilambung sebanyak 1000 kali, dan kita memperolehi 'Kepala' (K) sebanyak 520 kali. Maka dalam satu kali lambungan syiling tersebut, kita anggarkan kebarangkalian untuk mendapat K adalah:
kb(K) = 520/1000 = 0.52
Nilai di atas adalah kekerapan relatif untuk mendapat K daripada 1000 kali lambungan syiling tersebut. Jika bilangan lambungan adalah tak terhingga, maka kita boleh menyeluruhkan kebarangkalian mendapat K sebagai had ketakterhinggaan bagi kekerapan relatifnya, iaitu = 0.50.
Ini bersesuaian dengan kenyataan; kerana melambung duit syiling, kita hanya ada dua kemungkinan akhir sahaja! (Forex?). Justeru, jika duit syiling yang dilambung itu sengaja dilebihkan berat bagi sebelah 'mukanya', maka takrif di atas tidak boleh dipakai lagi. Namun bagi Forex, that is the real catch!!

Semoga sedikit-sebanyak ia memberi manfaat..

WALLAHu Aklam.

Ketika Cinta Bertasbih..

Posted by Nelayan Forex On 7/19/2010 03:54:00 AM 0 comments

(Melly Goeslow feat. Amee/ Aquarius Musikindo)

Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku padaMu duhai Maha Cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Ketika cinta bertasbih

Ya ALLAH, Tuhanku yang Maha Esa..

Qasidah Santapan Jiwa....

Posted by Nelayan Forex On 7/19/2010 03:09:00 AM 0 comments

Tahniah buat para finalis Akademi Al-Quran Musim Ke-4. Semoga niat dan bakat jadi penyuluh memimpin langkah dakwah di bawah rahmat hidayahNya.

"Ya Imam Al-Rusli"

Nafas HambaNya Yang Berdoa

Posted by Nelayan Forex On 7/18/2010 10:59:00 AM 0 comments
Facebook Nelayan Forex: "Dalam kisah penciptaan awal bumi...

'Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoncang?' tanya para malaikat.

'Kerana belum dipaku.' jawab ALLAH singkat.

'Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?' Tanya para malaikat lagi.

... 'Aku akan menciptakan gunung-ganang.' Jawab ALLAH. Paku merupakan benda keras yg terbuat drp besi. Maka kemudiannya gunung pun dikenali sebagai paku bumi yg diciptakanNya.

'Ya Rab, adakah yang lebih kuat drp paku?'

'Ada!' jawab ALLAH. 'Iaitu api, yg dgn panasnya dpt melelehkan besi.'

'Adakah yg lebih kuat lg selain api, Ya Rab?'

'Ada! Yakni air yg dpt memadamkan api.' Jawab ALLAH lg.

'Jadi Ya Rab, adakah yg lebih kuat lg selain air?'

'Ada! Iaitu angin, yg kerananya dpt membawa air ke mana pun ia menghembus.' Jawab ALLAH lagi.

'Tapi Ya Rab, adakah yg lebih kuat drp semua itu (gunung, api, air, angin)?' Malaikat bertanya lagi.

'Ada! Iaitu nafas hambaKu yg berdoa kpdKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.' Demikian ALLAH SWT menjelaskan.

(Dipetik: Hadis Kudsi)"
| | edit post

Mr Market & Akal Budi

Posted by Nelayan Forex On 7/17/2010 03:48:00 PM 0 comments
Aku melontarkan pandanganku jauh ke hujung tanjung. Masih bermain-main di kotak fikirku tentang persoalan semalam. Persoalan yang membuatkanku hanyut hingga ke lewat dinihari meminggirkan rasa mengantuk yang mula menjengah.

Aku sangat yakin. Untuk berjaya dalam lapangan ini, ia juga menuntut komitmen dan disiplin yang sangat tinggi. Wajib juga ada pelan strategik atau blueprint yang lengkap sebagaimana seorang usahawan membangunkan perusahaannya. Forex trading jika dilihat secara total, tidak ubah seperti sebuah perniagaan atau perusahaan. Memanglah ia dilihat mudah, malah sering juga jadi escapism buat golongan yang mengidap "sindrom MaLaS" yang akut. Maklumlah, sekadar tahu Entry dan Exit maka dah cukup untuk melayakkan melengkapkan transaksi. Agaknya sebab itu dikatakan bidang ini boleh diceburi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar IQ mahupun EQ, tapi hanya 10% sahaja di kalangan yang menceburinya mampu bersaing dengan pencak silat Mr Market. Dan hanya separuh daripada jumlah 10% tersebut yang mampu benar-benar menundukkan Mr Market!

Aku setuju. Seseorang Forex trader membina kekayaan from scratch menggunapakai sinergi 3 elemen penting: Charts (Analisis Teknikal) + News (Analisis Fundamental) + Response (Analisis Akal Budi). Analisis Akal Budi? Ya! Sememangnya yang membezakan hasil dapatan samada positif atau negatif bergantung kepada bagaimana kita menafsirkan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kedua-dua Charts dan News, dan seterusnya membina satu kesimpulan sisi-sisi minda & hati untuk membentuk Response (tindakbalas) yang tepat dan betul. Sebab itu seringkali kita tertewas di saat-saat akhir 'pertarungan' disebabkan kita mengenepikan elemen tersebut. Pada sangkaan kita, analisis teknikal dan fundamental sahaja sudah cukup untuk membolehkan kita menundukkan "layaran" tersebut!

Sekurang-kurangnya, fakta di atas adalah benar ke atasku! Aku sering memandang rendah terutamanya keperluan Analisis Akal Budi, termasuklah faktor psikologi dan kepentingan pengawalan emosi dan firasat. Sebelum ini, aku sering mendengar guru-guru Forex menyatakan kepadaku bahawa faktor emosi harus dibuang jauh-jauh semasa 'bertarung'. Benarkah begitu! Benarkah bahawa kita ini umpama robot yang harus membuang jauh-jauh faktor emosi dan firasat dan hanya bergantung sepenuhnya kepada kiraan-kiraan, EA dan Indikator sewaktu di medan juang. Jika begitu, kenapa 90% peserta gagal, sedangkan secara umumnya semua yang menceburi bidang ini setidak-tidaknya pasti terdedah kepada pelbagai teknik dan kaedah yang hebat-hebat. Setidak-tidaknya, janganlah sampai 90% gagal! Malahan, peratus kegagalan calon-calon SPM dalam subjek-subjek Sains pun tak seteruk itu!

Makanya, pasti Mr Market tidak boleh ditundukkan jika hanya menggunakan Analisis Teknikal dan Analisis Fundamental sahaja. Justeru, aku yakin yang memberi nilai beza keatasnya adalah elemen yang ketiga, iaitu Analisis Akal Budi. Ia sebenarnya adalah jurusan kumulatif yang mewakili kekuatan IQ, EQ dan SQ!

Tidakkah kekuatan doa, zikir dan anugerah ilham itu lebih kuat daripada Charts dan News? Dan mengapa agaknya manusia meminggirkan kekuatan akal budi yang sememangnya anugerah ALLAH eksklusif buat species Homo sapiens?

Astaghfirullah.. ampuniku, andai aku terkhilaf di sini, Ya ALLAH.

WALLAHualam.
| | edit post

Troling M-Type

Posted by Nelayan Forex On 7/17/2010 12:43:00 PM 1 comments
"Hari Khamis petang saya pakai USD20, dapat USD540. Rezeki dari ALLAH." Demikian text Bert padaku sebentar tadi.

Alhamdulillah! Aku memang percaya. Sememangnya teknik Troling M-Type yang dipeloporinya telah memperlihatkan hasil yang lumayan. Tekniknya juga sangat mudah dan ringkas. Diubahsuai daripada teknik Troling yang asal. Tak perlu tercari-cari parameter-parameter kompleks yang akhirnya hanya akan membuatkan para traders keliru tak sudah.

Aku pernah mencadangkan pada Bert untuk 'mengkomersilkan' tekniknya itu. "Nanti dulu. Belum tiba masanya lagi." Ringkas balasnya.

Rahsia kehebatan teknik ini? Ia simple! Sepertimana kata-kata Edward de Bono, Simplicity is power!!

Semalam petang, aku sempat mencubanya di akaun Demo dengan purata umpan sedikit besar. Kena sentiasa buat R&D. Modal USD3000, purata umpan USD50 dan USD25. SubhanALLAH.. nett profit ++RM9000!! Sukar nak percaya! Suratan atau kebetulan? Sayangnya aku masih 'gayat' untuk mempratikkan nilai sebesar itu pada akaun Real :-)

Apapun, rangkap text Bert seterusnya membuatkanku tersenyum.

"Pelan-pelan kayuh, lubuk dah tau kat mana, hanya masa.."

WALLAHuaklam.
| | edit post

Indahnya UjianMu, Ya ALLAH....

Posted by Nelayan Forex On 7/13/2010 02:57:00 PM 0 comments
50 hari..

Itulah jejak yang tertinggal tanpa sebarang bekas di gigi pantai. Selama itu juga aku menyepi dari sebarang catatan di dada Traderlog ini. Tanggal 24 Mei, 2010 adalah tanggal keramat. Tarikh di mana aku dimengertikan tentang hakikat kehidupan nelayan yang sebenarnya. Nelayan forex.
Apa yang terjadi? Hari itu. Sekitar waktu Maghrib. Berakhir sebaik Isya' menjengah. ALLAH memperlihatkan kekuasaanNya. Kapal nelayanku yang begitu kukuh diuji dengan ujian yang paling besar! Aku akhirnya tertewas! Yang tinggal hanya sekeping papan untuk aku bermodal pulang ke jeti pengkalan. Aku kehilangan lebih 95% daripada modal keseluruhanku! Pedih dan lesu! Saat tiba di gigi pantai, hanya air mata yang jadi peneman. Terdiam aku meniti takdir. Tidak pernah sebesar itu gagalku. Tidak pernah!
Pulang ku ke daratan, aku melihat diri. Betapa kerdilnya kita ini di sisi takdirNya. Untung atau rugi.. segalanya dalam ketentuan dan pengetahuanNya. Namun, mengapa begitu sukar untuk aku menerimanya dengan tenang. Astaghfirullah..
Hakikatnya, aku tidak menyesali takdir itu. Yang ku kesali ialah kelemahan diri yang buat kesekian kalinya aku gagal mensyukuri malah bersikap tamak dengan rezeki yang dianugerahiNya! Kegagalan-kegagalan lalu gagal ku telusuri sebagai mimbar iktibar. Terlalu naif sebenarnya kekhilafan yang berlaku! Terlalu naif!
"ALLAH 'berbicara' denganmu! Maka fahamilah ia sebaik-baiknya." Ringkas bisik hatiku. Fikirku cuba menenangkan gelora kalbu.
Astaghfirullahilazim.. Tuhanku, ampuni aku yang sering lalai dan zalim ini. Tuntunlah aku Ya ALLAH, agar dapat aku kembali mencari jejak-jejak semangat yang sirna. Ya Rabb.. telah termaktub dalam qada & qadarMu pengakhiran perjuanganku ini. Segalanya adalah dengan izinMu. Justeru, izinMu jua yang ku pohon agar dapat aku kembali menyulam cinta & cita-cita ini di lapangan rahmatMu.
50 hari berlalu..
Hari ini. 13 Julai 2010. Telah lebih 50 hari aku 'berkabung'. Telah lebih 50 hari aku 'bermusafir'. Bertatih semula dalam payah dan jerih. Aku mencari-cari kepingan "ilmu" yang hilang. Aku benar-benar mencari. Seluruh konsep & strategi perjuangan di lautan ini ku perhalusi dan ku teliti. Banyak yang telah, sedang dan harus diubah dan dipertingkatkan. Alhamdulillah.. ilhamMu wadah sumberku! Kau menyaksikannya Ya ALLAH! Pastinya, Kau jua yang mengizinkan aku kembali berdiri dan berlari. Terima kasih Ya ALLAH.
Alhamdulillah.. indahnya ujianMu!
| | edit post

Mencari Erti Sebuah Pencarian..

Posted by Nelayan Forex On 7/11/2010 02:56:00 PM 0 comments
50 DAYS IN SEARCHING
23 Mei 2010 - 11 Julai 2010

Terima kasih Ya ALLAH, di atas pentakdiranMu ini
Alhamdulillah..
| | edit post
    JUTAWAN FOREX at INSTAFOREX GRAND DINNER Kuala Lumpur, 2012 HUKUM FOREX by USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah 11 April 2013

    (c)Mataf.net Forex and Forex Volatility

    (c)Mataf.net Forex and Forex correlation
    All rights reserved, 2010-2015. Concept and experience contents by Nelayan Forex Traderlog. Powered by Blogger.
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net
    Powered By Blogger

    free counters

      Forex Trading by DailyForex.com

    ..

    ..